Informasi : Ratib Al-Haddad untuk Mengangkat Darjat Kita

Ratib Al-Haddad merupakan aktiviti bulanan kami di surau. Ratib Al-Haddad? apa benda ni tak pernah dengar? ratib Al-Haddad, bacaan zikir dan Asmaul Husna yang pada saya aktiviti paling best untuk kita umat Islam.

Mungkin tak ramai yang tahu tentang Ratib Al-Haddad ni macam saya mula-mula dulu. Tak apa, nanti dekat bawah ni saya ada sertakan info tak ringkas pasal ratib penun khasiat ni. Baca betul-betul, info tak ringkas ok, hahaha!! Panjang, jadi saya akui memang saya copy dan paste sebab takut salah beri info soal agama adalah sangat bahaya.

Ok, di bawah ini merupakan ringkasan dan sejarah Ratib Al-Haddad. Ringkasnya, ratib ini kira himpunan zikir-zikir dan doa-doa daripada Al-Quran dan hadith Rasullullah S.A.W yang kita sayangi. Ingat lagi lirik lagu Lau kana Bainana Habib yang saya beri? hehehe!! Jujurnya, saya pun baru sertai acara bacaan Ratib ni. Lepas selesai ratib, kita semua akan baca Asmaul Husna dengan berlagu. Tenang, rasa sifat penghambaan yang sangat tinggi ok waktu mengalunkannya. Fuhhh!!!

* Klik bacaan zikir dan doa Ratib Al-Haddad untuk dapatkan bacaan zikir dan doa.

Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).

Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.

Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.

Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen.

Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.

Saya nak hasilkan blog berniche Islamik tapi belum ada modal dan masih buat research, jadi mungkin bolehlah gunakan blog Picisan saya ni untuk kongsikan khasiat Ratib Al-Haddad ni untuk korang semua. Doakan saya kaya sikit, boleh kita sama-sama buat blog khusus. hehehe!!! Kalau tempat korang ada program bacaan Ratib macam ni, cuba sekali.

Saya yakin, korang pun akan jadi macam saya. Addicted!! Apa tidaknya, kita berzikir memuji Allah, kita berdoa dan menyebut nama-nama Allah. Aduh, keras-keras hati manusia pun.. mesti goyah juga bila dengar bacaan yang best sangat daripada Pak Habib yang bawa majlis ni. hahaha! Ya, majlis ratib ni akan dibawa oleh keturunan Habib juga biasanya. Merdu sangat bacaannya 😉

Cubalah, kalau mahu rasa tenang dalam hidup. Untuk pengetahuan korang, Ratib Al-Haddad ni juga diamalkan oleh orang-orang berpengaruh di Malaysia ni tau. Diorang akan panggil kumpulan Ratib ni untuk datang ke rumah diorang SETIAP MINGGU. Untuk apa? Asmaul Husna babe. Kita ingat Allah, Allah naikkan darjat kita. Timbalan Perdana Menteri kita orang Johor kan? Beliau salah seorang yang mengamalkan Ratib ini 😉

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

18 responses to “Informasi : Ratib Al-Haddad untuk Mengangkat Darjat Kita

  1. terima kasih kerna berkongsi….

    Semoga berjaya Lizz….Aku suke info cenggini…Ilmu aku pun masih kurang…

    • Amin, doakan ye. memang teringin nak ada portal or blog pun oklah. yg dapat dijadikan tmpt kumpul “saham akhirat”..aku lagi teruk dari kau kot, kita sama2 perbaiki diri k 😉

  2. untuk bab ini saya juga galakkan liza perbanyakkanilmu agama…pahala tu

  3. Blog ni makin lama makin power. bagus juga kalau buat blog berniche kan islamik.

  4. pergi tak haul al haddad 2011 di shah alam yang lepas?

    tarim, hadramaut. memang satu tempat yang ada kaitan rapat dengan kita di nusantara.

  5. kalo dah publish blog bercirikan islamik kasi sebarkan ya. boleh kawan-kawan disini manfaatkannya 😉

  6. ALHAMDULILLAH, ade jugak blogger yang nak tulis pasal Ratib Al-Haddad nie..:-)

    Lepas nie boleh la tulis pasal Ratib Al-Attas, Wirid Imam Nawawi dan Hizib pulak ye cik liza..

    🙂

    Oil and Gas Blog

  7. menarik jugak ni, diadakan di masjid atau di rumah?

    • dekat surau2 biasanya yang we all join ni. asal kata ada je pak habib yg nak datang, kami pergi.tp, yang macam timbalan PM and pemilik NAZA.. diorang buat jemput habib2 ni dtg rumah terus every week 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge