Menutup Aurat Tapi Hati Jahat?

Assalamualaikum, entry kali ini memang sengaja cari nahas tapi kalau kita takut nak bahas, baik jangan jadi blogger. hehehe! Sila baca dengan sikap terbuka. Habiskan baca sebelum sibuk nak mengomen. Jangan takut, saya tak kisah dengan jumlah komen. Saya tidak memaksa korang mengomen.

Itu bukan cara saya.

Ok, kita jangan buang masa lah kan. Teruskan saja pada tajuk panas menutup aurat tapi hati jahat. Jujurnya, tajuk ini merupakan tajuk salah satu artikel di dalam majalah Solusi bulan Disember. Tapi, saya belum baca isinya cuma saya pinjam tajuk sebagai idea sahaja. Tak salah kan?

Menutup aurat tapi hati masih jahat. Mungkin, ada antara korang yang bertudung di sini akan marah saya sebab tulis artikel macam ni. Seakan menjatuhkan martabat seorang muslimin “sejati”. Maaf, sejati ke kalau menutup aurat tetapi jauh di sudut hati masih kotor? Saya rasa, tidak. Mungkin dari 1 sisi, ya menutup aurat terlepas daripada dosa besar tetapi ingat, HATI ibarat raja dalam badan kita.

Rosak hati, rosaklah semuanya.

Alhamdulilah, saya bertudung. Tapi, saya masih belum menutup aurat sebaiknya sebagai muslimin. Ingat ya, menutup aurat bukan sahaja memakai tudung tetapi juga anggota-anggota yang lain. Yang ini saya tak nak masuk campur sebab luar bidang kuasa saya. hehehe! Apa yang penting, kita sama-sama berusaha perbaiki diri dari sehari ke sehari.

Dari dulu, dari zaman jahiliyah saya (tidak bertudung) sampai lah sekarang (alhamdulilah bertudung dah) saya masih tak faham kena mesti wujud manusia Menutup aurat tapi hati masih jahat. Saya tak faham!!! hehehe. Tutup aurat dah cantik, tapi hati tak semua yang cantik sepertimana luarannya.

Saya tak kata semua ya, siapa yang rasa tidak terlibat janganlah terasa. Saya menulis entry ini bukan untuk merendahkan sesiapa cuma saya mahu ajak korang berdiskusi dengan cara lebih matang. Kenapa mesti terjadi kes macam ni? Kurang iman? Kurang didikan? kurang rasa hormat atau apa sebenarnya?

Pada saya, sepatutnya bila seseorang tu sudah menutup aurat. Alangkah bestnya kalau mulut, mata, dan hatinya pun dijaga. Ini tidak, kadang-kadang kemain tudung labuh tapi mulut memaki seranah bila melihat orang lain yang tidak menutup aurat atau tengah buat sesuatu yang tak berfaedah contohnya merempit.

Sumpah, saya langsung tak boleh nak respect dengan manusia macam ni. Pakailah serban, sarunglah tudung cecah ke lutut sekalipun tapi maaf tiada apa yang boleh saya ambil untuk dijadikan contoh. Saya panggil manusia macam ni sebagai manusia BAJET BAGUS. Tapi, itulah. Manusia bukan semua sempurna.

Jadi, saya fikir positif saja dengan manusia yang menutup aurat tapi hati masih jahat ni. Mungkin dia masih perlu belajar cara berdakwah dan menjadi khalifah dengan lebih efektif kot. Dia tidak salah, cuma kurang ilmu. Saya harap manusia macam ni sedar silap dia dan betulkan. Barulah boleh “guide” dan tunjukkan contoh yang baik pada kami semua yang auratnya simpang siur ni 😉

Artikel Berkaitan

15 responses to “Menutup Aurat Tapi Hati Jahat?

  1. aku memang tutup aurat. hehe..

  2. tutup aurat ini faktor persekitaran dalaman dan tingkahlaku merujuk kpada didikan dalaman dan luaran…susah pula nak komen liza…

  3. saya tak pakai tudung 🙁
    sebab saya lelaki .hahaha.
    bagus post ni untuk sedarkan perempuan tak tutup aurat kat luar sana.

  4. “Saya panggil manusia macam ni sebagai manusia BAJET BAGUS”, “menutup aurat tapi hati masih jahat ni”
    huhu…aku rasa lebih kurang mcm pakai uniform.

  5. tudung tak mencerminkan sifat seseorang. tp kalau xpakai tudung pon, sebaik mana pon, ttp di mata aku xkn perfect.

  6. Jas

    tudung doesn’t represent the person right? Is the heart that counts. Someone that don’t wear tudung but with a good heart only count.

  7. setuju sangat dengan pendapat ko ni.. wanita bertudung sepatutnya jadi contoh kepada wanita yg tak bertudung.. kalau bertudung tapi hati masih kotor, macam mana yg tak bertudung tu nak mencontohi kita.. smpai ada terdengar org ckp sia2 je pakai tudung..

    tapi, walau macam mana pun, sekurang-kurangnya mereka ikut perintah Allah supaya menutup aurat.. tak macam yang terbukak terus bahagian kepalanya.. cuma mereka perlu belajar lebih lagi ilmu untuk perbetulkan hati dan tingkah laku..

  8. ada juga org merompak.. tapi hatinya baik utk disedekahkan utk fakir miskin..he.he.he.. mcm tu la ibaratnya..

    p/s: sebab ada yg bertudung kerana mak suruh… 😀

  9. budak-budak sekolah memang lain. kat sekolah..bertudung pun nak tak nak. lepas aje pintu pagar sekolah..tudung letak dalam beg..entah dia terus balik rumah ke merayau mana..risau dibuatnya..

  10. mks

    TAK GUNA TUDUNG LABUH TETAPI JAHAT!…pernah berhadapan dengan situasi ini? macam mana nak jelaskan tentang perkara ini? Jom baca sedutan dari koleksi BILA BEDUK DIKETUK (Majalah Solusi) oleh Al Fadhil Ustaz Pahrol Juoi……

    Anak muda dihadapan saya terus mengasak saya dengan hujah2 logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

    “Tidak semestinya wanita yg menutup aurat itu baik”, tegasnya.
    “Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat..perangai mereka ada yang lebih buruk berbnding mereka yang tak menutup aurat..”, tambahnya lagi.
    Saya diam sambil mendengar dia berhujah dengan akal dan pengalaman, namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – akal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbatas.
    ”Sebenarnya apa yang awak cuba smpikan?” tanya saya lembut.”Saya nak tegaskan bahawa wanita yg baik tidak semestinya menutup aurat…”
    “Justeru wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan logiknya berfikir. “Er, err, bukan begitu. Maksud saya, [email protected] perangai seseorang wanita tidak brgntung pada pakaiannya, sama ada dia menutup aurat atau tidak.” ”Apa ukuran awak tntg nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba. “Jujur, terus terang, pemurah, lemah lembut..”
    “Itu sahaja…?”
    “Ya, bagi ustaz pula apa ukurannya.?”
    “Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia utk mentafsir apa itu kebaikan, akan bercelaru dibuatnya..”
    “Mengapa?”
    “Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran. Ia suatu yang objektif dan MUTLAK..”, akui saya terus terang.
    “Habis, untuk apa kita diberi akal?. Kita harus rasional dan logik!”
    Saya cuba senyum lantas berkata : “Akal perlu tunduk pada penciptaNya Allah swt. Fikiran mesti merujuk kepada Al-Quran dan hadis. Itu kan lebih tepat. Ilmu kita kan terbatas, ilmu Allah Maha Luas..”
    “Jadi akal untuk apa..?” desaknya lagi.
    “Untuk memikirkan hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan cara melaksanakannya dalam kehidupan..”
    “Ertinya akal kita terikat..?”
    “Akal kita bebas tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seprti bumi yg sedang ligat berpusing ni..tetapi tetap pada paksinya..”
    “Bukankah agama ini untuk orang yang berakal…?”
    “Betul, tapi tak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih2 lagi perkara2 yg ghaib, tak akan terjangkau oleh akal. Syurga, neraka, titian sirat dan Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik2kan lagi. Itulah IMAN.”

    “Ahh, jauh kita menyimpang! Bukankah tadi kita berbincang ttg wanita yg baik..? Saya ulangi, wanita yg baik tak semestinya menutup aurat..betul kan?”
    “Separuh betul”, jawab saya. “Kalau dia wanita yang jujur, berterus-terang, pemurah dan lemah lembut, ya dia ‘baik’ dari sudut itu . Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah swt di sudut yg lain. Dia ‘tidak baik’ dari sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al-Quran.”

    Anak muda dihadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati. “Tetapi, dia jujur, amanah..”

    “Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah swt disamping hubungannya sesama manusia. Menutup aurat itu perintah Allah.”
    Anak muda dihadapan saya masih tidak berpuas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk. ”Namun, percayalah jika benar2 hatinya baik, InsyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”
    “Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?
    “Masih merujuk kepada hadis.”
    “Hadis yg mana?”
    “Hadis riwayat Al-Bukhari..yg mengisahkan seorang pelacur wanita berbangsa Yahudi yg telah memberi minum kepada seekor anjing yg kehausan. Atas sifat belas kasihannya itu, dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yg solehah.”
    “Maksud ustaz?”
    “Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya, insyaAllah lambat-laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya dia tidak menutup aurat..”
    “Oh, begitu..kenapa ya..?” tanya pemuda itu
    “Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat-laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
    “Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
    “Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yg tinggal dia perlu memperbaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”
    “Jika ada yg berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend.”
    “Hati manusia kita tak tahu. Kita tak tahu hati wanita yg menutup aurat itu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati ialah hak Allah SWT..”
    “Tetapi, katakanlah hati wanita yg menutup aurat itu benar2 jahat”, desak pemuda itu lagi minta penjelasan.
    “Jika hatinya benar2 jahat, lambat-laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
    “Mengapa?”
    “Kerana menutup aurat adalah pakaian wanita solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah”
    “Patutlah saya lihat ada wanita yang dahulunya bertudung labuh, tetapi kemudian tudungnya semakin singkat, lama-kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju-T sendat…lama-kelamaan bertudung ala kadar je..”
    “Perubahan luaran merupakan gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat, akhirnya perlahan-lahan berubah untuk menutup aurat kerana hatinya beransur menjadi baik. Sebaliknya yang menutup aurat, secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

    “Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda itu bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya. “Tentulah isteri2 dan anak2 Nabi Muhammad SAW”, jawab saya pasti.
    “Bagaimana pakaian mereka?”
    “Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik..”
    Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu, saya terus mengasak. “Kalaulah hati yang baik sahaja jadi penilaian Allah, tentulah isteri2 dan anak2 perempuan baginda tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
    “Jadi, wanita yang baik mesti menutup aurat? tanyanya
    “Ya..” jawabku
    “Dan wanita yang jahat mesti mendedahkan auratnya?”
    “Tidak semestinya, kerana ada wanita yg berhati baik tetapi belum menutup aurat mungkin kerana dia sedang mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamnnya untuk menutup aurat.”
    “Apa yang boleh kita katakan kepada wanita yang begitu?”
    “Dia sedang berusaha menjadi wanita yang BAIK”, jawabku
    “Bagaimana pula dengan wanita yg menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat mereka supaya tidak hipokrit?”

    “Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, Alhamdulillah..tinggal satu lagi, yakni tuntutan memperbaiki akhlak…itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, namun tinggal lagi satu. Namun bayangkan disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat, itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai yakni Bab aurat dan perangai!”

    “Jadi apa kita nak katakan kepada wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya?” sekali lagi dia mengajukan soalan yg sama.
    “Wallahu’alam..boleh jadi mereka sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka…yang lama-kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
    Dia senyum. Alhamdulillah. “Saya tahu apa yang akan saya lakukan sekarang….”
    “Kenapa? Anda mempunyai kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya..?” Soalan akhir itu tidak saya luahkan. Saya simpan sahaja dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar daripada pengalamannya. InsyaAllah, esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu-persatu apa yang didengarnya pada hari ini..!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge