Apa Kelayakan Untuk Menjadi Blogger?


Kelayakan blogger diperlukan ke? Agak-agak apa kelayakan yang diperlukan untuk menjadi blogger dekat Malaysia ni? Keputusan SPM atau Keputusan PMR tak bagus, agak-agak layak ke jadi blogger? Jawapannya ada SANGAT LAYAK!

Saya tulis entry ini bukan untuk mengklasifikasikan taraf antara blogger dekat Malaysia ni. Tak logiklah saya nak buat macam tu sebab ada beratus ribu blogger kan dalam Malaysia ni? Mana boleh simply letakkan kelas-kelas antara mereka. Itu adalah tidak adil pada saya. hahahaha!!! Macam hebat sangatlah pulak konon nak ada kelas tersendiri. Hmmm

Pada saya, senang je. Kalau ada orang tanya “Apa kelayakan untuk menjadi blogger”. Saya akan jawab dengan perkataan mudah saja. Untuk menjadi seorang blogger, kita tidak memerlukan kelayakan akademik kelas atasan. Tidak perlu tunjukkan Ijazah-ijazah yang kita miliki, tak perlu mahir berbahasa mat salleh dan seangkatan dengannya.

Dengak kata lain, semua kelayakan yang kita perlu ada untuk bekerja di syarikat kerajaan dan swasta adalah TIDAK DIPERLUKAN sama sekali untuk menjadi seorang blogger. Hanya orang tipikal saja yang akan memandang sudut ini.

Sebenarnya, cuma ada 5 syarat untuk menjadi blogger. Diulangi, syarat dan bukannya kelayakan ok. Antara syaratnya adalah seperti berikut :-

1. Boleh membaca dan menulis. Ini dikira syarat wajib. Tak tahu yang ini, mustahil jugalah nak ada blog.hehehehehe

2. Mempunyai kemudahan untuk access internet. Blog bergantung penuh pada jasa baik internet tahu tak.hahahahaha!!! Kira syarat wajib jugalah ni

3. Jangan jadi pemalas. Untuk istilah blogger, lebih tepat lagi. Jangan jadi blogger pemalas!

4. Korang perlu ada IQ. IQ ni ilmu yang tidak dapat di sekolah tapi korang kena kreatif lah untuk dapatkan IQ yang tinggi. Barulah jadi blogger yang kreatif!

5. Hobi utama adalah menulis! Ini saya letak di point terakhir tapi percayalah, hobi ini memainkan peranan penting juga. Kalau tak ada hobi menulis, macam mana nak hasilkan artikel bermutu. Iya tak?

Hah, so sebenarnya sesiapa sahaja boleh dan layak menjadi blogger secara otomatisnya kalau ada 5 syarat di atas. Mana ada susah kan? Selamat menjadi blogger yang berjaya, dan kalau sudah kaya sila shopping di kedai online saya. hahahahaha!!! Sila contact saya terus kalau mahu order any product di Lizarazak Online Shopping Mall, lebih mudah dan of course dapat murah sikit.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

27 Comments

  1. aman says:

    camne nak buat kedai online cam kak liza? hoho~

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sudahlah kau aman!!!boooo

    [Reply]

  2. mommy nana says:

    Wah dah ade sinarmall! Akak nak juga dftar but kekangan la sket. Kedai sdri pun xterjaga. Hehe. Btw, 5 point atas mmg patut ada pada setiap blogger. Hmm. Blog akak semak samun dah. Bkulat dah kot? Waaa… *masalah internet* :( (((

    [Reply]

    Lizz Reply:

    tak apa kak, jangan paksa sangat tapi if dapat hilangkan kulat tu pun ok jugak.hehehehe. tau, akak ada bisnes jugak.

    [Reply]

  3. azura says:

    betul, tak perlu kelayakan akademik kelas atasan, cukup sekadar tahu basic dan sedia belajar menjadi blogger…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    yes, yang tu betul juga. sedia untuk belajar!!! thanks menambah ;)

    [Reply]

  4. ROJAK says:

    syarat yang ketiga keempat kelima tu macam lebih kepada tips bukan syarat jadi blogger. yang pertama dan kedua tu memang Rojak sokonglah.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    eh ye ker? hehehehe. entah, saya rasa macam itu syarat.kikikiki.

    [Reply]

  5. ada satu syarat lagi.. kena ada laptop/pc/ atau apa-apa gadget yang boleh tulis blog :p

    [Reply]

    Lizz Reply:

    aah itu syarat wajib jugak!!!!hahahahaha kalau tak macam mana nak update blog kan.hehe

    [Reply]

    ROJAK Reply:

    Syabas sabree hussin..ini syarat paling asas selain ada internet dan boleh menulis/membaca.

    [Reply]

  6. OrangAkaun says:

    nanti ada la kelayakan nak jadi blogger, ditaja khas oleh SKMM..hahahaha

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha!! melampaulah kalau ada.

    [Reply]

  7. Shahrul says:

    5 point yanf bernas…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    terima kasih shahrul.sekadar berkongsi.hehehe ;)

    [Reply]

  8. kimmie says:

    setuju dgn syarat2 tu..:)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks kerana bersetuju.hahahaha

    [Reply]

  9. Azman says:

    Ada syarat yang tertinggal “mesti siuman” he3…saya sangat bersetuju dgn Liza…blogger memang tidak ada kelas2…cuma ada sedikit perbezaan,kematangan dalam penulisan dan baru dan lama.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    kematangan dalam penulisan itulah yang akan bawa kita sebenarnya dalam dunia blogging. pembaca boleh menilai ;)

    [Reply]

  10. titan says:

    camana ye nak wat kedai online? aku tak reti la wehh..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hmm, membohong adalah berdosa besar :P

    [Reply]

  11. Izzat Aziz says:

    nak jadi blogger kenalah ada blog dulu.. lalala

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahaha.itu kategori ape tu wei?

    [Reply]

  12. Juan says:

    alhamdulillah semua ok cuma part “malas” tu dia tetiba datang, hehe

    [Reply]

    Lizz Reply:

    malas tu tak ada ubat.hahahahaha

    [Reply]

  13. hafidz says:

    5 syarat jer nak jadi blogger rupanya. sikit jer syaratnya kohkohkoh :P

    [Reply]

  14. pjah says:

    banyaknya syarat..ish2..susah giler nak jd blogger ni..wahahaha

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.