Doa Meminta Ampun dan Taubat Pada Allah

Doa Meminta Ampun dan Taubat Pada Allah pula kali ini. Hari Jumaat, elok juga kongsi doa-doa. Doa Meminta Ampun ni saya ambil di blog Doa Harian ini. Korang boleh dapatkan pelbagai doa harian lain dekat situ ok. Bagus sangat blog tu.

Sebenarnya, Doa Meminta Ampun ni saya sudah tahu sebab ibu saya memang pesan suruh amalkan doa mudah ni. Pendek bolehlah saya hafal. Kalau panjang, hehehehe!! Harap maklum. Bagus amalkan doa ni setiap hari. Tak susah pun. Rasanya semua orang boleh amalkan. Kalau belum mampu lagi membaca jawi, minta tolong orang yang nak tolong tuliskan dalam rumi.

doa minta ampun

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.

Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.

Sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

doa minta ampun

Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.

Sabdanya yang bermaksud:

Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.

Sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Mana-mana bloggers yang nak “panjang”kan lagi pahala berkongsi ni. Copy paste je entry ni. Ilmu macam ni, kalau ada siapa yang marah copy paste memang tidak patut kot. hahaha!! Semoga hidup kita semua diberkati Allah sentiasa. Amin

p/s:  sesiapa yang ingin minta saya buat review produk/advertorial/iklan apa-apa boleh terus hubungi saya di lizarazak84[at]gmail.com ok. Harga boleh dirunding.

Artikel Berkaitan

6 responses to “Doa Meminta Ampun dan Taubat Pada Allah

  1. Oo doa ni dah lama hafal. Selalu berzikir zaman sekolah sampai terhafal sendiri. Sesungguhnya ilmu agama masih cetek. perbanyakkan perkongsian seperti ini ye cik liza.

  2. doa ini memang simple liza biasa dengar boleh di panggil istifar juga…

  3. memang bagus dibaca hari-hari.

  4. Doa yang sudah sangat terbiasa kita hapalkan adri keceil ternyata mempunyai manfaat saynags sangat dahsyat
    torik´s last blog post ..Mencegah Badan Menggemuk Karena Kurang Tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge