seo

Sinopsis Telefilem Kekasih Awal dan Akhir

8 Nov

 Banner
  • Sharebar

sinopsis kekasih awal dan akhir

Sinopsis Kekasih Awal dan Akhir sebelum bermula tayangannya esok malam. Telefilem Kekasih awal dan akhir adalah buah tangan pertama Aaron Aziz. Kekasih awal dan akhir ini menampilkan Aaron sendiri sebagai hero. Heh, ada gaya Rosyam Nor juga ni. Biarlah.

Telefilem Kekasih awal dan akhir akan ditayangkan pada 9 November 2011 (esok) jam 8:30 malam hanya di Tv9 dekat dihatiku. hahaha! Jangan lupa, malam ni ada Halaqah Sentuhan Qalbu dekat channel yang sama ok. Ok, pasal telefilem pertama arahan Aaron Aziz ni. Pandai juga dia pilih heroin utama Siti Saleha. Partner dia dalam drama popular Nora Elena!

Tapi, yang bestnya juga telefilem Kekasih awal dan akhir ni ada kawan saya Fouziah Gous. Rezeki banyak betul tahun 2011 ni. Trilogi Cinta, drama tahajjud cinta, telefilem Cinta Dari Kaabah dan banyak lagi lah. Rezeki rezeki. hehehe! So, esok jangan lupa tengok telefilem pertama arahan si Aaron Aziz ni.

SinopsisTelefilem Kekasih Awal dan Akhir

‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Tarikh : 9 November 2011, 8.30 malam di TV9
Lakonan : Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha , Dian P Ramlee, Zulkifli Ismail, adik Syazana dan Den Sabari
(cthoney)

Jalan cerita telefilem kekasih awal dan akhir ni nampak macam klise je tapi tak apa, tengok dulula baru boleh komen. Mana tahu, jalan cerita klise tapi cara arahan dia lain sikit. hehehehe!!! Selamat menonton! Jangan lupa check PR blog masing-masing. Dalam entry terbaru Denaihati dah ucap tahniah blog kawan-kawan naik PR4 katatanya. Ehem, lagi 1 dah baca entry 30 status twitter yang menarik dan lawak?


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

16 Responses to “Sinopsis Telefilem Kekasih Awal dan Akhir”

  1. Sd Malay 08. Nov, 2011 at 4:59 pm #

    Tv drama again… hope it nice one…

    Just for your info, If you own a blog and want to get the Treasures (Samsung Galaxy Ace dan RM 1,000) from Streetdirectory, please make sure you won’t miss this opportunity

    It’s very easy to get, let’s come and get it –> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
    Thank you very much for your attention

    [Reply]

    Lizz Reply:

    please watch it. support our drama.thanks ;)

    [Reply]

  2. apaajanews 08. Nov, 2011 at 8:14 pm #

    aron memangbagus berlakon pilih pula siti saleha memang ngam pasti ramai yang datang…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    datang ke mana?hehehehe. ni kat tv je bukan filem.hehehe. Aaron memang pandai ;)

    [Reply]

  3. Fakarepain 08. Nov, 2011 at 9:16 pm #

    oh Siti Saleha..

    tidur malam ku tak lena kerna kamu.. huhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    gatal boleh tahan!!!hahahaha

    [Reply]

    Fakarepain Reply:

    dah nama pon lelaki kak… hihi

    [Reply]

  4. Shah Blogger 08. Nov, 2011 at 10:10 pm #

    Suka la tgk fauziah ghous tu :D .. like like like :D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    dia cantik dan baik ;)

    [Reply]

    Shah Blogger Reply:

    Baik tu lebih bernilai. cantik tu extra. Lizz baik x? cantik ada dah (jgn kembang ye hahaha).

    [Reply]

  5. azura 09. Nov, 2011 at 12:28 pm #

    hero yang sangat laris…heroin2 pun memang terbaik…akan luangkan masa ni…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    selamat menonton malam ni. hehehehe. harap2 hasil kerja aaron as pengarah tak mengecewakan

    [Reply]

  6. hafidz 09. Nov, 2011 at 12:41 pm #

    nampak macam boleh jadi fenomena jer drama kekasih awal dan akhir ni. layan jer la malam karang nanti huhuhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ini telefilem. kalau series tak tahulah kalau boleh jd fenomena tak.hehehe

    [Reply]

  7. Juan 09. Nov, 2011 at 5:26 pm #

    wahhh, malam ni ker, ok nanti saya layan

    [Reply]

  8. Pacifista 09. Nov, 2011 at 11:18 pm #

    aaron aziz dengan saleha ni dah macam couple pulak saya tengok.mana taknya,ntah dah kali ke berapa diorang berlakon bersama :P

    [Reply]

Leave a Reply