Sinopsis Tentang Dhia Slot Akasia TV3

sinopsis drama tentang dhia

Sinopsis Drama Tentang Dhia pulak selepas drama Soffiya tamat. Drama Tentang Dhia ni sebenarnya dah mula semalam, tapi baru ada masa nak tulis sinopsis drama Tentang Dhia ni. hehehehe. Menarik cerita ni ok!

Dah ramai sebenarnya yang tulis sinopsis Drama Tentang Dhia ni, antaranya Nik Khazami, Iqbal Hakimi dan Blog Mohd Isa. Jadi, saya bolehlah jadikan blog-blog ni sebagai rujukan. wahahaha!!! Tapi, semestinya akan diberi kredit dengan hormatnya. Semalam, saya tengok episod pertama drama ni. Best!

Nak puji lebih-lebih mungkin tak bolehlah tapi, apa yang saya boleh katakan untuk episod pertama Drama Tentang Dhia ni tak lah boring. Saya suka dengan sinematografi ke apa ya “term” yang sesuai. hahaha!! Tak reti saya. Gambar untuk drama ni cantik, dah lah berlatar belakangkan sawah padi terbentang luas. Aduh menark ok!!!!

Drama Tentang Dhia merupakan hasik nukilan Azlina Pa’wan dan kalau tidak silap pengarahnya ialah Feroz Kader. Pelakon-pelakon rata-rata kita dah kenal dah kenal dah kot antaranya Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah. Semua nama kita dah biasa dengar kan?

Oklah, jom kita layan sinopsis Drama Tentang Dhia dulu untuk korang yang belum baca lagi macam saya. hahaha!!! ingatkan lepas habis cerita Soffiya malas dah nak follow tapi best pula cerita ni. haih!! Kena masukkan dalam colum untuk perkara tak berfaedah dalam program Skrip Kehidupan. hahahaha!!!

Sinopsis Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya dalam drama Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.

Sumber: Berita Harian

Ok, dah selesai baca sinopsis Drama Tentang Dhia? Sekarang bolehlah baca entry Media tak telus? Kini Ada yang Lebih Telus dalam Berita, entry pandangan tentang Portal hebat Mynewshub oleh bro Denaihati (sifu kita ni, please tahu!hahahahaha)

Artikel Berkaitan

14 responses to “Sinopsis Tentang Dhia Slot Akasia TV3

  1. banyak betul drama baru…entah mana nak tengok…

  2. eh eh,sama la..baru je publish entri ni,semalam dapat tengok sekejap je,boleh tahan la cerita ni

  3. saya tak sempat tgk sis hm malam ni takde kan

  4. hmm mls nk tgk slot2 drama dah..

  5. cerita best .
    lagu tema xsesuai.
    waktu tak sesuai
    saya bagi 3/5 bintang .hehe

  6. apa-apa hal pun Nora Danish lawa bertudung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge