Cerita Sensasi dan cerita panas antara perkataan yang selalu bloggers guna untuk tarik trafik ke blog masing-masing. Saya tak kata tak boleh, dan saya juga tak kata silakan guna. Entry ini, bersifat neutral. Chewah! Boleh kita mulakan sekarang?
Ok, Cerita Sensasi dan cerita panas yang macam mana saya maksudkan itu? Alah, tidak mungkin korang tidak faham kan? Saya ambil contoh, isu paling hot saat ini iaitu kes Amalina Bakri Facebook. Tipulah kalau korang tak tahu kes ini kan? Inilah contoh cerita sensasi dan cerita panas yang saya maksudkan (Lebih mudah beri contoh semasa)
Perasan tak, sejak kes Amalina Bakri ni tersebar dekat internet termasuk Facebook dan Twitter. Ramai lah bloggers yang sibuk update blog masing-masing dengan tajuk Amalina Bakri Facebook lah, Nur Amalina Che Bakri lah. Ada perasan? Ok, korang rasa kenapa? Saya tolong jawabkan ya. Ada 2 sebab, mungkin bloggers ni memang niatnya nak sampaikan maklumat (perlu ke sebarkan maklumat yang mengaibkan negara sendiri ni?jawab sendiri) dan mungkin lagi 1, sudah terang-terang kerana mahukan trafik yang mencanak.
Bolehlah merasa income Innity dan Nuffnang yang kacak sikit macam Titan. Eh, termasuk pulak nama mamat ni. Hahahaha!!! Ok, sambung semula isu Blogger Guna Cerita Sensasi Untuk Tarik Trafik ni. Korang rasa, adakah dengan menyebarkan cerita sensasi dan cerita panas ni adalah 1 cara yang betul dikalangan bloggers?
Apa agaknya kesan-kesan dan tanggapan orang ramai (terutama bukan bloggers) pada kita semua? Pada saya, tak salah kalau Cerita sensasi dan cerita panas itu adalah sesuatu yang menggembirakan contohnya perkongsian isu Ustaz Idrus dan Zizan Raja Lawak menyambut tahun baru 2012 baru-baru ini. Agak menggembirakanlah sebab bukan senang artis popular nak turut serta dalam program macam ini.
Tapi, kalau berkongsi cerita sensasi atau cerita panas soal kes Amalina Bakri Facebook yang sah-sah secara logiknya mengaibkan nama negara Malaysia dan menambahkan dosa kita tu.saya rasa tidak perlu tapi ya terpulang dan saya tahu akan ada sesetengah bloggers yang akan jawab “blog masing-masing” hehehehe!!!
Jadi, saya tidak boleh nak komen panjang lah bab tu tapi mungkin entry ini cuma bertujuan untuk meminta pendapat blogger lain yang boleh bersikap lebih terbuka saja. Kalau rasa nak memaki hamun, saya tanpa belas kasihan akan delete saja komen. Boleh berbincang tapi biar dengan cara sopan. Terima kasih.
Jadi, mari kita “open table” tajuk Blogger Guna Cerita Sensasi Untuk Tarik Trafik. Cara Yang Betul Atau Tidak? ini dengan kata-kata Bismillahirrahmannirahim. Chewah!!! Ehem, kalau nak baca tips percuma jadi blogger yang berjaya pun boleh juga atau kalau nak baca 8 tips untuk menghasilkan entry yang berkualiti pun layan juga.








Assalamualaikum wrt,
Nak tarik traffik tak de masalah, cumanya bila nak tarik traffik dengan cerita-cerita yang kurang enak, takut-takut “share” dosa sama kita dpt seperti org yg melemparkan ‘fitnah” itu.
Maka, lebih baik hindari sebelum kita juga di cop sebagai “blogger murahan” dengan isu-isu yg merepek =)
Wallahualam..
[Reply]
Lizz Reply:
January 4th, 2012 at 4:52 pm
salam SH,
aku rasa bab ini sebenarnya semua antara kita (termasuk aku sendiri) pernah buat. tapi, mungkin sebab kejahilan sendiri dan tak ada pula yang tolong ingatkan dan berani tegur sebab takut kalau tegur orang kata poyologos pulak (kali ni aku redha sape nk kata aku poyo.hahaha!!)
tapi, bila aku fikir2 balik yes memang nak cari duit dengan blog tapi bila caranya salah tu menakutkan juga. kalau bloggers non muslim..silakan.mereka kategori lain
sorry if ada yang terasa atau marah dengan entry ni -..-
[Reply]
Itu semua bergantung kepada niat seseorang yang menyampaikan berita tersebut. =)
[Reply]
Lizz Reply:
January 4th, 2012 at 5:09 pm
ya betul, sebab itu saya kata entry ini bersifat neutral. langkah keselamatan.hahahaha!!! niat tu hanya Allah yang tahu. kena ingatkan diri sendiri juga ni *check balik entry2 lama serta merta* huhuhuhuhuhu
[Reply]
Dapat trafik takpe, jangan dapat dosa sudah.
[Reply]
Lizz Reply:
January 4th, 2012 at 5:17 pm
kan? i memang nak trafik jugak tapi dosa penyebaran tu i takmo.hahaha!! tapi,entry ni terkena dekat i jugak sebab ada je entry lama-lama i cam ni. time tu tak ada yg tegur i. hahaha!! silap sendiri -..-
[Reply]
Denaihati Reply:
January 5th, 2012 at 9:07 pm
askm. barang yg lepas xpayah nak kenang. banyak hikmah dlm kes amalina ni, utk blogger terutamnya.
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2012 at 2:30 pm
salam bro, banyak pengajaran untuk kes ni. sangat2. jangan percaya sangat dengan media massa yang memang kerjaya menyebarkan cerita sensasi.haha
[Reply]
tak kira cerita tu benar atau salah, kalau dah sampai mengaibkan orang itu memang tak patut
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2012 at 2:32 pm
kes ini jadi pengajaran buat semua
[Reply]
Ada dua situasi disini,saya juga ada buat entri pasal Amalina,tetapi bukan berkongsi gambar seksi dia,cuma membincangkan hal.
Satu lagi situasi dimana ada blogger share gambar2 amalina yg tak menutup aurat tu.Pada saya cara tu tak betul,dan mmg itu untuk tarik trafik.
Bergantung pada kita cara nak menarik trafik dari kisah2 panas,cuma kena bijak cara penyampaianya.“Ibarat tarik rambut dalam tepung,rambut dapat, tepung tak berselerak”
Dalam kes blogger pulak,trafik dapat,duit dapat dan tiada yg terluka.
Sekian he3..
*minat untuk buat food review tak?pm saya nanti.
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2012 at 2:34 pm
tak, sebenarnya memang tak salah pun kalau untuk tujuan berdiskusi isu semasa. cuma, yang saya maksudkan dan awak pun kata bila letak gambar sekali tu yg ada masalah tuh.hahahaha!!! menyebarkan dosa -..-
food review? nanti saya email.tq
[Reply]
Kalau inginkan trafik dengan berkongsi ‘aib’ orang tidak eloklah. Allah akan menjaga ‘aib’ kita, kalau kita jaga ‘aib’ orang.
Bagi aku sekadar nak tulis mengenai isu semasa, pastikan ada sebab, contohnya bagi pendapat, bagi idea cara nak selesai dan sekianya, dan bukanya sekadar meletak, bagi dua tiga ayat, selesai. Sure cara tu senang dapat trafik, tapi value dia takde.
Aku rasa (bagi akulah) berkongsi macam benda Amalina tu tidak elok, apa yang kita cuba nak dapat? apa yang kita cuba nak sampaikan? untuk berkongsi cerita dengan orang lain? kenapa perlu berkongsi cerita itu dengan orang lain? banyak persoalan. Tapi terserah kepada blogger itu sendiri, kerana blog diorang, diorang punya hal..haha
[Reply]
Lizz Reply:
January 6th, 2012 at 2:39 pm
aku setuju apa yang kau tulis ni. kita as bloggers kena pandai pilih cerita ataupun boleh je berkongsi cerita sensasi kalau untuk trafik sekalipun.mmg blogger perlukan trafik tapi cuma mungkin perlu bijak ah pilih.
mana yang gambar aib tu, simpanlah saja.huhuhhu
[Reply]
jangan buka aib orang dan jngan buka aib sendri..
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 4:54 pm
terima kasih untuk nasihat ini
[Reply]
tengok niat. kita nak apa untuk buat artikel tu. Dari situ aje dah cukup.
Bab trafik ni, tak yah nak pening kepala. Tak yah pikir sangat. Kalau korang fikir sangat..nanti semua orang tak nak berblogging.
Bila kita berblogging ni..tak kiralah benda baik ke benda tak baik kita tulis dalam blog. akan ada hasil positif dan negatif. Akan ada orang suka dan ada orang tak suka.
Jadi, kalau tak nak terbabit langsung dalam hal duit tu haram ke halal..cari trafik tu salah ke betul..tulis isu ni salah ke tak..download upload filem dan ntah apa benda mengarut lagi.. TAK YAH TULIS BLOG. dok diam aje main guli dan gasing petang-petang.. kalau dah TERBABIT, risiko tanggung sendiri la..
once korang dah tulis blog dan dah mengatal letak iklan dalam blog..korang dah TERBABIT secara tak langsung..
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 4:56 pm
korang boleh baca sendiri komen si sifu buat duit ni.hahaha!!! thanks untuk respons
[Reply]
aku pun buat juga isu pasal amalina, tapi bukan nak aibkan beliau cuma terkesima dengan apa yang berlaku…kesian nasibnya jadi macam tu
rasanya tak salah guna isu panas untuk keyword, cuma jangan salah gunakannya. Ramai yang buat entri pasal amalina just copy paste dari akhbar online…
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:00 pm
for me, memang tak salah pun. kita as blogger memang perlukan trafik. cuma perlu tahu batasan. gunalah keyword apa-apapun yang penting contentnya tidak keterlaluan. kalau ditapis betul2, sebenarnya ok je.hehe
[Reply]
mungkin kita boleh menggunakan keyword yang tengah hot masa tu, tp yang penting apa kandungan yang kita tulis. Kalau kita cuba membincangkan isu itu dari sudut yg positif, bukan mengutuk atau mengaibkan org itu, rasanya ok je.
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:05 pm
keyword more to tips SEO, yang saya tekankan di sini cerita sensasi. hehehe, ramai yang keliru. tapi, yes boleh saja bincang asalkan tapis mana-mana yang perlu ditapis.hehehe
[Reply]
kalau nak guna pasal amalina tu.. olah secara bijaksana. bukan tepek gambar legging dia, then kata tu kata ni. walhal kaji sikit pun tak.
lepas tu komennya pulak penuh makian, cacian.
tu yang dipanggil trafik hunter.
dia dimaki kerana dahulu dia dipuja.
ps aku masih aneh kenapa amalina di kutuk bagai walhal apa beza dia dengan BBNU di pav tu?
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:10 pm
ahaks! betul juga. masalah orang kita, suka buat “nasi tambah”. yes, olah bagi nampak hasil perbincangan yang positif. tak salah pun, cuma olah olah olah n tak perlu tepek gambar yang boleh mengaibkan kot.
[Reply]
akan tetapi entry ini ada nama nur amalina yang mana trafik dari search enjin juga mungkin sampai ker sini walaupon xder isu pasal nak dedahkan aib dia, ehhehe, cik liza jgn marah yer, heheh, gurauan awal tahun, hehehe
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:13 pm
tak marah sebab tak ada kaitan pun. hahaha. keyword dengan cerita adalah berbeza. amalina tu keyword sensasi, legging amalina yang cerita sensasi nya.hehehe.
[Reply]
Isu up to date,kalau kena caranya tak kisah la,janji tak lukakan mana-mana pihak
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:14 pm
tak lukakan dan tidak menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya disebarkan.hehehe
[Reply]
mcm harian metro juga. tajuuuukkk,, punya la gempak. klu tgk tergantung kat rak surat khabar tu tangan pun kompem akan sambar. hehe
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:16 pm
dah lama tak beli surat khabar, baca online je. tak membazir. hehehehe
[Reply]
Assalamualaikum liza, apa khabar?
Hmm topik ni kalau saya bagi opinion memang panjang jadinya karang (hehe)
Bagi saya semua ini adalah tektik untuk tarik traffik.. tapi kena jugak waspada, ada jugak batas-batas yang nak kena jaga.
Kalau tengok situasi semasa, pasal pelajar cemerlang tu.. bila apa yang ditulis dah berubah menjadi sebagai fitnah dan semuanya tak betul, (ada yang jadi mengutuk) .. itu dah tak kena la dengan cara.
Kita rasa marah bila orang buat dekat kita, tapi bila kita buat kat orang tak sedar pulak.
Walaupun semua orang pun buat, tak ada la bermakna benda tu betul.
Saya takut jadi orang yang muflis dekat akhirat nanti. Nak tau kenapa saya kata pasal muflis? saya tinggalkan link ye
http://www.sabreehussin.com/motivasi/maksud-orang-yang-muflis/
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:25 pm
untuk keperluan, saya izinkan link ini.
betullah apa yang saudara komen ni. tapi itulah nak bising-bising pun tak boleh sangat sebab lain orang lain pendapat. terpulanglah pada individu. cuma untuk diri sendiri, boleh tulis tapi ambil mana yang perlu saja mungkin
[Reply]
thanks untuk semua komen yang membina. nanti saya akan jawab komen-komen ni semua
[Reply]
media massa suka sangat cerita nak
aibkan orang islam.tak tahu orang
barat suruh buat begini.
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:31 pm
sepatutnya orang islam boleh fikir agenda ini tapi ada yang masih tak nampak
[Reply]
terpulang kepada individu, diorang lebih maklum niat dan tujuan diorang,… kalau niatnya nak tarik traffik jadi takde beza la diorang ngan majalah hiburan yang siarkan crite2 panas, aib org lain semata2 nak tingkatkan jualan majalah diorang.. IMHO
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:33 pm
cara content ditulis, kita boleh tahu serba sedikir niat mereka. berkongsi, berbincang dan menyebarkan aib berbeza cara penulisannya
[Reply]
Bagi saya tak patut, sebabnya mudah: Antara ilmu dan informasi, Jika blog kita sebarkan ilmu, insyaAllah tiada aibkan manusia, jika informasi ni yg susah, ada yg semata2 info udengan jiwa kosong. Saya allergik dengan blogger sebegini. Memang bergantung kepada niat, tapi tidakkah pernah terdengar niat tak menghalalkan cara? So, daripada ada unsur2 syubhah, baik hindari jika diri sendiri tidak cukup ‘kuat’ untuk menegur, Satu persoalan kepada blogger yang ‘menegur’ amalina, Adakah anda akan tegur secara berdepan jika amalina ada depan anda??? Istiqfar apabila melihat kemungkaran adalah selemah2 iman, tegur guna blog tak tahula pula.
[Reply]
Lizz Reply:
January 10th, 2012 at 5:37 pm
berkongsi informasi boleh. bagus tapi kes amalina atau kes-kes yang jelas-jelas mengaibkan mungkin blogger perlu menapis content nyer. tak salah nak berkongsi pandangan, tapi pastikan positif dan mana yang tidak patut diletak, simpan saja.
[Reply]