Drama Vanilla Coklat Episod 1 (Review)

drama vanilla coklat episod

Drama Vanilla Coklat Episod 1 dah ditayangkan semalam di TV3. Drama Vanilla Coklat ini menggantikan drama Cinta Elysa tapi Drama Vanilla Coklat nampaknya lebih menarik pada saya.

Kenapa saya kata Drama Vanilla Coklat lebih menarik? Haruslah, ok macam ni biasanya first impression ni sangat penting ok dan semalam merupakan episod 1 drama ini di slot Lestary TV3. Episod 1 dan saya dah boleh puji drama ni. Sangat comel jalan ceritanya dan agak santailah juga.

Tambahan pula, drama Vanilla Coklat ini dilakonkan dengan pelakon-pelakon hebat masa kini. Alah, korang mesti masih ingat dengan Izzara Aishah dalam drama Soffiya kan? Ok, lagi dalam drama ni ada Aiman Mentor, Iqram Dinzly dan semestinya pelakon-pelakon hebat yang lain lah kan. Tak akan saya tulis semua nama dalam ni. hehehe!

Drama Vanilla Coklat ni pada saya ada ala-ala drama negara jiran sikitlah. Cara comel-comel ni ada macam sinetron-sinetron Indonesia tapi tak lah sehebat Sinetron Melody kot. hehehe!!! Apa-apa pun, kena tunggu episod 2 pula minggu hadapan. Sementara tu, korang yang masih tak tahu lagi jalan cerita ni, bolehlah baca sinopsis dulu ok.

Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3

Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ? Jadi sekiranya anda ingin menetahui kebenarannya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini yang akan dipaparkan bermula pada setiap hari selasa pukul 9 malam bermula 20 December ini.

Credit to : Anastasyea

Selamat menonton Drama Vanilla Coklat ini bersama keluarga!!! Saya tak pasti drama ni adaptasi daripada mana-mana novel atau bukan sebab rasanya semalam macam ada orang yang tweet kata cerita ni macam pernah dibaca dalam novel. Saya kurang pasti pulak.

Artikel Berkaitan

5 responses to “Drama Vanilla Coklat Episod 1 (Review)

  1. Aku tak tgk ceta nih coz berebut dgn mr. hubby nak tgk channel lain.. hik3

  2. semalam saya tengok sikit best juga kelakar

  3. baru nak tgk online ni kat tonton. drama ni menarik dan kelakar 🙂

  4. ada tengok cerita ni. leh plak bapak dia berpakat plak ye. hehe..

  5. cik liza tipu! haha semalam dah episod 2 bukan episod 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge