Skrip Kehidupan Paling Mudah dan Murah

Pernah dengar skrip kehidupan? Kalau belum tak apa. Saya pun baru tahu tentang skrip kehidupan ni sejak follow ceramah-ceramah Prof Dr Muhaya. Saya dah jadi pendengar setia beliau dah sekarang. hahahaha! Kemain mengaku. Prof Muhaya ni lah yang perkenalkan sistem skrip kehidupan.

Mula-mula saya malas juga nak menulis skrip kehidupan sendiri. Rasa macam tak perlu dan rasa macam buang masa je. Sebab banyak sangat perkataan “macam” tu lah saya asyik tangguh-tangguh je nak menulis. Jadi, hari ini saya dah bertekad nak mulakan aktiviti skrip kehidupan saya sendiri.

Macam mana konsep Skrip kehidupan? Ok, saya terangkan yang mudah sahaja untuk sesiapa yang terasa nak join juga. Mungkin skrip saya ni tak sama dengan cara Prof Muhaya, cuma konsep asalnya sahaja yang sama. Ideanya ialah dengan kita catatkan SEMUA aktiviti kita untuk 1 hari. Dari mula kita celik mata hari ini sehingga saat kita nak tutup mata malam nanti.

Caranya, terpulang. Kalau korang nak catat skrip kehidupan korang atas kertas atau taip saja dalam Microsoft word atau apa saja, itu terpulang ok. Saya memilih untuk menulis di atas kertas A4 untuk hari ini. Biasalah, Pengalaman pertama memang macam ni. hahahaha!! Tak ada buku yang khusus lah, yang ada cuma kertas A4 :p

Ok, sekarang mulakan catatan. Senaraikan aktiviti yang korang ingat sejak korang mula celik mata pagi tadi. Untuk setakat ni, saya cuma ada 11 sahaja. Saya list kan dekat bawah ni.

– Bangun pukul 8:30 pagi
– Check Twitter selama 15 minit untuk wish selamat pagi
– Check blog kesayangan
– Mandi
– Dengar video yang ada zikir-zikir dan ikut sekali nyanyi dalam bilik untuk “dapatkan” mood pagi
– Sarapan pagi lauk yang abang belikan
– Keluar rumah pukul 10:30 pagi (lambat sangat!!!)
– Dengar ceramah Prof Muhaya dekat radia IKIM
– Sampai tempat kerja pukul 11 pagi
– Tulis skrip kehidupan pertama 11:20 pagi
– Sambil dengar Al-Quran Online surah Al-Baqarah (tenang)

Baiklah, ini contoh skrip kehidupan saya setakat ini. Pastinya lepas ni saya akan tambahkan lagi. Ok, lepas tu apa kita akan buat dengan senarai ni semua? Ok, senang je. Nanti, sebelum tidur. Saya baca semua senarai yang saya dah tulis ni. Saya akan buat 2 colum di bahagian belakang kertas A4 yang sama.

Colum kiri, saya akan tulis “Perkara tak berfaedah ” dan colum kanan “perkara berfaedah”. Dah tahu apa yang saya nak buat??? hehehehe. Mestilah korang dapat agak kan? Mudah saja. Korang “sort” daripada senarai yang korang da tulis dari pagi sampai malam tu ke dalam setiap colum ni. Simple!!

Tak berfaedah dengan berfaedah tu sebenarnya terpulang pada korang. Mungkin ada sesetengah yang anggap login twitter adalah perkara sangat berfaedah, jadi.. tak apa. Untuk hari ini sila letakkan di dalam colum BERFAEDAH. Kalau esok-esok, rasa login Twitter tidak bawa apa-apa faedah, letaklah dalam colum TAK BERFAEDAH. Mudah kan?

Semuanya terletak dekat tangan kita. Skrip kehidupan kita, kita yang tentukan. Apa yang kita akan dapat dengan menulis skrip kehidupan ni? Kita akan lihat dengan sendiri dekat mana kita habiskan 24 jam yang Allah dah beri untuk kita dalam sehari ni. Samada kita buat perkara berfaedah ataupun tidak. Berfaedah untuk diri sendiri, atau mungkin kita sibuk memberi faedah pada manusia yang tidak sepatutnya diberi.

Lagi 1, perkara paling penting yang kita akan dapat dengan adanya skrip kehidupan ni (untuk orang Islam) ialah berapa banyak kebaikan kita dah buat dan berapa pula jumlah kejahatan kita dah tempah. Mungkin, kita tak perasan. Jadi, kalau kita sendiri yang catat dan lihat sendiri..mana tahu kita dapat perbaiki diri kita. kan? 😉

Sekian. Entry ini bukan untuk tunjuk bagus. Tidak sama sekali. Saya sekadar berkongsi ilmu baru. Kalau nak ikut, bolehlah ikut. Kalau tidak, tidak apa. heheheh!! Kalau tidak silap, hari ini hari terakhir kan kalau korang nak join contest gadget impian? Sila daftar sekarang!! Wehooo 😉

p/s: Saya da create page KATA-KATA MOTIVASI, kalau sudi bolehlah like dan share sekali kalau ada kata-kata motivasi untuk dikongsikan bersama yang lain. thanks sangat! Sayang korang 😉

Artikel Berkaitan

40 responses to “Skrip Kehidupan Paling Mudah dan Murah

  1. bagus ni, akan amalkan juga.

    • try zul buat. mana tahu ade prubahan kan?hehehe

      • Lebih kurang diari cuma nak kena sort things out.. boleh cuba. Kalo lizz rajin wat skrip kehidupan yang mantap pastu boleh angkat jadi naskah agong yg boleh wat drama or filem.. haha.. ok kan.. itu yg penulis skrip selalu buat.. buat skrip kehidupan ‘watak2’

        • hahahaha!! eh itu idea bagus ok 😛 tak terfikir lak tapi mana tahu kak erma fatima nak amik skrip kan?hahahahahaha.

          seronok ada skrip kehidupan ni. arini dah buat lagi. akan sambung catat lepas ni 😉

  2. anim87

    mcm best jea..nak cuba la.hehehe

  3. nanti aku nak check la banyak tak perkara faedah yang aku dah lakukan dalam hidup nih. 😉

  4. ermm memang bagus…baru kita tahu…apa kerja yang tak memberikan manfaat yang telah kita lakukan setiap hari…semoga setiap hari kehidupan kita akan menjadi lebih baik

  5. Cuba skrio hidup ini 40 hari berturut dan lihat hasilnya

    1. Bagun pagi 15 minit sebelum subuh solat sunat tahajjud dan solat witir
    2. Baca Al-Quran sebelum masuk waktu suboh
    3. Solat Sunat Suboh setelah masuk waktu suboh
    4. Solat suboh terbaik berjemaah
    5. Baca Yassin
    6. Baca dzikir mathurat

    Kalau mampu amalkan banyak masalah kesihatan, kewangan, jiwa, rezeki dan macam-macam lagi akan dapat selesai dgn bantuan Allah SWT.

    • ada orang prnh ckp dengan saya, kalau kita nak didik diri yg susah sangattttt nak solat ni… pergi solat berjemaah setiap waktu selama 7 hari berturut-turut. insyaAllah lepas tu kita akan tahu erti solat tu.

      tp,saya perempuan. tak ada pun org berjemaah kt surau. lelaki adelah.alah, rasa nk duduk je terus dekat mekah. kat sana org hidup untuk islam -..-

  6. Part Sambil dengar Al-Quran Online surah Al-Baqarah tu selalu jugak la buat,sambil-sambil buat kerja boleh tenang fikiran

    • ye betul. dulu xpernah buat tp baru amalkan. sambil tulis entry, dengar surah2 ni. ingatkan tak boleh fokus tapi alhamdulilah plak. laju je tulis. entry ni tulis sambil dengar surah ni lah. dipermudahkan agaknyer

  7. mmg bagus tu memperbanyakkan dengar ayat alquran.. hati tenang… badan pun sihat.. inysaAllah..

  8. dr muhaya ni macam mengajar tindakan refleksiologi, lebih kepada reaksi badan…saya selalu guna mindset, kalau bangun pagi taknak mengantuk tido balik, pasang radio kuat2 so otak akan jaga dan bekerja…

    • oh tak juga, saya “boleh berubah sikit” ni sebab guna mindset yg prof muhaya ajar. dia kata, kalau kita nak sesuatu..pejam mata dan bayangkan kita dah dapat benda tu. kita kawal otak dan bukan otak kawal kita.

  9. satu idea yang menarik tu. boleh compare dengan apa kita buat dan perkara yang kurang berfaedah..

  10. tak pernahnya nak ikut skrip.sebab tu tak layak jadi pelakon.hehe…
    asalkan yang wajib tak tinggal tu pun dah memadai 🙂

  11. mcm jadual harian.zaman sekolah rendah dulu pernah buat jadul harian tu..tp makin besor..makin tak buat..
    baru tau pasal skrip kehidupan ni..ilmu yang amat berguna untuk aku hari ini..insyaallah ..nanti nak try praktikkan balik mcm buat jadual harian tu..=D

    p/s:eh..dah tak ada notification spam eh..letak la balik..aku suka.boleh main2 tambah ..hehe..

  12. Gaya skrip kehidupan ni sama macam Mutabaah Amal (ni yang kitorang guna kat Mesir) kita baiki diri kita dan muhasabah diri kita dengan cuba buat sikit-sikit amalan sunat dan cuba perlahan-lahan untuk tinggalkan perkara tak berfaedah.

    Yeahh kak Liza, jom berubah ke arah yang lebih baik!

    =)

    • hehehehe!! apa tu Mutabaah Amal.hehehe. ta pernah dengar. tu lah, susah nak tinggalkan menda tak berfaedah tp tak cuba tak boleh juga.pelan-pelan lah kot -..-

      jom, insyaAllah. please guide me.hehehehe

  13. That is soo not for me
    Liat kemain aku nak buat benda2 macam tuh
    hahahha

    • kata baru lepas raya haji. berkorban lah sikit buang liat tu.wahahaha!!! taklah, memain je. up to u 😉

      aku pun kemain susah. tapi untuk 2 hari ni masih lancar.hahahaha

  14. Selalu mendengar Dr Muhaya di Radio Ikim setiap Sabtu jam 7.00 pagi, banyak inspirasi dari buah idea beliau, TQ liza skrip kehidupan sebenarnya macam muhasabah diri setiap kali selepas solat, yang bestnya Dr Muhaya meminta kita menulis, menulis bukan sahaja mampu mempengaruhi ingatan tetapi juga minda bawah sedar kita

    • yes, seeloknya menulis.setakat ni, mmemang saya tulis atas kertas a4. seronok juga baca before tidur. hehehe!! oh, saya dengar Prof Muhaya ni rabu 10 am. sabtu tu ulangan ya?

  15. Setelah b3njy berfikir secara positif apa yang ditulis oleh Lizz ni memang banyak faedahnya …. sbb rumusan di akhir tu yang penting … b3njy rasa bila hujung minggu banyak je skrip kehidupan yang tidak berfaedah … namun nak mencatitnya semula adalah perkara yang paling sukar terutama kalau kita ada terlibat dengan aktiviti tak senonoh cam merempit ke dan seangkatannya … tetapi adakah ia boleh disalah gunakan oleh pihak tertentu yang tak suka kita mebocorkan rahsia kita jika dia tahu terutamanya aktiviti kita yang bersifat privasi …

    • skrip kehidupan ni umpama diari hidup kita juga. tak mungkin kan kita nak biarkan diari kita jatuh ke tangan orang lain? jadi, jagalah sebaik mungkin. saya guna code rahsia saya sendiri. ada bahasa yang saya je faham untuk perkara2 yg saya rasa perlu dirahsiakan tapi dalam masa yang sama saya perlu catat.

      pandai-pandailah 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge