seo

Kontroversi Ucapan Merry Christmas. Mohon Penjelasan

24 Dec

 Banner
  • Sharebar

Kontroversi Ucapan Merry Christmas sudah mula heboh rasanya. Ucapan Merry Christmas dari Muslim ke Kristian ni berdosa ke tidak sebenarnya? Ucapan Merry Christmas kalau kita ucapkan sekadar suka-suka pun kira dosa ke?

Cuba korang tengok gambar di bawah ini. Saya ambil daripada Facebook Dr Zakir Naik selepas kecoh sekejap dekat timeline Facebook saya pagi tadi pasal hal ucapan Merry Christmas ni. Apa pendapat korang ya? Tapi, janganlah timbulkan isu lebih-lebih sangat. Behave please. hahahaha!!! Saya cuma perlukan penjelasan.

merry christmas

Iyelah, risau juga kalau baca kata-kata Dr Zakir Naik ni pasal ucapan Merry Christmas ni. Sah-sah lah saya pun selalu je wish pada kawan-kawan Kristian saya kan? Mungkin saya jahil bab ni, jadi kalau ada yang lebih faham konsep ini boleh lah berkongsi dengan saya dan mungkin boleh diambil ikhtibar dengan yang lain di sini.

Soal agama ni kita tak boleh ambil remeh. Kalau tak tahu, kita kena jelaskan. Kalau kurang jelas, kita kena bertanya. Kalau betul beri ucapan Merry Christmas tidak oleh kami yang Muslim, mungkin perlu diambil berat dan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya. Biar bagi terang sikit. hehehehe!!!!


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

44 Responses to “Kontroversi Ucapan Merry Christmas. Mohon Penjelasan”

  1. Moon 24. Dec, 2011 at 12:51 pm #

    relevankah kenyataan Zakir itu utk negara berbilang bangsa dan agama spt Malaysia ini?.. nak ucap boleh,taknak ucap pun takpa..bkn ke setiap agama itu mengajar kita agar berbaik sesama manusia..org kristian sendri mengucapkan selamat hari raya kepada muslimin,org cina mngucapkan deepavali utk org india..org india wish selamat mnyambut aidiladha utk org muslim..adakah mereka bersalah kepada agama mereka hanya disebabkan nilai kemanusiaan mereka utk beramah mesra dan bersilaturahim?

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah, betul rasanya kena tengok juga negara yang kita duduki sekarang kan? kita dekat Malaysia berbilang bangsa. cuma, itulah saya bertanya sebab kalau boleh nak bagi clear.heheheh!!! for me, macam tak ada salahnya sebab Islam bukan lah kejam. Yang penting niat kita tu. adakah ucap untuk merapatkan hubungan atau sebaliknya.

    ok thanks Moon ;)

    [Reply]

    Sidqi Reply:

    Assalamualaikum.

    1. Sebelum terus mengatakan bahawa kenyataan Dr. Zakir Naik itu tidak relevan dengan kepelbagaian anutan dan bangsa di Malaysia, kita perlu sedar bahawa Dr. Zakir Naik ialah seorang pendakwah -hampir, jika tidak- bertaraf antarabangsa, dengan kepakaran dalam bidang perbandingan agama. Sebelum berdakwah, beliau ialah seorang doktor perubatan.

    2. Oleh itu, tentulah Dr. Zakir Naik sedar akan hal kepelbagaian anutan dan bangsa ini, namun, hukum Islam, tetap hukum Islam.

    3. Kalau kita menyanggah kenyataan Dr. Zakir Naik kerana berpendapat beliau tidak memahami situasi Malaysia, cuba cari kenyataan semasa oleh Dr. Abdul Basit Abdul Rahman dan Ust Azhar Idrus, serta tokoh-tokoh agamawan Malaysia lain, majoriti pakar mengatakan sedemikian, haram.

    Semoga Allah memberi petunjuk.

    Wallahua’lam.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terima kasih saudara Sidqi, maaf saya tidak pernah dengar nama beliau. Mungkin lepas ni saya kena cari info lanjut pasal Dr Zakir seperti yang saudara huraikan di atas. Terima kasih banyak kerana berkongsi info ;)

    [Reply]

  2. Pisyek 24. Dec, 2011 at 12:59 pm #

    abes la ko liza, kena ngucap balik nih… bawak mengucap banyak2. :P

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha!!! tak apa, kan waktu Solat kami memang mengucap.hehe. Entahlah, rasanya tak ada salahnya wish Merry Christmas ni ;)

    [Reply]

  3. budakhutaN 24. Dec, 2011 at 1:04 pm #

    Setuju dengan Moon, bergantung kepada nawaitu kita mengucapkannya. Ucapan selamat sekadar berbasa basi. Akidah dan iman terletak pada diri sendiri.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    setuju dengan kau jugak. Akidah dan iman itu yang penting. pada aku, nawaitu tu yang penting. tu yang aku ngeri baca kenyataan Dr ni. huhuhuh

    [Reply]

    Shahrul Reply:

    betul jgk…depend pada niat kita

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kuatkan iman di dalam hati masing-masing ;)

    [Reply]

  4. nurmisnan 24. Dec, 2011 at 1:06 pm #

    Hmmmm…. setahu aku ler untuk memberi ucapan rasanya tidak
    salah kerana aku pernah bertanyakan ustaz semasa aku sekolah
    dahulu. Beliau berkata itu hanyalah sekadar ucapan kerana kita
    menghormati kepercayaan dan adat mereka. Begitu juga mereka.

    Niat sajalah dlm hati bahawa kita hanay meberi ucapan. Yang lain2
    kita serahkan saja pd-Nya

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hah, yang ini aku tunggu2. hahahaha!!! so, dah pernah tanya pada ustaz kan? memang tak salah rasanya. bahaya betul statement Dr ni

    [Reply]

    nurmisnan Reply:

    hmmmm… kalau di fikirkan kembali memang ada benarnya juga. Begini
    sajalah. Jika masih rasa was2 kita jgn wish perayaan mereka cuma kita wish “semoga mereka enjoy hari mereka dan mendapat hari yang baik”… aku rasa itu tidak menyalahi kerana setiap ayat2 ini biasa kita gunakan utk ucapan pd sahabat2..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    disebabkan dah ada rasa was-was, memang tahun ni aku tak wish langsung merry christmas. biarlah, tak ada salahnya pun tak wish.hehehehe.

    [Reply]

    nurmisnan Reply:

    u guys boleh rujuk kepada drmaza.com
    beliau juga ada selitkan beberapa pendapat tentang hal ini.

  5. FauziNor 24. Dec, 2011 at 1:44 pm #

    Wow, alamak… aku dah la bnyk kali kot wish… hope ada Ustaz2 clearkan benda nie…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sama lah.hahaha!!! tak tahu tak apa dan lagi 1, dalam Islam kan dah ajar..kalau sudah rasa was-was lebih elok jangan buat perkara tu *hint* hehehehe

    [Reply]

  6. Azah 24. Dec, 2011 at 2:05 pm #

    dah lama dah timbul isu ni dalam benak pemikiran aku… disebabkan belum ada jawapan yang pasti (and aku pun x sempat nak tanya mana2 ustaz).. so, prinsip aku… just wish “happy holiday” je kat member2 bila perayaan dorang… bukan apa, sebab benda yang syubhah ni elok la kita jauhkan…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    selama ni aku tak terfikir apa2 pun pasal perkara ni. mungkin sebab kejahilan sendiri.hehehehe. bila dah timbul isu ni, dah jadi was-was. so better diam sudah. and yes aku wish happy holiday je ;)

    [Reply]

  7. zaki 24. Dec, 2011 at 3:29 pm #

    xprnh skali pn ble kita wish tu dlm hati mmg brniat nk kata jesus tu anak Allah kan? :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Memang tak pernah, jauh sekali ah nak kata hal tu.huhuhuhu

    [Reply]

  8. Sidqi 24. Dec, 2011 at 3:38 pm #

    Assalamualaikum.

    1. Seperkara lagi, perlu diingatkan, niat tidak menghalalkan cara. Apa yang penting, niat yang betul, dan buat dengan cara yang betul, barulah menjadi. Kalau niat untuk solat tapi depan komputer, jadikah?

    2. Kalau kita sanggup makan ubat yang mungkin ada kesan sampingan kerana mengikut kata doktor yang pakar dalam halnya, kenapa perlu kita menyanggah kata pakar agama?

    Semoga Allah memberi petunjuk.

    Wallahua’lam.

    [Reply]

    pharmalif Reply:

    Setuju bro. para 2 tu perbandingan yang tepat.

    [Reply]

  9. azura 24. Dec, 2011 at 4:03 pm #

    dulu memang waktu belajar tak berani nak wish perayaan kaum lain sebab ada yang berpesan kata tak boleh…tapi kalau kita tengok dalam tv semua perayaan kita wish jer…Islam adalah agama yang memudahkan, sekadar wish dan ziarah kaum lain dibenarkan, yang penting niat kita adalah untuk mengeratkan silaturahim pelbagai bangsa bukan untuk menindas bangsa lain…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itu memang betul, tapi cuba baca artikel http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77 yang Azah beri. maksud chrit dan lain-lain tu mungkin ramai antara kita orang Muslim tak berapa faham. rasanya kalau selama ni kita wish sebab jahil (tak tahu maksud), Allah tahu.. but now rasanya saya dah was-was. jadi, untuk lebih selamat saya akan wish “happy holiday” saja.

    [Reply]

    azura Reply:

    saya baca soal fatwa itu liza…liza kena lihat jelas yang pemberi soalan itu takut akidahnya rosak…maka pemberi soalan sudah ada sikap was2 dalam diri…kalau liza juga rasa was2 eloklah liza hindari…umpama kata ustazah saya “kalau kamu bergurau bahawa air sirap itu arak dan tiba-tiba kamu ragu dan was2 maka jangan minum air itu kerana khuatir air itu sudah menjadi arak pada pandangan kamu”….sedangkan pada orang lain itu hanya air sirap…

    lagipun liza, semua itu bergantung pada niat kita kecuali memang Jakim dah keluarkan fatwa “haram memberi ucapan selamat kepada perayaan agama lain”…selagi Jakim tak keluarkan fatwa begitu maka selesaikan dengan cara baik…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    jujurnya saya was-was dan saya dah tanya ramai orang pasal isu ini. Tapi, sebab dah timbul isu was was jadi memang tahun ni saya tak ucap pun. sekadar wish selamat bercuti/ happy holiday.hehehehe.

    [Reply]

  10. Fakarepain 24. Dec, 2011 at 6:16 pm #

    saya kurang ilmu bab2 ni.. ikut jela cakap ustaz tu.. deepavali,thaipusam..semua tak leh wish tu..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pernah dengar juga ya? saya langsung tak pernah tahu pun tak boleh wish.huhuhu.

    [Reply]

  11. jeid 24. Dec, 2011 at 9:49 pm #

    aku pun xreti jugak pasal ni…

    tp mmg ada dengar ucapan merry cristmas mmg xelok kita irg islam ucapkan…..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    huhuhuhu baru tahu tak boleh wish. rasanya sebab maksud christ tu kot

    [Reply]

  12. pjah 24. Dec, 2011 at 10:27 pm #

    pasal2 agama ni elok la kita jika tidak tahu bertanya..yang tahu boleh tolong perbetulkan..sama2 kita tingkatkan ilmu pengetahuan kita dalm hal2 agama ni..wallahuallam.

    p/s:skali baca aku ingat ko tulis kontroversi ucapan merry chrismas mohon SHARE..adoiya..sah2 aku kene pakai spek tebal ni..lalala

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahahaha!!!!! kau pakai mikroskop ah terus. memang, aku tak tahu. itu yang aku tanya ni and rasanya dah tahu dah kot jawapannya.hehehehe

    [Reply]

  13. Azah 25. Dec, 2011 at 10:43 am #

    dah jumpa, try baca ni.. http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks!!! aku dah baca!

    [Reply]

  14. Piston Pecah 26. Dec, 2011 at 1:12 am #

    sekiranya dah dinyatakan begitu, eloklah jangan kita sebut eh…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aah memang tak wish. dah timbul was-was ;)

    [Reply]

  15. hafidz 26. Dec, 2011 at 2:44 am #

    aku ada ucap selamat hari natal jer. sekadar niat untuk memberi ucapan saja. tapi bila da keluar kenyataan begini, macam kena keluarkan fatwa jer ni. risau jugak ni, fuh~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aku selalu dok merry christmas,tahun ni tak buat dah. was-was. untuk selamat ucap je happy holiday!!hehehehe

    [Reply]

  16. titan 26. Dec, 2011 at 9:17 am #

    benda macam ni..senang aje. Kalau ragu-ragu..tak yah ucap wish ke menda..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aah, aku tk wish. ucap je happy holiday ;)

    [Reply]

  17. IHSAN 26. Dec, 2011 at 11:49 am #

    senang ikut style amerika je. Ucapan dia adalah “Season’s greetings!” atau “Happy holidays!”

    takde sebut krismas ke ape ke. so takde la isu berbangkit niat ke haper ke.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    itulah, orang kata krismas tu yang bawa bahaya.huhhu. memang, tahun ni wish happy holiday je ;)

    [Reply]

  18. bantal_golek 30. Dec, 2011 at 12:08 pm #

    isu yang melibatkan akidah tidak boleh dipermainkan walaupon kita duduk dalam negara berbilang kaum.Untuk penjelasan lebih lanjut,sila bertanya secara lansung kepada ustaz @ ustazah,xperlu dibincangkan secara membuta tanpa bukti2 yang soheh.

    [Reply]

Leave a Reply