Lagu Tentang Dhia vs Lagu Rindu Muhammadku

Lagu Tentang Dhia memang tengah hot sekarang ni. Video Lagu dalam drama Tentang Dhia ada dekat bawah ni, boleh layan dulu. Menarik kan lirik Lagu ni dalam Drama Tentang Dhia. Cuma, saya nak beritahu yang penyanyi lagu ini iaitu Indah Dewi Pertiwi feat Teuku Wisnu merupakan penyanyi Indonesia.

Yang ini pula, lagu Rindu Muhammadku nyanyian Haddad Alwi, Anti & Vita dari Indonesia juga. Saya rasa lagu ni tak adalah kot dimasukkan dalam drama macam Lagu Tentang Dhia atas ni. Tapi, ada persamaan. Hasil kerja orang Indonesia. hehehehe!!! Korang layan dulu lagu Rindu Muhammad ni. Tapi, kalau rasa nak layan pasal review filem Ombak Rindu pun boleh.

Dah dengar lagu Tentang Dhia dan lagu Rindu Muhammadku? So, sekarang ni saya cuma nak minta korang komen je. hahahaha!!! Mengada kan? Nak minta komen je pun. Apa pendapat korang tentang kedua-kedua lagu ni? Tapi, sebenarnya saya nak tekankan lagu Rindu Muhammad sebab saya rasa lagu ni lagi terkesan pada saya berbanding lagu tentang dhia.

Lirik, melodi dan apa saja yang korang nampak dalam video lagu tentang dhia dan lagu rindu Muhammadku. Ok, saya mulakan lah dulu. Nanti korang blur pulak.hehehehe!!! Ok, pada saya kedua-dua lagu ni ada kekuatan pada lirik lagu. Cuba dengar betul-betul. Lirik lagu untuk keduanya ada sebut pasal Tuhan/agama.

Kedua, melodi kedua-dua lagi dekat atas ni sangat menenangkan. Kalau nak dibandingkan dengan lagu-lagu dalam negara kita, melodi macam berterabur pun ya. Tapi, bukan untuk semua lagu lah. hehehehe!!! Korang rasa macam mana? Lepas tu, cuba tengok video Rindu Muhammad tu, siap ada part rap kan?

Creative ok! Rasanya tak ada yang salah dalam lagu ni walaupun ada unsur rap. Islam tidak melarang berhibur selagi tak melanggar syarat. Lagipun yang rap tu lelaki. Tutup aurat. hehehe!! Rasanya, itu cara pemuzik Indonesia untuk cuba tarik peminat daripada golongan anak muda kot.

Ok, itu antara komen saya pasa kedua lagu. Lagu yang dimainkan dalam drama Tentang Dhia dan lagu Rindu Muhammadku. Korang rasa macam mana pulak? Kalau nak download lagu-lagu ni boleh cari dekat 4sharedmp3 rasanya. Ehem, rasanya tak lagi saya dah boleh start berniaga dengan sistem dropship!!!

Artikel Berkaitan

13 responses to “Lagu Tentang Dhia vs Lagu Rindu Muhammadku

  1. Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
    Kau yang mengaku merindukan nabimu
    Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
    Buktikan
    Taati perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya
    Teladani akhlaknya
    Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
    Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

    ayat ni buat aku teringat, satu video tajuk dia “If Muhammad still here” rasanya.. tak ingat lak.. lagu bagus keduanya.

  2. lagu yang adi putra nyanyi tentang dhia itu best…hihi lagu yang atas itu biasalah yang lagu Muhammadku macam bukan kategori nasyid…kat negara kita kalau lagu puji-pujian harus sopan…

  3. lagu yg first tu mcm slow sikit rentaknya, lagu yang second rancak…siap ada rap sikit, tp 2-2 masih bercerita tentang keagamaan.

  4. Lagu 1st tu untuk mood cintan-cintun ok la

  5. adi putra ni berbakat jadi penyanyi. ke memang dia seorang penyanyi?

  6. kekadang lagu indon yg islamik lebih memikat hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge