Lelaki Melayu Kahwin Lelaki, Kebebasan atau Terbabas?

lelaki melayu kahwin lelaki

Lelaki Melayu Kahwin Lelaki, Kebebasan atau Terbabas? Fenomena lelaki melayu kahwin lelaki ini mengerikan sebenarnya bukan? Mungkin lelaki melayu kahwin perempuan mata biru biasa tapi kalau lelaki melayu kahwin lelaki TIDAK biasa ok.

Sebelum tu, cuba korang baca berita di bawah ini. Saya terjumpa di salah satu forum terkenal dekat Malaysia ni. Saya tertarik pula dengan tajuk Lelaki melayu kahwin lelaki ni. Bukanlah saya seronok dengan kejadian ini cuma saya rasa terpanggil pula nak sembang berkenaa tajuk ini. Mungkin agak sensitif sikit isu ini tapi tak apa saya cuba kawal penulisan diblog ni. Jangan risau. hehehe!

KOTA BHARU 22 Dis. – Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Sumber: utusankelantan@utusan.com.my

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Sudah baca? Jadi apa pendapat korang semua berkenaan isu lelaki melayu kahwin lelaki ini? Saya bukan mahu fokuskan pada isu pasangan Gay di Dublin tu ya. Kes itu agak keterlaluan sebab ianya melibatkan 2 perkara. Agama dan budaya. Agak besar skop kan kalau kita nak sembang dalam ni. Bahaya juga kalau masukkan bab budaya. hmm

Dapatkan perfume dengan harga berpatutan sekarang sebelum kehabisan stok!

Saya lebih suka kita lihat secara umum jelah ya. Ok, rasanya ramai setuju kalau saya kata Malaysia sekarang ni sudah mula ada fenomena lelaki melayu gay. Setuju? Sebenarnya korang rasa apa puncanya yang menyebabkan mereka yang terlibat ni boleh terjebak dengan kumpulan gay ni?

Adakah kerana kekurangan didikan asas agama oleh ibu bapa, atau mungkinkah kerana faktor persekitaran yang rata-rata terjerumus kepada gaya hidup yang kurang sihat, atau adakah isu ini disebabkan faktor diri sendiri yang gagal membuat pilihan terbaik untuk diri sendiri? Hah, mesti semua orang pening. Tapi, saya rasa nak tahu juga sebab bukan apa. Saya risau nanti dekat Malaysia pula ada kes lelaki melayu kahwin lelaki macam dekat Dublin tu!!!!

Minta-minta tidak sampai ke situlah. Kerajaan tak ada ke inisiatif untuk bantu golongan macam ni? Saya rasa, untuk menyalahkan golongan lelaki yang bercinta  dengan lelaki atau lelaki melayu kahwin lelaki ni sahaja tidak adil juga. Biasanya, perkara-perkara tak elok berlaku mesti bersebab dan setiap masalah pastinya ada cara penyelesaiannya bukan?

Kalau nak komen atau beri pendapat  berkenaan isu lelaku melayu kahwin lelaki ni, biarlah cara baik ok. Jangan gunakan ayat-ayat yang agak kasar sebab niat saya tulis artikel ini untuk berbincang secara orang dewasa dan bukan niat saya untuk memalukan sesiapa. So, ada sesiapa yang nak beri pendapat untuk artikel Lelaki Melayu Kahwin Lelaki, Kebebasan atau Terbabas??

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

15 responses to “Lelaki Melayu Kahwin Lelaki, Kebebasan atau Terbabas?

  1. Betul tu. Apa yg tjadi dek kerana pelbagai sebab. Sayang betul. Terjadi kpd mereka yg belajar tggi dan belajar luar negara. Di mana, kt sini pandang tggi juga mereka ini. Bkn sng nak blajar luar negara. Byk dugaan. Salah satunya gay/homo ini. Pengaruh luar, galakan rakan setempat (mgkin) membantu mereka terjerumus ke lembah hina ini. Kt doakan mereka yg dah masuk line ni, baliklah ke pgkal jalan. Kesian mak ayah. Malu mereka. Malu juga kt sbg Melayu.

    • saya rasa more to pengaruh rakan2. sebab saya ada juga kawan2 golongan macam ni. ada yang cuba untuk berubah tp bila ada masalah, kawan2 yg datang menolong katanya golongan mereka juga..mungkin kita2 ni pun ada silap juga.

      takut orang mengata,jadi kite pun xnak try untuk dekat dan berkawan diorang.so, diorang lebih selesa dgn golongan2 diorang juga bila ada masalah. mungkin sama-sama kena betulkan persepsi.

      yang pasal kes Dublin tu, risau ada pengaruh lain. sebab cara barat menyesatkan kita orang Islam ni pelbagai cara -..-

      • mommy nana

        Agree too. Sebab xde sapa nk bantu dorg. Jadi mereka yg sudi bantu oleh kaum2 ini yg gentle la bak kata org skang. Kt xnak org kata kite, xnak membantu dorg ni. Sama2 ada xbetuinye. Persepsi masyarakat kt ni lain. Tak semua boleh membantu dan xsemua dapat membantu. Agenda barat yg mahu menyesatkan umat Islam tu, mgkin ada benar. Cuma, kt xsure betui idak. Namun, Islam akan tetap mjadi sasaran barat dgn pelbagai gelaran serta taktik nak menjatuhkan Islam… Wallahualam.. Moga ada sinar utk mereka ini…

  2. sudahlah…

    aku risau sebenarnya, bagaimana untuk tempoh 10tahun akan datang bangsa kita dihantar menuntut ilmu jauh2 pulang ke tanahair menjadi perosak agama dan bangsa.

    makin jauh pergi menuntut ilmu. makin jauh dia punya pegangan terhadap agama.

    • sebab tu ada orang kata, kalau ada niat nak hantar anak ke luar negara..pastikan dah beri anak2 tu asas agama sebab asas agama ni penting sangat2. huhuhu. ya Allah, dunia nak kiamat agaknya.. kes macam ni dah pernah ada masa zaman Nabi dulu2. huhuhu

  3. lelaki gay? huh. lelaki gay tak kacak. lelaki kahwin empat lagi kacak apa..

  4. pihak berkuasa dan jabatan agama perlu buat sesuatu yg lebih serius dan berkesan kes2 ni. bukan perlu pantau saja.

  5. pegangan dan kekuatan iman dalm diri..tu yg jd pendinding untuk halang kita dr anasir2 yang pelik ni..

  6. Masih ada kah Melayu dan Islam pada lelaki yg berkahwin di Ireland tu..Atau sahaja berpakaian begitu utk memperlekehkan bangsa kita??

  7. ni bukan kebebasan, ni confirm terbabas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge