Nilai Seseorang Manusia Ada di Mana?

Nilai seseorang manusia ada di mana? Namanya? Pangkat? Jumlah hartanya mungkin? Korang rasa nilai seseorang manusia, letaknya di mana? Hmm, mungkin kita masing-masing ada pendapat berbeza kan? Biasalah, kita pun ada citarasa berlainan. Tak mungkin ada 2 manusia yang serupa di bumi Allah ini

Ok, berbalik pada soalan saya tadi, nilai manusia ada di mana?

Ada orang akan bangga bila dapat berkenalan dengan orang berpengaruh, punya nama. Saya beri contoh mudah, ramai yang suka dan bangga bila kenal rapat dengan artis atau ahli politik contohnya. Bila dapat jumpa artis atau ahli politik, habis dicanangnya 1 Malaya. Terasa? Tak apa, itu biasa. Kenapa ada perasaan bangga? Sebab manusia yang kita kenal itu punya nama. Dapatlah kita menumpang popular? Terpulang.

Pada saya, nama tidak membawa apa-apa. Mungkin, di dunia orang sayang kita kerana kita punya nama. Tapi, nama kita tidak boleh menempah tiket untuk duduk di baris hadapan sewaktu berkumpul di Padang Mahsyar. Jadi, nilai nama pada manusia tidak bermakna. Saya berkawan dengan artis dah lama sejak zaman belajar lagi, tapi saya tak pernah anggap mereka artis yang punya nama. Saya makan guna tangan, mereka pun sama. Saya makan di gerai biasa, saya ajak bersama. Layanan tetap sama dengan kawan-kawan yang lain. Lebih selesa.

Ada orang pula akan berbangga bila punya pangkat yang tinggi. Habis kecoh 1 kampung, dia punya itu ini. Mahu tandatangan yang di laku? Boleh jumpa dia. Oooo, bahaya kalau punya pangkat tapi disalahgunakan. Pada saya, pangkat kita tinggi mana pun tidak akan berguna diakhirat kelak kalau kita terlalu bermegah-megah waktu di dunia. Saya tidak pandang pangkat seseorang untuk berkenalan, itu tidak penting bagi saya. Nilai pangkat hanya perlu pada sesetengah tempat sahaja. Jadi, tidak penting juga ya nilai pangkat ni ๐Ÿ˜‰

Nilai seseorang manusia dipandang pada harta, mungkin? Hmm, keadaan keliling kita sekarang memang beginilah. Bila kita punya harta, orang akan hormat. Kalau kita kurang berharta, orang pandang rendah pada kita. Kenapa ek jadi macam tu? Besar sangat ya impak harta seseorang pada dirinya?hmmm

Kalau kita menilai manusia pada harta mereka sahaja parahlah dunia. Orang yang berharta, kita agungkan. Orang yang tidak punya harta, terabai. Aduh, sedihlah kalau ada diskriminasi macam ni. Jadi, nilai seseorang manusia tidak boleh diukur daripada segi jumlah hartanya.

Jadi, apa?

Kalau nilai seseorang manusia tidak boleh dinilai dengan nama, pangkat dan harta..jadi apa?

Islam itukan indah. Siapa pencipta Dunia ini? Allah. Siapa yang menjadikan kita? Allah. Siapa yang memegang roh kita?Allah. Siapa pemberi rezeki? Allah. Siapa yang beri kita nikmat Agama Islam? Allah.

Jadi, kalau ditanya pada saya nilai seseorang manusia itu ada di mana? Saya dengan yakinnya akan jawab. Manusia hanya bernilai sekiranya punya IMAN di dalam hatinya. Iya, IMAN lebih bernilai daripada segala-galanya. Manusia tiada nilai sebenarnya jika kerana manusia hanya HAMBA ALLAH yang tidak memiliki apa-apa pun. Nama, pangkat dan harta yang kita miliki kepunyaan Allah. ย Hanya nikmat IMAN sahaja yang mempunyai nilai dan mulia di sisi Allah nanti.

Picture by naiveminds of Deviant Art

p/s: Top 10 link referrer dan commentator Oktober 2011 dah keluar lah.wehooo!!


Artikel Berkaitan

19 responses to “Nilai Seseorang Manusia Ada di Mana?

  1. nilai orang lain bergantung macam mana kita nilai dia

    nilai diri kita bergantung macam mana orang nilai kita

    result may vary. selalunya aku nilai dari banyak aspek yang mana aku nak bagitau pon tak reti..hahah

  2. Pada manusia nilai itu boleh diukur, pada Allah nilai itu pada takwa yang lahir dari Islam , Iman dan Ihsan, dan di sisi Allah nanti kita sebagai warga akhirat yang kembara di bumi Allah akan diukur berdasarkan siapakah yang paling tinggi takwanya, dimana semua material dan ukuran duniawi telah hilang

  3. banyak org sekarang menilai manusia pd nama pangkat dan darjat…bukan lagi pada iman seseorang…malah ada yg berani hina alim ulama…

  4. Entri ni memang menarik.

    Penilaian orang memang subjektif. Apa yang penting ialah kita sendiri menilai diri sendiri, cari kelemahan dan cari kekuatan.

  5. ramai manusia yg terlalu mengagungkan manusia bila ade pangkat n harta, lupe perenggan akhir sekali.
    mudahan kita x macam tu.

  6. nilai blogger pulak berada di mana?tentunya di blognya…

  7. dekat blog mereka. haha..
    atau bergantung pada kekacakan mereka. hehe..

  8. Sebenarnya malu nak jawab ..sebab aku tak tahu jawapannya. Sejujurnya … x tahu nak jawab apa … ^_^

  9. kalau menilai manusia dari segi harta dan pangkat…mungkin semua manusia akan lupa nilai-nilai kemanusian dan harga diri, hanya harta dan pangkat yg dikejar. Semua itu hanya sementara dan pinjaman semata – mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge