Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

im not perfect

Assalamualaikum, best ke cuti lama-lama ni? hahaha! Soalan kurang bijak ya. Ok, kali ni saya nak tulis berkenaan topik “Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan”. Saja-saja je, nak ajak sembang pasal isu kesempurnaan ni. Kalau sudi, boleh teruskan bacaan artikel tidak seberapa ni. Kalau tak, tidak apa.

Semua manusia mahukan kesempurnaan dalam hidup kan?

Tapi, Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan itu lebih bagus. Hebat mana pun kita, hakikatnya kita tak boleh nak sempurna sebab manusia memang tak mungkin jadi sempurna. Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t. Siapalah kita nak ada itu ini, kan?

Kadang-kadang saya kesian tengok manusia sekeliling. Tidak kiralah jauh atau dekat. Termasuklah saya sendiri. Dengan diri sendiri pun saya kesian, inikan pula dengan orang lain. hahaha!!! Iyalah, setiap hari. Saya lihat masing-masing berlumba-lumba nak itu ini dalam hidup. Yang sudah ada duit, nak kumpul duit segunung tinggi lagi.

Mana yang duit tidak seberapa nak banyak macam saya ni, sibuk sangat nak fikir cara terbaik untuk dapatkan duit. Kadang-kadang, kalau akal waras hilang entah kemana-mana. Mesti ada niat dan terfikir nak buat sesuatu yang merepek. Asalkan dapat duit, halal haram entah keman-mana. Sangat bahaya. Semua nak sempurna.

Kalau yang sudah dilahirkan cantik pula. Setiap hari sibuk nak memastikan muka dan penampilan sempurna. Tidak boleh ada cacat cela bila nak keluar berjumpa dengan orang. Kalau ada yang kurang pada muka atau badan mulalah nak berusaha untuk buat sesuatu. Yang penting, semua orang akan puji “awak cantik”. Tetap nak sempurna.

Ishhhh, sebenarnya kalau tulis contoh memang banyak. Susah kan jadi manusia ni?

Tak pernah cukup dengan nikmat yang Allah sudah beri pada kita sejak dari kita dalam perut ibu, sampailah saat ini. Masih tetap nak yang lebih baik daripada apa yang sudah ada sekarang. Setiap hari, otak fikir itu ini. Duit, cantik, kawan, kereta, rumah. Ahhhh!! Macam-macam lah. Semuanya tuntutan duniawi.

Tapi, mulai hari ini saya mahu pegang pada kata-kata Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan. Iya, Mustahil nak sempurna. Jadi, beryukur sahaja dengan apa yang Allah sudah beri dan rezeki yang Allah dah tetapkan pada saya. Tidak banyak, tapi masih mencukupi. Tidak cantik, tetapi masih sihat tubuh badan dan sempurna akal. Syukur sahaja.

Kesempurnaan tidak boleh kita dapat sampai bila-bila. Lagi kita cari, lagi kita kejar untuk jadi yang terbaik. Memang hati kita tidak akan puas. Syaitan pula bertepuk tangan suruh kita kejar hal dunia dan lupakan hal akhirat. Jadi, mahu atau tidak. Kita sendiri kena kuat. Bersyukur dengan nikmat Allah dan insyaAllah akan diberikan rasa “mencukupi” dengan apa yang ada.

Artikel Berkaitan

20 responses to “Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

  1. Alangkah bagusnya sekiranya dapat mengejar kesempurnaan dalam ibadat kerana itu lebih baik dari segala kesempurnaan yang ada .. =)

  2. Saya setuju, manusia tidak ada yang sempurna, tapi harus berusaha untuk sempurna…

  3. apapun hidup biarlah besederhana. mengejar kesempurnaan ni seolah-olah kita tak bersyukur apa yang ada.

    moga kita semua dijauhi sifat2 begini, amin.

  4. kita cuma umat akhir zaman liza…tak ada siapa yang sempurna melainkan nabi kita…

    • tak ada yang lebih sempurna daripada Allah. Yes, nabi kita paling dekat selepas Allah…

      • memang begitu mbak, tapi sebagaimana sabda Nabi kita Muhammad SAW :”Lihatlah ke bawah untuk urusan duniamu, dan lihatlah ke atas untuk urusan akhiratmu”. Dan sabda beliau lagi :”Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kau akan hidup selamanya, dan berusahalah untuk akhiratmu seolah-olah kau akan mati esok”. Menurut saya sabda beliau ini menyuruh kita umatnya untuk senantiasa menjadi makhluk yang sempurna dimata ALLAH SWT.

  5. meo

    i think youre cute… 😀

  6. Bagi sy ini subjektif. Memang sy akui sy nak jadi seorang yg sempurna pada pandangan diri sendiri,.. bukan utk bermegah2 dengan org lain, sekadar utk menambahkan keyakinan diri sendiri(psikologi). Yang penting kita tahu di mana tempat kita. IMHO

    • kalau untuk kepuasan diri sendiri, dan untuk menambahkan keyakinan diri tak salah. cuma, jangan terlampau berusaha sehingga memudaratkan diri (in case tak tercapai apa yg kita nak) kan? hehehehe

      • banyak yang sy nak dlm hidup ni blm tercapai. Dah jd kebiasaan tak suka mengalah @ berserah pd takdir semata2 sebelum mencuba. Isu berjaya @ tidak no 2 yang penting kita dah buat terbaik,… dapat kita bersyukur dan kepuasan yang amat sangat, kalau sebaliknya, kita terima jugak seadanya dan cuba lagi…

  7. kerana ketidaksempurnaan itulah yang menjadikan manusia ini sebagai makhluk Allah yang paling sempurna

  8. setuju! imperfect blogger setuju dengan post ini! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge