Ayat Kursi dan Kelebihannya, Pengalaman Sendiri Setelah Mencuba

Ayat Kursi dan Kelebihannya ni saya kongsi sebab saya tengah dengar. Tenang sangat bila dengar Ayat ย Kursi ni ok, saya tak tipu. hahaha! Merdu sangat suara Qari yang baca Ayat Kursi dekat Youtube ni. Orang Arab memang best kalau dengar bacaan mereka.

Dekat bawah video Ayat Kursi yang sertakan ni, saya letakkan sekali informasi berkenaan maksud serta kelebihan kalau kita amalkan Ayat yang maha hebat ni. Saya berani kata sebab, saya amalkan bacaan ayat ni dah setahun (sila gelak kalau mahu. Tak kisah). Waktu tu, memang hidup saya berserabut sangat.

Sebenarnya, sebelum ni ada saya ceritakan juga pasal kelebihan ayat kursi dan cerita saya hafal Ayat Kursi ni beberapa hari sebelum berangkat ke umrah. Tapi, entry ini cerita selepas saya pulang umrahlah kiranya. Ok, saya sambung semula.

Mula-mula saya memang marah sebab kenapa mesti Allah menyerabutkan hidup saya dengan macam-macam masalah. Jujurnya, saya marah. Saya marah sampai tahap tak buat semua perkara yang menjadi kewajipan. Tapi, Allah tu maha penyayang ya. Kita marah, Allah tetap jaga kita.

Tengah otak serabut macam-macam, mak saya cakap “Hafal Ayat Kursi? Kalau tak hafal, baca, amalkan setiap kali lepas solat dan bila free”. Saya diam, tapi disebabkan memang hidup serabut sangat dan sebenarnya saya tak tahu apa yang saya serabut sangat. hahahaha!!! Serious, saya tak tahu cuma hidup macam tak ada hala tuju.

Saya ni spesies suka mencuba. Saya solat dan saya amalkan Ayat Kursi tu banyak-banyak setiap kali lepas solat. Paling buat saya terkejut, bila saya baca ayat ni sampai mengalir airmata. Nampak sangat saya berharap sangat Allah untuk tolong saya “buang” masalah dalam hidup saya. hehehehehe!

Ya Allah, ajaib ya!! Saya baca Ayat Kursi tu baru beberapa kali. Satu persatu masalah saya tu selesai dengan sendirinya. Ada hasil usaha saya sendiri, ada juga yang hasil bantuan orang lain! Seolah-olah, semua orang ringan tulang dan berlapang dada nak tolong saya tanpa saya suruh. Hebatkan Kuasa Allah. Kita jahat, kita kotor, kita marah DIA tapi DIA tetap terima doa hamba-Nya ๐Ÿ˜‰

So, nak paksa korang pun tak ada guna. Cuma, kalau korang tengah ada masalah. Tak kira masalah fizikal atau rohani. Sila ringankan mulut untuk baca Ayat Kursi ni. Kalau tak boleh membaca, dengar. Kita serahkan saja urusan Dunia yang tak termampu kita buat pada Allah ok. Sekian, Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Video Bacaan Ayat Kursi

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul โ€˜Abas alBunni menerangkan: โ€œSesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qurโ€™an)

Full credit to: Blog Junjungan

Oh ya, sambil baca Ayat Kursi boleh juga mendaftar untuk join Contest Gadget Impian anjuran blog Denaihati ok. Tak salah pun, Allah bukan menyekat kita untuk mencuba nasib. kehkehkeh!!! Mana tahu, menang dapat gadget baru ๐Ÿ˜‰

Artikel Berkaitan

24 responses to “Ayat Kursi dan Kelebihannya, Pengalaman Sendiri Setelah Mencuba

  1. Memang banyak kelebihan ayat kursi ni

  2. terbaca kisah perempuan malaysia yg dilindungi daripada cubaan rogol ketika dia di USA sebab sentiasa amalkan baca ayat kursi ni..Dia Maha Kuasa.

  3. memang besar dan byk khasiat surah Kursi nih
    Lagi2 bila dalam keadaan ketakutan dan kesusahan..
    bacalah sebyk mgkn yg termampu…

  4. teringat masa sekolah rendah, ustad cukup tekankan hafafl ayat kursi ni, x lupa sampai sekarang.

  5. Allah maha pengasih maha penyayang. thanks sharing khasiat ni. Anyway Ziyad Patel my fab Qari juga. Mmg superb best dengar tiap hari. Tenang kan? syukur ๐Ÿ™‚

    Jangan serabut2 lg ye.. ๐Ÿ˜€

  6. Ayat Kursi ni memang banyak manfaatnya kalau dilaksanakan dalam sesuatu perkara. Dulu ustaz aku ada ceritakan kelebihan-kelebihan ayat kursi ini. Moga kita semua mendapat berkat dalam mengamalkan pembacaan ayat kursi ini, amin.

  7. yang penting kita YAKIN pada ALLAH

  8. betol2..kita selalu padaNya tapi Dia tak pernah lupa kita.cuma,aku je yang kadang2 lupa Dia..apa nak jadi ngan aku ni..ish3..=p
    lagi satu..Allah takkan membebankan kita dengn sesuatu yang tak mampu kita tanggung..maha suci Allah.

  9. selalu baca ayat Kursi ni sebelum tidur, dan Insya’ Allah mudah untuk bangun pagi solat subuh. Walaupun kekadang tu tidur lambat pukul 3-4 pagi.

  10. emm..jadi..bacalah setiap hari..

  11. kalau dah baca ayat kursi dalam mimpi maknenya dah ada yang jagelah tinggal jage pantang larangnya dan baca setiap waktu

  12. baca dan puasekan ayat kursi313x kalau nasib baik bisa jadi bu bomoh / tok bomoh yang handal dan cekap kalau mau terai tak ade ruginya selamat mencube yeeee jangan marah yeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge