Rahsia Bagaimana Kita Boleh Hidup Bahagia

Bahagia akan datang dengan sendiri bila hati kita bersama Sang pencipta. Semua manusia mahukan kebahagian. Siapa yang kata tidak, memang dia gila. Mana mungkin jadi manusia, tetapi tidak mahu bahagia. Tapi, macam mana nak bahagia? Mudah saja, ingat siapa kita dan dari mana asal kita.

Kita cuma hamba Allah, tidak memiliki apa-apa pun dalam dunia ini. Mungkin harta kita banyak, mungkin kita punya kereta besar. Mungkin juga kita blogger yang berjaya. Tanya saja tentang blog, ah itu makanan ruji katanya. Contohnya blogger yang saya akui dia kacak, Titan (bodek ni sebab setiap hari dia dapat duit. wahahaha!!!) Tapi kalau tidak bahagia, apa gunanya?

Ah, kita boleh miliki itu ini dalam dunia. harta, ilmu, darjat malah kuasa. Tapi, sebenarnya itu semua milik Allah. Kalau kita bangga dengan apa yang kita ada, tetapi dalam masa yang sama..kita lupa asal kita dan kemana pengakhiran kita..mana mungkin kita boleh hidup bahagia? Boleh? Tak akan bahagia!

Harta dunia boleh melalaikan kita kalau tidak diatur dengan betul. Lagi banyak kelebihan Allah amanahkan pada kita, lagi besar tanggungjawab kita sebenarnya. Kalau hari ini kita lalai dari sujud di atas sejadah, Allah tetap bagi nikmat kelebihan tersebut tapi tidak nikmat bahagia. Allah beri nikmat kelebihan-kelebihan yang lain tu bukan apa, cuma nak bagi kita senang senang dan senang dan bergembiran sementara sahaja.

Sampai masa, Allah akan tarik sekaligus semua nikmat harta tu. Waktu tu, terduduklah kita!

Betullah cakap ustazah saya dulu, dunia boleh melalaikan manusia. Jadi, jangan tinggal solat dan Al-Quran. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya lambat tersedar daripada tipu daya dunia ni? Rasa nak marah itu ini tapi menyesal tentang perkara lampau tak ada maknanya.

Yang penting, apa yang ada depan mata kita.

Bahagia sedang menanti dihadapan. Sebelum ini saya tak rasa bahagia pun. Saya punya kawan, tapi hati saya rasa kosong. Saya ada duit tapi tak pernah cukup. Saya bernafas setiap hari tapi tak pernah merasa syukur. Saya ada masa terluang tapi tak pernah fikir tentang rahsia Allah. Alah, memang rugi kalau difikir-fikirkan semula!

Senang cerita, berpuluh tahun hidup tetapi sia-sia. Saya percaya kali ini teguran Allah bukan main-main. Kalau saya tak berubah sekarang, mungkin lepas ni Allah “merajuk” tak ketuk-ketuk pintu hati saya dah. Jadi, saya kena buat sesuatu. Kalau lepas ni terbaca entry-entry berunsurkan agama atau nasihat tentang kehidupan dalam blog ni, silalah pasrah je. wakikikiiki!!!

Saya kena berubah. Saya mahu mencari bahagia yang hakiki. Biar trafik blog ini tidak seberapa tapi tak apa. Janji hati bahagia! hehehehe. Kalau kita mengejar dunia, dunia akan mencaci kita tapi kalau kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Doakan rezeki saya berpanjangan. Amin

P/S: dekat sini ada tak yang nak tambah income? kalau biasa design logo/buat website atau macam-macam project lain, korang boleh try bid dekat Freelancer.com banyak job dekat situ 😉

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

24 responses to “Rahsia Bagaimana Kita Boleh Hidup Bahagia

  1. keluarga bahagiaaaaaaaaa ~ lagu Kumpulan Saujana.. heheh

  2. wahh..ada rahsia rupanya.. 🙂

  3. insyaalah sentiasa berniat positif…

  4. bahagia tak dapat tulis entri nie?

    saya bahagia dapat komen dekat sini.. kikiki

  5. kita akan bahagia bila sentiasa dekat dgn Allah SWT…

  6. untuk memulakan hidup yang bahagia, pertama sekali kita kena positifkan diri dahulu. baru kita boleh memulakan langkah seterusnya.

    selagi tak positif (keyakinan diri yang tinggi), memang payah la nak cari erti “bahagia” tuh. 😉

  7. jika apa yg kita impikan kita dapat, maka kita akan bahagia, sbnrnya kehidupan yg sederhana dan tidak banyak kerenah sana sini akan bawa hidup kita bahagia, tiada hutang, tiada beban dan tiada tekanan

  8. ko bahagia ke tak ni?? hehe..

  9. Kebahagian akan datang jika kita hidup dengan mempunyai tujuan. Apakah lagi tujuan manusia dicipta selain untuk beribadat bukan?

    Perkara lain dalam hidup yang kita anggap sebagai sesuatu kebahagian adalah sekadar sampingan sahaja. Kita bahagia apabila kita berjaya menyelesaikan tujuan kita dengan sempurna.

    Bersama-sama kearah kehidupan yang lebih bahagia.

  10. Adakah kebahagian itu milik ‘kita’? Erk, salah tafsir kene pancung dengan isteri. ehehehe

  11. titan kacak eh! wow!..
    nak bahagia,kurangkan harapan..kurangkan mengharap.. 🙂

  12. Benar tu cik liza… kita akan kembali pada Nya… apa yg kita miliki skrg akan menjadi debu berterbangan…. Oleh itu jgn lupa bersedakah dan beramal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge