Kebenaran Mengenai Cerita Tentang Kematian Kita Suatu Hari Nanti

Cerita tentang kematian, siapa yang tidak takut kalau dengar kan? Semalam, ibu ajak saya ke majlis Tazkirah di surau belakang rumah. Pergh! Tajuk tazkirah adalah “kematian”. Dengar tajuk pun saya dah menggigil semacam. hehehehe! Sebenarnya tak tahu nak cerita macam mana sebab takut ada yang saya ubah-ubahkan pula.

Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, saya cari info cerita tentang kematian di Google. Alhamdulilah, ada cerita yang 90% sama jalan ceritanya. Mungkin riwayat yang saya jumpa ni daripada 1 smber cuma cara penyampaian je diubah sedikit. Saya sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat, tak ada niat lain ya. Kalau ada yang terasa ke apa, im sorry!!! (buat suara Amir Raja Lawak.hehehehe)

Cerita Tentang Kematian

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.

“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirahat daripada seretan malaikat maut…!”

Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.

Part inilah yang ustaz di surau semalam tekankan. Tentang jenazah menjerit masa dimandikan. Serious, takut sangat!!!!! huhuhuhu

Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia. Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu dalam keaadaan panas. Dan jangan pulak terlalu sejuk.Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”

Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”
Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.

Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.

Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup. Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.

Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:
“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka.. Sesungguhnya Pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Tambahan daripada takzirah semalam:

* kiranya masa orang mandikan jenazah, sebenarnya si mati menjerit-jerit suruh buat semuanya dengan lemah lembut, sebab dia baru saja lepas dicabut rohnya dimana sakitnya sama seperti dicucuk kemudian dicabut balik dengan pedang sebanyak 300 kali.

* lepas saja dimandikan, waktu nak kafan sebenarnya si mati menjerit minta jangan ditutup dahulu bahagian mukanya sebab dia nak tengok muka-muka ahli keluarganya buat kali terakhir.

* waktu kita mengusung jenazah, sebenarnya si mati meraung “janganlah engkau tertipu dengan helah dunia sepertimana diriku yang telah ditipu”

Cerita tentang kematian ni saya ambil daripada blog Love Love Islam tapi tidak sepenuhnya, kalau korang nak baca artikel penuh sila rujuk ke blog ni. Saya cuma ambil bahagian yang ustaz tekankan semalam saja. Betullah orang kata, kalau nak insaf walaupun bukan 100% pergi saja ke majlis ilmu contohnya Halaqah Sentuhan Kalbu. Betullah!!! huhuhuhuhu. Sekian. Sekadar berkongsi ya, maaf kalau terkasar.kuikuikui

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

10 responses to “Kebenaran Mengenai Cerita Tentang Kematian Kita Suatu Hari Nanti

  1. bru tahu psal semua ni..

    tula, kalau ada ceramah masa sklah ponteng,.. kan dah tak tahu pape..

    ish3.. bahaya betol dah saya ni..

  2. saya tahu soal ini dan saya tambah satu pesan ustazah ketika saat kita cium jenazah jangan titiskan air mata sebab akan menyakitkan jenazah…

  3. sebuah kisah realiti yang mampu menginsafkan diri, seperti diperingatkan kembali akan apa yang kita lupa atau hampir lupa, thanks liza

  4. bagus artikel ini mengingat kita tentang kematian yg pasti…. dan larangan memburuk-burkan simati dan mambantu keluarga simati… tq 😀

  5. Thanks sis. saya baru tahu lebih telus macam ni 🙁 .. Takpe yg lepas tu lepas. Ini boleh jadikan pedoman tuk akan dtg. Thanks yeah sbb sblm ni mmg x pernah tahu menyeluruh cam ni hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge