Populariti Blog Nilainya di mana?

Populariti blog nilainya di mana? Ya, saya soal korang semua. hahaha! Blog akan popular bila tuan blog popular atau sesebuah blog itu akan popular kerana pengisian blog itu sendiri? Mana 1 yang lebih bagus? Ada sesiapa yang boleh beri pendapat?

Saya sengaja tulis entry tentang populariti blog nilainya di mana ni, memang sengaja sangat sebab mungkin sekarang ni saya lihat terlalu ramai tuan blog yang semakin “glamour” berbanding blognya. Jadi, saya terfikir. Sebenarnya, apakah tujuah si polan buat blog sebenarnya? Untuk berkongsi maklumat, untuk buat duit dengan blog atau untuk menjadi popular dengan blog?

Hari ini, memang dah banyak sangat blog yang wujud. Tapi, maaf kalau saya komen sedikit. Tapi, jangan salah faham. Saya sekadar beri pendapat dan bukan mahu tunjuk bagus. Ini pendapat saya dan mungkin agak berbeza daripada pendapat korang. Maaflah kalau terasa hati. Macam ni, blog makin banyak. Tapi, pengisian blog kadang-kadang tak membantu langsung.

Kadang-kadang saya agak “frust” setiap kali blogwalking, dengan harapan dapat input berguna daripada bloggers lain. Tapi, malangnya. Blog tersebut hanya ada gambar tuan blog sebesar papan tanda jalan raya, posing dengan gaya “comel” dengan kekasih hati. Tapi, tak apa. Mungkin kalau ada gambar secantik itu, pasti ada informasi yang berguna kot.

Eh eh, saya scroll punya scroll. Ada 1 perkataan sahaja “B rindu dengan sayang” . Aduh, punahnya rasa tulang belikat saya. hehehe! Ok ok, tak apa. Mungkin salah saya sebab pergi baca blog personal kan? Sebenarnya, saya tak ada hak langsung untuk tegur macam ni sebab masing-masing ada cara berblog tersendiri.

Cuma, saya beri contoh sahaja. Kiranya, saya nak korang tahu. Kalau boleh saya nak baca blog yang memberi informasi. Pada saya, biarlah blog kita jadi popular kerana “isinya”. Kadang-kadang, saya lihat blog tidak ada apa sangat. Tapi, tuan blog itu lebih popular daripada bloggers lain yang pada saya..blognya jauh lebih layak untuk dicop sebagai blog popular.

Mungkin sebab citarasa kita ni lain-lain kot. Saya lebih suka blog berinformasi macam blog Denaihati, forblogger, dan lain-lain. Walau saya tak pernah jumpa dengan mereka, tapi saya cukup kagum dengan mereka. Cara penyampaian dalam blog sangat berguna, tak perlu “jual diri” beriya untuk dapatkan trafik sebab mereka tak perlu itu semua.

Blog mereka tinggi nilainya, dan pada saya secara automatik saya dah anggap blog mereka sebagai blog popular!! Alamak, kantoi den memuja diorang pulak dah. wahahahaha!!!! Ok, itu pada pendapat saya. Populariti blog nilainya ada pada pengisian blog tersebut dan bukan pada populariti tuan blog tersebut pada sisi paras rupa, style atau perkara lain.

Korang pulak macam mana? Populariti blog nilainya di mana? 😉

Artikel Berkaitan

59 responses to “Populariti Blog Nilainya di mana?

  1. kai

    biase la liza..
    dah name pon freedom of speach..
    ape leh wat…
    masing2 ade care masing2…
    yang penting heppi!

  2. Terima kasih di atas perkongsian anda. Semoga smua ini akan menjadi iktibar buat semua.. Blogger bukan hanyya untuk popular tetapi untuk berkongsi maklumat dan ilmu kerana semuanya dari Allah..

  3. sekarang dunia blog banyak dah berubah. masing2 lebih kearah terlalu personal sangat yang dikongsikan. mungkin nak kena ada juga garis panduan dalam mewujudkan blog. ini cuma sekadar pandangan saja.

    • Yep. Mungkin juga atau create term baru untuk sesiapa yg lebih senang share hal personal..ada platform khusus,diaryonline.jdi kalau sesiapa yg nak cr info,tidak perlu habiskan waktu di sini.semua org masih boleh terus berblogging 🙂

  4. blogger underground biasalah hehe. macam mana nak nilai popular atau tak sesebuah blog tu? err ni jawapan saya:

    blog popular tak sama dengan blog yang berjaya. mungkin blog tu popular sebab empunya blog dari golongon yang sudah popular seperti artis dan sebagainya. blog popular tak semestinya blog tu berjaya. mungkin juga blog tu popular sebab selalu paparkan entri “panas” di blog walaupun entri tu hanya entri copy-paste.

    cuba masuk dalam blog yang disenarai top blog di Malaysia, berapa kerat je yang berjaya. ya mereka popular sebab ranking mereka mantap, tapi dari segi interaksi antara pembaca dan admin blog (melalui komen dsb) kosong! tak best juga sebab tak pandai nak guna bonus “popular” tu untuk cipta medium komunikasi yang baik sesama pembaca, nanti lama-kelamaan blog tu akan mula dilupakan.

    ini pendapat saya sahaja 🙂

    • Terima kasih kerana tolong beri penerangan yg hebat ini.memang setuju dengan komen ini. Yep komunikasi antara admin dengan.pembaca penting sangat!

    • aku setuju ni bro.
      ranking2 tu disusun ikut alexa kan?
      Ada juga blog Alexa mantap, tapi entry copy paste.

      Sgt setuju, beza antara popular dan berjaya.

      ps: Tak pernah org cakap blog yg islamik berjaya. Pernah dgr? Bg aku diorang lagi bgs sbb dapat sebarkan ilmu agama dan buat amal jariah, walaupun selepas mereka mati. Apa yg dikongsi kekal memberi manfaat. Kalau yg blog jana duit ni, sampai situ je la. Satu hari akan berhenti berblog jg, dan sampai situ je la kejayaan kita.

      • Affan lebih arif bab ini. aku tahu.hehehe!! apa lagi, meh jadi penulis jemputan 😛

        blog islamik? sebenarnya blog itu jauh lagi bagus kalau nak dibandingkan dengan isi dalam blog2 kita ni. cuba baca blog ustaz2, cara dia menulis sangat telus, menulis berdasarkan pengalaman dan panjang lebar. pengikut ramai tapi tidak diwarwarkan 😉

  5. jadi diri sendiri kan baik,setiap orang ada tujuan masing-masing dalam berblog….

  6. aku hanya manusia biasa yang cuba berkongsi ilmu walaupun sepotong ayat melalui medium blog yg semakin popular menjadi sumber carian di google. Nabi kata kalau ada yg memuji lepar dengan pasir …heee. Kita sama2 belajar dan mengajar.

  7. setuju..
    tak kisah la entri yang bagaimana yang dihasilkan asalkan berinformasi..

  8. biasa manusia bermacam ragam , sebab tu ada pelbagai jenis blog buat masa sekarang , bersaing lah secara sihat , saya tak kisah popular atau tidak kerana saya minat berkongsi dan terus akan berkongsi ..

    teet sudah !

  9. mungkin betul jugak tapi dari entri personalpun sebenarnya kita boleh bagi info contohnya kita pergi makan kat satu tempat tu. Even kita cerita pasal kita pi makan ada jugak info yang boleh kita sampaikan ye dak? haha… Cuma ramai yang tak tau nak relatekan personal depa dengan info

    • ok yang ini saya setuju. betul tu, cuma personal yang saya maksudkan yang “zero” information langsung lah kiranya.hehehe. macam contoh yang saya beri dekat atas tu.hikhik.

  10. aku lebih suka blog yang mendatangkan hasil berbanding blog yang popular. nak popular senang aje. nak dapat hasil..tu yang sakit jiwa dibuatnya. haha..

    • blog kau sangat mendatangkan hasil!!!! blog aku baru nak tanam benih.lambat lagi nak dapat hasil.wakakakaka!!!

      p/s: neway thanks wei banyak ajar aku tips2.hehehehe

  11. nilai blog terletak pada isi kandungannya dan gaya penulisan..tu bagi aku la..hehehe

    blog aku..cap ayam je..hahaha..tapi hope blog aku ada terselit ilmu yang nak disampaikan walaupun apa yang aku tulis tu sekadar repekan.=D

    • taklah, blog kau ada ilmu yang aku dapat juga. kalau personal tapi masih ada input untuk pembaca walau tak banyak..ianya tetap membantu ok.

      yang aku maksud blog yang aku rasa cam nak nangis hentak kaki bila masuk tak dapat apa-apa.. blog yg macam contoh dekat atas tu -..-

  12. Shah pulak suka blog liza.. Sebab intraksi dengan org yg berjaya dan nmpk ramah. “hahaha” << membuatkan org tak segan silu datang di sini 😀 . Anyway shah hanya lebih untuk memberikan input dan sharing yg di rasa berguna. Kalo shah share2 gmbr je baik shah guna FB pr Plus 1 kan Lizz. lebih cpt 😀 . Anyway thanks for mention lizz.

    • nampak je, sebenarnya kite monster!hahahahaha. ok, tipu 😛 thanks Shah sebab rajin komen dekat blog tak seberapa ni.hehehe.

      teruja sangat dengan entry latest dekat your blog, automatik jari nak sangat bagi backlink yang tak banyak ni..kikikiki

      • Monster eik? hahaha. but nice 😛 .sama lizz ni silaturahim, xde kawan sunyi dan xde semangat la kita buat apa pun kan 😀 .

        Wahh video tu dah tukar pon. thanks2 lizz, tggu next update kekekeke.

  13. Liza rasa blog saya mcm mana, apa pendapat liza terhadap blog saya, saya sedia terima apa pendapat, heeee

    • siapalah saya nak nilai blog Juan.hehehe!! tapi, orang ask kena jawab kan?hahaha!

      bagus blog Juan. Ada cerpen, ada pasal blog juga kadang-kadang. Tak banyak, tapi tetap ada ilmu di situ 😉
      kita belajar sama-sama dalam dunia blogging ni

  14. tentang nak glamour tu hak masing masing lah liza…cuma apa yang paling penting semua blogger perlu perbanyakkan aktiviti meninggalkan komen pada setiap blog yang dilawati daripada just shout

    • dan komen haruslah berkualiti dan bukan sekadar hi,nice,dan sekutu dengannya.betul?hehehehe.

      yep nak glamour hak masing-masing. banyak cara nak glamour dan harapnya kita semua dapat glamour dengan cara yang tidak menambahkan dosa *ingatkan diri sendiri ni.huhuhuhu.

      blogger besar juga tanggungjawabnya 😉

  15. Bagi saya blog yang layak untuk dicop sebagai blog popular ialah blog yang…umm POPULAR. Tak kira lah sebab apa -tuan blog atau kandungannya.
    Keputusan terletak di tangan audien. Kalaulah selepas berposing gaya comel pun masih ramai pengunjung datang, itu bermakna memang itu yang majoriti audien nak tengok. Kita tak suka tapi mereka suka, dah nak buat camne 🙂

    • setuju juga. mungkin lepas ni,boleh tulis kategori popular kan? blog hiburan popular – Beautifulnara katakan. dan blog informasi popular – (KIV dulu.hahahaha!!!)

      bagus juga idea ni.kikikikiki

  16. Aku hanya berkongsi pendapat dan idea. Bukan nak tunjuk pandai kerana aku juga manusia biasa yang penuh kesilapan.

  17. berapa lama la boleh brada di puncak populariti? tak lama klu ada di atas kan? better klu kongsi ilmu dlm blog 🙂

    • ya betul. ilmu akan kekal di dalam blog, kalaulah kita pergi sekalipun, pahalanya dapat tapi cuba isi blog “selain dari ilmu” …dosanya kekal di situ. popularnya sebentar, tapi…huhuhuhu. better berkongsi ilmu bermanfaat dan hiburan yang tidak keterlaluan 😉

  18. Bila menulis blog semata2 untuk wang,macam inilah jadi nya.

  19. neo

    ada beza antara blogger popular dgn blogger yg boleh memberi nilai melalui penulisan…term popular diberi oleh audience @ pembaca, jadi penilaian golongan ini berbeza & populariti yg diberi kpd sesetengah blogger mungkin jg berbeza….

    bagi aku mudah untuk menjadi popular namun sukar untuk memberi nilai dlm penulisan.

  20. kejar popular tu,kejar la jugak.kalau tak, nak dapat trafik dari mana.jangan sampai apa yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran,sudah… 🙂

    • saya tak pernah kejar popular (setakat ni lah.wahahaha!!!), kalau nak popular mesti boleh tumpang glamour kawan-kawan artis saya tapi itu bukan cara saya.

      popular itu boleh datang dengan sendirinya, yang penting blog ni sentiasa ada update dan ada sikit informasi dapat dikongsikan.itu lagi best.puas hati woo dapat menaip.kikikiki

  21. Populariti ini terletak pada bagaimana dia menulis dan bagaimana pembaca menerima apa yg ditulisnya…x kishlah sama ada blog yg lebih femes atau tuan blog yg lebih femes,sekali ia diterima pembaca blog mereka,itu dah oky

  22. ada beza rasanya anda blog popular dengan blogger popular.

  23. blog saya berinformasi x??

    hehehe

  24. blog adalah facebook/twitter/google+ versi peribadi..tengok matlamat tuan punya la..kebanyakan personal..bukan komersial…

  25. Saya akan reply komen semua, perlukan masa sikit. thanks sangat-sangat ya beri pandangan masing-masing! akan lawat & komen dekat blog korang juga 😉

  26. Pamie

    Great post..You had a freedom of speech..Thanks for sharing..

  27. topik yang menarik. Tp pada mcm mana nak tau blog tu popular ke tak? Adakah pada total komen? Follower? Atau pegi mana2 tuan punye blog dikenali? Tp mcm mana plak kalo blog tu pembacanya lebih kepada silent reader?

    • dan itulah yang saya persoalkan untuk entry ini. populariti blog nilainya di mana? hehehe! so boleh baca komen2 bernas di atas. bergantung pada pembaca blog itu sendiri 😉

  28. sy rasa bergantung pada content, respon melalui comment, tgk bound with gak kot..huhu

  29. my concept..
    “biar blog popular,tetapi tuan blog tak perlu popular”

    hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge