Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya
1 Nov
Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya ini saya saja berkongsi. Pengalaman dalam dunia blogging tidaklah begitu lama, tapi saya rasa beryukur sangat sebab dengan Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya ni lah saya boleh bertahan sampai hari ini walau dah beribu-ribu bloggers baru muncul. Syukur sangat.
tips percuma yang mudah. Terlalu mudah tapi kalau mahu berjaya, mahu serius dalam dunia blogging yang pelbagai warna ni bolehlah ikut Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya yang saya akan terangkan dekat bawah ni nanti. Tiada niat nak bermegah, cuma ilmu yang ada tak salah kita kongsikan. Walaupun tidak seberapa, ilmu tetap ilmu.
Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya
Jadikan diri kita “Original”
Original bermaksud, jadilah diri kita sendiri. Orang yang berjaya biasanya ada cara mereka tersendiri. Kita boleh ada seseorang untuk dijadikan pemangkin atau sifu untuk bantu kita berjaya, tapi kalau kita mahu berjaya JANGAN SESEKALI meniru dan menjadikan diri kita sepertimana sifu kita itu. Tonjolkan keunikan diri korang untuk “tawan” pembaca blog
Bijak susun masa untuk blog
Baru-baru ini, sifu saya iaitu Denaihati dan blogger Hisyam ada timbulkan berkenaan isu ini. Denaihati, menjemput saudara Afiq untuk menjadi penulis jemputan dan topik “mitos dunia blogging” adalah sangat menarik untuk dikupas. Begitu juga dengan Hisyam yang menimbulkan persoalan “perlukah update blog setiap hari?“. Hmm, masing-masing ada pendapat berbeza Tetapi, pada saya prinsip dalam dunia blogging saya simple. Blogger kerjanya MENULIS. Lagi kerap, lagi bagus tapi isinya biarlah ada. Jadi, saya tetap nak katakan blogger yang ingin berjaya haruslah sehabis mungkin susun masa bila dan waktu bila dia kena update blog (saya biasa menulis pada waktu jam 9 pagi setiap hari)
ADS: Tempahan Qurban di Kemboja masih dibuka sehingga 3 November 2011
Tonjolkan Kebolehan Diri
ok, menonjolkan diri tidak sama ya maksudnya dengan membanggakan diri. hahahaha! Jangan salah faham tau. Maksud saya, dengan perkataan yang mudah ialah, jadikan blog korang tu tempat atau medium untuk “menjual” atau promote apa saja kelebihan yang korang ada. Fokuskan pada kebolehkan diri sendiri saja, jangan sibuk-sibuk nak tiru orang lain semata-mata nak dapatkan pujian. Tidak akan kemana. Macam saya, modal saya dalam blog ini cuma penulisan saya. Gaya saya menulis, sehinggakan ada juga saya dapat beberapa email atau pun PM di Facebook. Mereka suka dengan cara penulisan saya. Alhamdulilah. Menulis adalah ilham daripada Allah semestinya. Tapi, ada ke korang nampak saya letak gambar dalam blog saya? Tak ada sangatkan? Kenapa? Sebab itu bukan minat, dan saya tidak ada kebolehan tentang gambar. Sebab itu, saya langsung tidak kisah ada atau tidak gambar untuk setiap entry saya. hehehehehe
Merancang
Ini juga penting untuk berjaya dalam dunia blogging. Merancang ni perlu untuk kita lihat hasil yang konsisten. Saya bagi contoh, saya ada buku nota yang saya catitkan apa perancangan untuk 1 minggu ini. Hari Isnin hingga Ahad, jenis artikel macam mana yang saya akan hasilkan. Saya dah rancang sebenarnya, jadi mudah bagi saya. Ini akan memudahkan saya bila nak cari informasi sebelum menulis entry. Selain tu, saya juga akan merancang bagaimana nak dapatkan duit daripada blog saya. Biasanya, untuk sebulan saya ada hasil Nuffnang dan innity. Saya akan rancang apa yang saya boleh buat untuk tingkatkan earnings
Oklah, rasanya saya beri tips percuma ni 4 je dulu. Bagi banyak-banyak tak bolehlah. Tunggu saya terbitkan ebook. hehehehe!!! Untuk bloggers, jangan sesekali rasakan diri korang tu blogger baru atau blogger yang asal boleh. Fikir dan set kan dalam pemikiran korang, kalau si Polan boleh berjaya dekat blog..kena korang tak boleh? Buktikan! Selamat mencuba Tips Percuma – Menjadi Blogger Yang Berjaya sambil-sambil layan sinopsis drama Nilapura yang tak berapa nak best untuk episod pertama semalam.ngeh





Teringat kata-kata arwah papa “Kalau kau nak buat apa perkara sekalipun, pastikan buat sehabis baik.” Begitu jugalah dengan berblogging, sekiranya kita telah menceburinya, tetapkan matlamat (apa jua matlamat, tak semestinya trafik dan duit semata), kemudian usahakan untuk mendapatkan matlamat tersebut, baru usaha kita berblogging tidak menjadi sia-sia.
Tips yang menarik.
Sekadar pendapat peribadi.
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 3:32 pm
betullah tu kata arwah pakcik tu. sekali kita mahu dan pilih dalam bidang tu, usaha sehabis mungkin. jalannya banyak cuma perlu belajar dan gali apa yang tersembunyi
thanks, pendapat peribadi adalah lagi berharga wioo
[Reply]
Satu tips yang menarik,memang ianya percuma,jika ikhlas dan tekun serta bukan semata-mata mengejar populariti sebagai blogger,ianya dapat mengajar kita tentang erti sebenar sebuah blog dan kehuidupan sebagai blogger
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 3:35 pm
boleh nak gelak tak? comel typo kehuidupan tu.kehkehkehkeh!!!!
entahlah, setakat ni boleh teringin lagi nak popular. kalau popular kerana bakat mmg nak tapi kalau popular disebabkan perkara yang tak sepatutnya, belum lagi teringin. huhuhu. cuma suka menulis.
[Reply]
wazy Reply:
November 1st, 2011 at 5:31 pm
opss..hahah ada typo ek ;p
[Reply]
saya sedang belajar jadi lebih diri sendiri…blog liza hari ni hang tau…
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 7:36 pm
jadi diri sendiri lebih mudah.weeeee
[Reply]
lagi tips mantap dari lizz..
hehehe..
blog ko antara yang banyak beri aku semangat nk menulis..tips2 yang diberikan memang terbaik cuma kekadang aku je yang malas..miahahaha
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 7:38 pm
penyakit malas tiada ubatnya kecuali ketuk kepala sendiri.wakakaka!! ok gurau je.hehehehe. syukur if dapat beri semangat -..-
[Reply]
pjah Reply:
November 2nd, 2011 at 9:12 pm
hahaha..aku suke icon ni -..-
hidung ko kombang eh lizz..miahahaha..gura je..hehehe
[Reply]
Assalam..
Bagus bila ada perancangan…kena tunggu tips yang seterusnya ni..
Minat menulis merupakan salah satu sebab ku bertahan sebagai blogger.
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 7:39 pm
salam iza, bila dah ada minat memang kerja jadi senang. kan? buat tanpa dipaksa-paksa.hehehehe.thanks baca entry ni
[Reply]
nice tips…boleh dijadikan panduan
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 7:43 pm
terima kasih membaca
[Reply]
tips ni memang terbaik. Saya pilih. Saya pun tak suka sangat letak gambar, kecuali kalau entry tersebut memang entry bergambar dan jika gambar diperlukan untuk menerangkan sesuatu supaya lebih faham.
Apa yang peling penting bagi saya ialah identiti dan manfaat yand ada dalam setiap penyampaian.
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:26 am
ye betul dan saya setuju juga dengan komen ini. hehehehe. mungkin berbeza setiap orang, tapi bagi saya isi blog lebih penting. mungkin untuk blogger lain, pendapatnya berbeza
[Reply]
em..yelah. yelah..haha..
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:28 am
-..-
[Reply]
menjadi “original” tu yg paling baik, kita menulis dari hati kita
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:29 am
dari hati paling baik
janga dari blog lain, lepas tu copy paste..huhuhuhu -..-
[Reply]
saya tak pernah rancang pon apa yang nak tulis.. huhu
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:30 am
try buat untuk 1 minggu. mana tahu ada perbezaan.hehehhe.tapi, tak paksa.ngeh!
[Reply]
Fakarepain Reply:
November 2nd, 2011 at 2:36 pm
hihi.. x mampu kot nk buat.. kueng3
[Reply]
merancang..
nice one..
aku merancang jugak..
tapi selalunya tak jadi macam yang aku rancang..selalunya..
memanjang spoil..hahaha
timing kena bagus nak blog ni
timing untuk update
timing untuk promote post
timing untuk komen blog lain / bina backlink
timing untuk organize blog
timing untuk macam2
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:40 am
kadang-kadang ada juga tak jadi sebab kita kan hanya merancang tapi Allah yang tentukan tapi try the best untuk ikut perancangan.hehehehe. biasa je tu.
yes, kena ada timing btol2 untuk publish post
[Reply]
Nice tips sis. Anyway thats true. Apa2 pon kita kena konsisten. Dan buat lah apa yg kita minat. jadi lah siapa diri kita sendiri. Jgn tiru minat org lain. mmg jadi lain
…
Agree with u.
[Reply]
Lizz Reply:
November 4th, 2011 at 12:02 am
thanks Shah! tulis tips ni berdasarkan pengalaman yg tak seberapa.huhuhu. tapi, memang kunci untuk berjaya (untuk semua bukan blogger sahaja) hanya dengan menjadi diri sendiri
[Reply]
wahh..tips yang menarik.
[Reply]
Lizz Reply:
November 4th, 2011 at 12:04 am
selamat mencuba kalau sudi.hehehehe
[Reply]
Kebolehan macam mana ya?
Biasanya setiap blog yang saya buat akan rancang topk utamanya.
[Reply]
Lizz Reply:
November 4th, 2011 at 12:12 am
kebolehan? terpulang pada individu. macam blog kamu (ohbuku) memang sesuailah. mungkin kamu ulat buku kot, tahu banyak info pasal buku (biasanya buku2 dalam ur blog saya tak tahu pun.hehehe) jadi itulah kebolehan kamu
[Reply]
muhammad fakhruddin Reply:
November 4th, 2011 at 4:14 am
Ce kongsi buku apa yang diminati…boleh jemput buat guest post ni, hehehe
[Reply]
kau memang pandai lah buat artikel SEO. tabik spring!
[Reply]
Lizz Reply:
November 4th, 2011 at 12:14 am
-..- ngaderlah kau Een. Kau sifu aku kot. Ingat tak, aku tanya kau macam-macam. hahahaha!!!
[Reply]
Kak long suka tips Liza ni. Perancangan untuk 1 minggu. Hmmm…kena buat ni. Selalunya, tulis ikut suka hati aje.
[Reply]
Lizz Reply:
November 5th, 2011 at 1:52 am
dulu saya buat macam ni lah, ikut suka hati je, better rancang awal. just rancang general dulu pun cukup Kak Long
[Reply]
Betul2 …kekadang kita kene jd diri kita sendiri ….
kita x boleh ikut orang….
kerana kita adalah kita…
orang adalah orang…..
faham kan….
[Reply]
Lizz Reply:
November 5th, 2011 at 1:55 am
memang dah faham sebab saya tak suka ikut cara orang lain dri dulu. susah jadi orang lain ni. hidup dalam kepuraan.hehehe
[Reply]