Video Khasiat Surah Al-Baqarah Penyembuh Penyakit

Surah Al-Baqarah Penyembuh Penyakit. Video Khasiat Surah Al-Baqarah Penyembuh Penyakit ini saya kongsikan, mana tahu ada yang tidak tahu pasal Ustaz Kazim Youtube ni. Saya baru tahu tahun ini. hahaha!!!

Biar lambat, tidak mengapa. Tapi, saya dah tengok Video Khasiat Surah Al-Baqarah Penyembuh Penyakit ni sampai habis. Memang berguna sangat untuk perkongsian bersama dengan pembaca tetap blog saya ini (ok, macamlah ada.hahahahaha!!). Lepas ini, tak perlulah sibuk-sibuk cuba petua-petua lain yang merepek kalau kena sakit ya.

InsyaAllah kalau kita yakin, mesti boleh baik. Saya jumpa Video Khasiat Surah Al-Baqarah Penyembuh Penyakit ni masa saya tidak sihat. Ada benjolan di belakang badan saya. Tidak sakit tapi agak besar. Risau juga kalau-kalau kanser tapi alhamdulilah Allah “guide” saya sampai temukan saya dengan video ini.

Jumpa je video Khasiat Surah Al-Baqarah ini, saya amalkan setiap hari setiap kali lepas solat Maghrib. Paling kurang pun, kalau saya sibuk saya akan baca 4 muka surat sahaja. Baca Al-Quran beserta terjemahan sekali. Waktu itu saya sudah tahap tawakal sahaja. Tapi, saya yakin Allah akan bantu saya.

Lepas itu, saya amalkan setiap hari. Alhamdulilah, setiap hari benjolan tu beransur-ansur mengecut. Saya cuma baca surah Al-Baqarah ini setiap Maghrib dan setiap hari sebelum tidur saya akan minta tolong mak saya untuk bacakan Ayat Kursi sambil usap pada benjolan saya tu. Sampai hari ini, alhamdulilah sudah ok.

Saya yakin Al-Quran ada segala-galanya termasuk Surah Al-Baqarah penyembuh peyakit. Ustaz kata, kanser ini sakit yang ada kaitan dengan syaitan. Perasan tak, pesakit kanser hanya akan tahu yang diri dia ada kanser setelah kanser tu pada tahap ke 3 atau ke 4? Itu kerana, syaitan “tutupkan” tempat kanser tersebut dari pandangan doktor. Sebab itu, ustaz galakkan kita amalkan Surah Al-Baqarah. Kalau pun ada penyakit kanser, insyaAllah doktor boleh detect awal-awal. Rahsianya, kena yakin dengan Allah.

Artikel Popular

6 Comments

  1. azura says:

    macam salah je liza mungkin tak sesuai guna perkataan khasiat, lebih sesuai guna perkataan “kelebihan” atau “amalan”…

  2. titan says:

    emm..emmm…emmm..apa aku nak tulis tadi. lupa plakk..

  3. jedi says:

    Yakin pada Allah… Itu yang terbaik buat kita hamba Nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge