Gemersik Kalbu Drama Terbaru Slot Akasia TV3

gemersik kalbu drama

Gemersik Kalbu Drama terbaru Slot Akasia TV3 menggantikan Tentang Dhia. Gemersik Kalbu drama ini bermula 2 Januari 2012 7 malam. Drama Gemersik Kalbu ni rupanya di adaptasi daripada novel juga ya? Musim adaptasi je!

Oh ini rahsia nak cantik rupanya!

Katanya, Drama Gemersik Kalbu ni diadaptasi daripada novel terkenal Anis Mayuni berjodol Gemersik Kalbu. Nanti, terkenal ke? Tak pernah baca pun. Tak macam novel Ombak Rindu. hehehehe!! Tapi, tak tahulah versi drama ni lagi best daripada Filem Ombak Rindu ke tidak. Opsss!! Hari ini, drama terbaru ni akan disiarkan. Kena tunggulah dan tengok baru boleh komen.

Sebelum tu, mari kita baca Sinopsis Drama Gemersik Kalbu. Sinopsis ini rasanya sudah ramai bloggers lain yang letak di blog mereka contohnya Nurinzspace.com, Tokobakso.com dan yusuf Ultraman. Baca sinopsis MACAM BEST tapi wallahualam lah jala ceritanya versi drama. hahahaha!!!

Sinopsis Drama Gemersik Kalbu

Kisah Cikgu Raihana yang bercinta dan bertunang dengan Wan Ariffin. Wan mati lemas kerana menyelamatkan seorang budak. Cikgu Raihana pulak kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya, dia bergantung kasih dengan Wan Ariffin selama ini, dan keluarga Wan sangat baik dan menganggap Raihana macam anak kandung mereka.

Raihana tidak rapat sangat dengan ibu kandungnya sendiri, malah hubungan dia dan ibunya sangat kekok.

Raihana melanjutkan pelajaran secara sambilan dengan rakan baiknya Kak Shikin, mereka menumpang tinggal di rumah Aunty Zarina, di situlah dia kenal pula dengan Sufian.

Awal perkenalan, Raihana tidak berapa suka dengan penampilan dan tingkah laku Sufian. Tetapi Sufian sudah jatuh hati pada Raihana. Raihana masih lagi tak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Wan Arifin. Raihana yang tak suka kepada Sufian bertekad nak pindah rumah kerana benci kepada Sufian. Sufian mula memasang perangkap supaya Raihana dapat dikahwininya.

Akhirnya Raihana dan Sufian berkahwinlah juga..sepanjang menjadi isteri kepada Sufian, dia melihat kebaikan dan keikhlasan Sufian sebagai suaminya. Mungkin timbul rasa kasih sayang kepada Sufian dan Raihana terpaksa jugak menjaga Sufian di hospital ketika Sufian sakit.

Setelah Sufian sihat, Raihana kena pula jaga ibu kandungnya yang jatuh sakit pulak walaupun ibunya melayan dia dengan kasar. Raihana cuba merapatkan hubungan renggang selama ini dengan ibunya.

Sufian sedar Raihana masih lagi teringatkan cinta pertamanya, mampukah Sufian mengalihkan kembali cinta Raihana kepadanya, Sufian cuba menduga cinta dan kasih sayang Raihana.

Gemersik Kalbu Drama adaptasi daripada novel lagi. Hah, tak tahulah best ke tidak cerita ini. Pelakon drama Ayu Raudhah tu ramai juga peminat rasanya kan? Selamat menonton! Pssst, siapa minat muzik dan nak cipta sejarah boleh join aktiviti Music Future Festival 2012 nanti ok

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

17 responses to “Gemersik Kalbu Drama Terbaru Slot Akasia TV3

  1. mujur pelakonnya nukan my fav..

    *sambung cerita cina 8TV je la. 🙂

  2. novel gemersik kalbu best sy dh bca dah…

  3. cerita nih banyak sgt lagunyer tapi layan juger

  4. aku tak nak tengok. biar ko aje yang tengok.

  5. alahai…
    ada lagi drama yang adaptasikan dari novel.
    kalo best, boleh jugak la layan.
    kalo best la…. huhuhu

  6. best x citer ni, kalau best aku layan, sebab bnyk drama melayu yg aku layan sebab best

  7. sebab bukn pelakon yg aku suka.. so xdapat tgk pon xpe.. hahahtp novel dia best… aku dah baca

  8. dah lama tak mengikuti perkembangan drama tv…sibuk kerje

  9. Best cerita ni,tak rugi tengok

  10. Hi… sy penah bace novel ni. Memang best! sangat tu tak ler.. ngeh3..mao tgk drama dy pulak nty..til now tak berpeluang nak tgk lg. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge