Video Promo Drama Karma TV9 Lakonan Aaron Aziz dan Fouziah Gous
23 Nov
Drama Karma TV9 Lakonan Aaron Aziz dan Fouziah Gous akan bermula 28 November ini. Drama Karma TV9 membariskan pelakon-pelakon lama dan baru. Drama Karma menampilkan Fouziah Gous, Ziela Jalil, Dato’ Ahmad Tarmimi dan Aaron Aziz sebagai pelakon-pelakon utamanya.
Tajuk Drama Karma ini agak membantu saya rasa untuk tarik penonton tapi tak tahulah jalan ceritanya macam mana nanti. Rasanya, baru sahaja Aaron Aziz dengan Fouziah Gous digandingkan dalam drama kekasih awal dan akhir tempoh hari kan? Dalam drama ni pun mereka digandingkan sekali lagi. Woo, nice! Kena tengok!
Youtube Trailer Drama Karma TV9
Sinopsis Drama Karma
Drama menarik ini mengisahkan tentang pertemuan singkat antara Karmila (23 tahun), seorang pelakon popular dan Tan Sri Fahrul Sani (64 tahun), seorang ahli politik, telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda, isteri pertamanya.
Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri kariernya sebagai seorang pelakon. Apakah nasib Karmila sebagai seorang isteri kedua? credit to Budiey
Jangan lupa saksikan Drama Karma tv9 setiap hari Isnin dah Selasa mulai 28 November 2011 pada jam 8:30 malam ok. Harap gabungan pelakon-pelakon lama dan baru dapat membantu untuk menarik ramai penonton kali ini. TV9 ni tak ramai yang tengok sangat tapi mungkin sebelah malam, oklah kot!





mana aaron aziz dalam drama tu?
tak nampak pun dlm prebiu tu…
atau si aaron tu kluar lambat skit…
[Reply]
Lizz Reply:
November 23rd, 2011 at 5:24 pm
itulah, tak keluar plak dia dalam promo tp dia memang berlakon dalam drama ni.bawah meja kot.hahaha
[Reply]
best tak? dh kuar nnti kasi taw eh… nk sedut kalau mmg best sgt…
[Reply]
Lizz Reply:
November 25th, 2011 at 11:58 pm
InsyaAllah boleh review nanti untuk 1st episod kot
[Reply]
Fouziah gous lagi ye Lizz? like like.. Lizz kenal dia kan? ehem2 boleh tlg ni haha
[Reply]
Lizz Reply:
November 26th, 2011 at 12:00 am
nak tolong ape?hahaha!! tweet lah dengan dia dekat twitter
[Reply]