
Bahasa Arab, bahasa Al-Quran. Tapi, kenapa kita orang Islam sendiri tak ramai yang boleh bercakap dalam bahasa Arab ni ya? Sebenarnya saya dah lama nak buat survey pasal ni tapi baru kali ni saya saya berani. Susah juga kalau jadi penakut kan? hahahaha! Takut pada pandangan orang adalah musuh manusia dalam diam
Hmm, dengar cerita lagu Penakut Yuna cetus kontroversi AIM ke?
Ok, berbalik pada survey yang saya nak jalankan ni. Saya rasa pembaca blog saya ni 90% adalah berbangsa melayu, beragam Islam. Tapi, saya nak tahu jugalah berapa ramai yang tahu Bahasa Arab, yang boleh bertutur dalam bahasa Arab, boleh menulis dalam bahasa Arab mungkin.
Agak-agak berapa ramai ya? Yang pastinya, saya sendiri akan isi survey ni. Wahahaha!!! Agak-agak korang, saya ni boleh ke bertutur dalam bahasa Arab? Cuba teka! hahahaha!!!! Tak apa, kita buat survey ni dulu, tapi saya tak tahulah dapat sambutan ke tidak survey ni. Kita cuba dulu. Tak cuba, sampai bila tak tahu kan?
Ok, kalau ada yang sudi join (heharap sudilah.hahaha!) boleh jawab survey “Apakah kebolehan anda dalam bahasa Arab?” yang saya letak di bahagian bawah entry ni. Untuk apa survey ni? Ok, saya baru terfikir dan terlintas nak mendalami bahasa Arab selepas menonton rancangan Kampus Dunia di Tv Al-hijrah tadi. Seronok juga kalau pandai bahasa Arab ni.
Masalahnya ialah, saya nak tahu susah ke tidak bahasa ni untuk saya berlajar dari asas. Saya nak tengok keputusan survey dulu, macam mana agaknya. Mungkin ramai yang boleh bertutur, menulis dan mungkin tak boleh bertutur dan menulis tapi masih boleh faham ayat atau perkataan arab kan?
Kalau percentage keputusan survey ni agak positif, maksudnya saya pun boleh mahir dalam bahasa Arab ni. hehehe!! Kalau negatif, mungkin kita sebagai umat Islam kena ambil perhatian kot.
Kenapa kita sibuk belajar dan berbangga dengan bahasa dunia, sibuk ambil kelas bahasa Inggeris sedangkan bahasa Al-Quran kita tidak ambil peduli?
Tak apa, tak apa. Kita tengok keputusan survey dulu. Nanti saya akan tulis entry lain berkaitan keputusan survey ni
Harap dapat bantu saya untuk ajak kawan-kawan lain jawab survey ni ya. Terima kasih sekali lagi.
[poll id="2"]








bg aku, bahasa arab la bahasa yg paling susah nak kuasai… pengalaman ak belajar lama kat sekolah arab, sampai sekarang x dapat nak bertutur in arab. tapi setakat nak faham n teka2 maksud tu boleh la sket2… tp kalo ko g egypt, confirm cepat je blh cakap arab.. ak pun x tau ap rahsia nye.. haha
[Reply]
Lizz Reply:
November 13th, 2011 at 4:04 pm
ye, aku siap terdetik dalam hat tadi. “ni kang ade aku pergi Mesir ke mana2 negara Arab kang” hahahaha!! sebab pada aku, Malaysia tak amalkan bahasa Al Quran ni. susah sikit…
[Reply]
Azah Reply:
November 15th, 2011 at 11:17 am
ak nak belajar lebih mendalam dah macam kurang ada masa dah.. so yg penting sekarang, jaga solat n doa. ak pastikan faham setiap sebutan.. yg quran plak, kalau ada masa je (plus rajin) baru tengok2 maksud.. hehe…
[Reply]
dah lama tak baca ayat2 bahasa arab ni. banyak lupa.. dlu seronok belajar nih..
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:00 am
pernah sekolah arab ke dulu?
[Reply]
Izwan Reply:
November 14th, 2011 at 3:45 pm
sekolah harian je.. tapi kelas tu amik subjek sains arab.. belajar lah gak sikit2.. nak ngapal tu jenuh..haha
[Reply]
aslmualaikum kak liza,
Blajar bahasa arab ni mmg susah ckit dan die ade step yg perlu kita ikut tapi kalau blh faham bahasa arab fuhh terbaiklah…firts skali bhs arab ni x lari lah dari menghafal vocab, lg bnyk lg bagus. kalau azah nk tahu ape rahsia org yg g mesir blh cepat cakap arab ialah enviroment die..nk beli ckp arab naik bas ckp arab trn bas ckp arab bljr ckp arab nk marah pon kena ckp arab…haha. tapi kalau nk bljr b.arab ok lah nk g mesir ambik kursus kt sana stahun n berkawan dgn foreign lg cepat dpt bhs arab. sbnrnya saya skrg bljr kt sana, kalau kak liza or kwn 2 lain nk kongsi penglaman jgn segan tanye saya
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:03 am
waalaikumusalam Halim, lama tak dengar khabar
wah. dekat Mesir ke sekarang? Universiti apa ya? sebenarnya konsepnya memang macam tulah. kena environment yang betul. Malaysia mana ada orang cakap arab. sedangkan pelajar yang ambil imlu syariah ke atau tentang islam pun tak amalkan. macam mana tu? -..-
[Reply]
Abdul Halim Reply:
November 14th, 2011 at 9:12 am
sorrylah kak liza bkn ape sibok ckit..haha, sy still lg ade kt malaysia ni cuti hr rabu ni flight ke mesir n saya kt sana dh 2 tahun dh. U al-azhar, sbnrnya kak liza memahami b.arab lbh penting dari kita tuturkan nya sbb yg pandai brckp x semestinya memahami b.arab tp yg memahami b.arab sudah pasti reti cakap.bagi org yg reti b.arab walaupon x guna tp kalau slalu baca kitab arab maka b.arab diorg pon terpelihara.
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:52 pm
wow!! Uni Al- Azhar tu. hebat. teringin nak ke Mesir
bahasa Arab ni mungkin macam english jugak kot. ada grammar2 dia jugak -..- kalau baca Quran, boleh jugak faham sikit2 sebab dalam 1 ayat, ada jugak word yg akak faham.
[Reply]
lizz..aku blajar bahasa arab masa darjah 3.pastu ustazah yang ajar aku bahasa arab tu tukar sekolah.jadi,start dari tu..aku dah tak amek kelas bahasa arab.yanga aku ingat maksd kursiyun adalah kerusi..lalala..
bagi aku..bahasa arab ni susah sbb kalau salah sebut maksudnya jd lain.mcm baca quran.salah baca..lari terus maknanya.tapi seronok dengar orang cakap bahasa arab.tak salah aku..kat radio ikim ada kelas bahasa arab ptg dlm kol 6lebih.tapi sekarang dah tak tau ada ke tak lagi kelas bahasa arab ni kat radio ikim.lame dah den xdongar radio..lalala =D
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:10 am
aku pernah try ikut yang dekat radio ikim tu, tapi tak bolehlah. dah terlepas banyak sangat. hahaha!!! oh, ok lah tu kursiyun kau kata kerusi. aku senang je dulu. monyet, aku arabkan jadi monyettun. kuda jadi kudatun. eeeuuu!!!! teruk gila arab aku. hahahaha!
ingat nak belajarlah, segan je bila orang kafir sibuk kaji Al-Quran sampa ambil subjek arab. kita ni? ape cerita?
[Reply]
pjah Reply:
November 14th, 2011 at 1:40 am
meja..aku tukarkan jadi mejaaayun..haha..
pernah 1 hari.kejadian kat ward.ada la sorang african ni yang hanya pandai bertutur bhs arab je.english tak tau..bhasa melayu lagi la haram dia nk berckp.so ada masalah comunication kat situ.then ada kawan aku ni boleh la berbahasa arab sikit.so,jd senang sikit keje kami..
moral of the story..xsalah blajar byak bahasa.tak rugi.
aku pon pernah gak terdetik nk amek kursus bhs arab ni..tp bila la dapat capai cita2 tu..tgu nk apply kerja g arab kot..hehehe
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:54 pm
aku nak belajar guna buku. hahahaha!!! nak pandai terus memang lambatlah tapi aku nak belajar sikit2 dulu.hehehe
[Reply]
Wahhh. anyway baru nak vote. Cuba tambah lg item tuk survey tu. Mcm saya sket2 dan paling asas je
. sedih kan. Bahasa english pon dah la failed. Arab juga failed mmg hmm. Sob sob. Bahasa asas tu mcm ucapan salam. dan yg biasa2 dgr masa sekolah je
Jujur tu.
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:15 am
yang asas tu, akak dah masukkan sekali dalam item Boleh memahami perkataan dalam bahasa Arab. kire halallah tu.hehehe!! regret juga sebab tak ramai yang nak buat survey ni. kang buat survey pasal artis kemain laju lak.haih -..-
[Reply]
shah blogger Reply:
November 14th, 2011 at 2:46 pm
hmmmmmm tu la pasal kan. artis pula lebih menarik.. Anyway saya x minat artis
[Reply]
dulu ustazah garang. langsung tak minat nak belajar arab
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:17 am
sama lah!! serious.hahaha!!! tak dapat hafal, kena rotan kat tapak tangan. sakit tahu
[Reply]
saya boleh membaca tulisan bahasa arab sebab mengaji Al-Quran, tapi memahami maksud mahupun bertutur tu tak pandai, dua tiga perkataan je faham maksud…tapi jangan takut dulu ustazah kata kalau kita masuk syurga (insyaallah) confirm terus pandai cakap bahasa arab sebab bahasa arab itu bahasa komunikasi di syurga…hehe
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:55 pm
hahahaha!!! memang sebab tu saya rasa segan. kita bercita-cita nak masuk syurga (harap masuklah) , kita mengaku Islam tapi setakat dalam sijil kelahiran dan ilmu tak seberapa. sebab tu nak belajar, tak banyak sikit pun jadilah.hehehehe
[Reply]
Salam Liza, dalam survey tu tiada ruangan untuk orang-orang yang langsung tidak mahir berbahasa dan bertutur arab ye?
Camne nak vote?
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 1:57 pm
salam Faizul, rasanya seteruk mana pun..mesti boleh faham sikit2 bahasa arab. hehehe. yang tu, saya masukkan sekali dalam “boleh faham perkataan” je
word biasanya orang boleh tahu sikit2, cuma ayat panjang..itu yang tak semua orang boleh faham.
[Reply]
bagi org yg x pandai b.arab n x blajar agama sdlmnya xpe x pandai b.arab pon tp fardhu ain (wajib ke atas diri org islam) bljr memahami al-quran dan hadis melalui kuliah agama mcm slot tafsir quran ustaz zahzan kt ikim 2. kita semua kena ingat bahasa arab bahasa Nabi Muhammad, bahasa arab bahasa al-quran dan bahasa arab bahasa syurga. kt tempat sy kalau org dari malaysia nk bljr b.arab stahun je kalau x sangkut, nk insyallah sijil b.arab 2 kalau bwk balik malaysia dh jadi diploma blh apply ambik degree trus…
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 2:00 pm
thanks Halim. insyaAllah, tengah perbaiki diri. dulu, tak tergerak langsung nak belajar bahasa arab. rasa cam tak penting. nampak dunia je kot, bayangan akhirat kureng. but now, alhamdulilah tengah improve mana yang boleh. kena banyak dengar dan datang majlis ilmu je kuncinya
[Reply]
hehe, aku boleh paham maksud perkataan pun sebab al Quran sekarang dah bnyk yang ada terjemahan kecik kat tepi.. so bleh translate word by word.. word yang selalu ada dalam ayat memang akan ingat laa maksud dia.. huhuhu
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 2:02 pm
sama!!!!!! hahahahahaha. aku jadi macam budak-budak ok. baca bahasa arab, pastu cr word bahasa melayu kt terjemahan tu.kikikiki
[Reply]
Tahu yang simple-simple aje, byk belajar dengan anak, mereka lebih cekap
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 2:06 pm
hah? anak pandai bahasa arab ke? nak tumpang belajar skali plz.hehehhe
[Reply]
Masa sekolah agama adalah bjajr,memang x masuk kpala…tringat lagi masa drjah satu ada bljar prktaan ainun dgn junjumatun
[Reply]
Lizz Reply:
November 14th, 2011 at 9:00 pm
hahahahahaa!!! aik, kenapa mesti 2 word tu same je yek? me pun ingat tu jer. ainun mata, jumjumatun tengkorak kan?
[Reply]
aku boleh cakap..leh faham, leh tulis..dan leh baca..hehe..tapi tidaklah secair macam orang arab tu cakap. diorang cakap arab pasar maa..sama macam orang melayu cakap bahasa pasar..so..kalau diorang cakap laju..memang aku payah nak faham. haha..
[Reply]