Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1

Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1 boleh dilakukan sehingga 30 November 2011, di bawah ini saya sertakan cara Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1 boleh dibuat untuk rujukan adik-adik dan penjaga. Harap membantu.

Untuk membuat Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1, pemohon dikehendaki mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi iaitu 17 November 2011 dengan datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan.

saya berbesar hati sangat kalau korang dapat bantu saya untuk mengumpul markah bagi mendapatkan gadget impian. Setiap satu klik button RETWEET, FB like dan Google + 1 dan komen dikira satu markah

Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan tersebut, jadi kepada adik-adik yang masih belum berbuat demikian untuk tujuan Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1, masih ada masa ok. Sila buat! hahahaha! Jangan berlengah lagi, nanti tak sempat menangis   😛

Isi Borang Online Untuk Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1

– Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012. (Sila gunaInternet Explorer)

– Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.

– Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.

Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :


Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh Tutup

Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 30 November 2011.

Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah pada 5 Disember 2011.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Ok, harap entry Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1 ini dapat membantu adik-adik dan penjaga diorang masih tak buat apa yang patut. Kalau ada rezeki, masuklah MRSM. Tuan blog ni memang tak nak masuk MRSM dulu, memang tak nak duduk asrama. Seriau dengar cerita pengalaman malam pertama di asrama kawan-kawan dulu. hahaha!!!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

2 responses to “Permohonan MRSM 2012 Tingkatan 1

  1. ni yang aku rasa nak masuk sekolah balik ni. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge