4 Kategori Kaya Pilihan Saya

Assalamualaikum, sibuk pula hari ini sampai tak sempat nak update blog pagi tadi. Tapi, tak apa. Blog bukan priority saya setakat ini, masih ada tugas yang saya perlu selesaikan. hehehe! Hmm, ok tapi tangan kalau dah biasa menaip memang camni lah. Nak jugak kongsi sesuatu. Harap korang dapat sama-sama fikirkan.

Saya baru beli Majalah Solusi dan ada 1 topik yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan korang. “7 Kategori Kaya” tapi saya cuma cukup tertarik dengan 4 kategori saja. hahaha!! Boleh pulak macam tu ya? Korang anggap jelah saya malas nak taip panjang-panjang. wakakaka!

Ok, serious balik. Tak, bukan malas tapi memang saya cuma tertarik dengan 4 kategori kaya ni sahaja. Mungkin sebab saya rasa, 4 kategori ini yang agak penting dalam hidup saya kot. Kalau korang nak tahu lagi 3 kategori tu, silalah beli Majalah Solusi edisi terbaru. weeeee!!!! Oh ya, saya ingat nanti saya daftarkan diri untuk jadi stokis jual buku-buku ilmiah macam ni lah. Nanti korang support ok. hehehe!!

Ok, lupakan soal cita-cita saya nak jadi stokis jual buku ilmiah tu. Ada rezeki, adalah nanti. Ehem, alhamdulilah rezeki daripada hasil jualan EQurban dah dapat. Syukur sangat! Kita berbalik semula pada 4 kategori kaya pilihan saya. Nah, korang baca dekat bawa ni ok. Korang rasa, korang ada semua kategori ni tak?


Kaya Dalaman – Orang yang mempunyai set minda yang sangat positif, harga diri yang sangat tinggi sekaligus mereka ini akan dapat ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

Kaya kesihatan – Kesihatan itu kekayaan. Kalau kita ada semuanya, kita ada pekerjaan, kita ada harta dan kalau kita pemilik negara sekalipun tapi kalau kita tidak sihat, tak ada gunanya. Untuk tips diet mengikut Islam yang paling mudah tapi mujarab, boleh baca Tips kuruskan Badan Free.

Kaya Perhubungan – Ada orang, dia kaya harta tapi malangnya perhubungan dia dengan keluarga, kawan-kawan dan orang keliling tidak sekaya hartanya. Tak ada makna kot kalau ada duit billion-billion tapi dalam family, asyik bergaduh je. Kan? Ada kawan, tapi kita pandang bila perlu sahaja. Ingat, jangan “gunakan” manusia lain 😉

Kaya Pengalaman – Saya suka dengan orang yang kaya dengan pengalaman hidupnya. Banyak benda kita boleh belajar dari pengalaman orang lain, baik pengalaman baik mahupun yang buruk. Pengalaman macam ni bagus ok untuk kita gunakan sebagai cara untuk muhasabah diri dan untuk perbaiki diri kita lah kan.

Hmm, macam mana? Antara 4 kategori kaya dekat atas ni. Saya paling terkesan dengan kategori KAYA DALAMAN. Kenapa? Mungkin, sebab pada saya kalau kita ada harta, kita ada kesihatan fizikal, kita ada perhubungan yang baik dengan semua manusia tapi hakikatnya dalaman kita masih di tahap “bawah” di mana kita tak boleh nak kawal diri kita…susah juga.

Soal dalaman ni pada saya penting sangat. Spiritual adalah sesuatu yang boleh beri kesan dalam hidup kita ok. Kalau tahap spiritual korang tinggi, hidup korang akan terarah pada keadaan dan cara hidup yang positif tapi kalau taha spiritual korang agak rendah, haiya!! Memang payah!

Korang rasa macam mana? Sama ke pendapat macam saya atau mungkin korang rasa kaya kesihatan lagi penting?

Artikel Berkaitan

19 responses to “4 Kategori Kaya Pilihan Saya

  1. yup.dalaman itu penting..even nak berjaya dalam bisnes pun,dalaman kena kuat.kalau tak,habislah kena tembak dengan pesaing 😀

  2. kaya di akhirat.. tak mau ke cik liza 😀

  3. saya suka kaya pengalaman…sebab semua perlu pertama kali kan….

  4. fuhh semua kaya ni penting kot. bila gabungkan semua lagi la membuatkan seseorang tu bertambah ‘kaya dengan bahagia’ cewah ayat~~

  5. kaya dalaman memang mampu beri kesan yg besar tp sukar dilakukan kebanyakkan org, bnyk benda negatif sekeliling kita contohnya rakan rakan 🙂

    • agreed. sebab tu kena perbaiki diri, kena mula untuk cari kawan yang betul. tapi, tak bermakna tak boleh kawan dengan orang2 yang negatif. perlu juga, mana tahu dapat bimbing dia sekali 😉

  6. Wahhh nice-nya 4 kaya ni.. Saya pun nak keempat2 kaya ni sis. Sangat penting.. Kdg2 mcm ada x lengkap dari 4 ciri di atas bila muhasabah diri sekejap 🙁 . Saya cuba perbaiki 🙂 thanks thanks!!

  7. NAK KAYA DUIT LAH PULAK..HE HE

    PSSTT: anyway liz, anda telah di WAKENATAG, SEMOGA SUDI SUDIKAN DIRI UNTUK MENJAWABNYE YE

  8. kalau nak kaya semua tu boleh tak?huhu…tamaknya 😛

  9. Yup. memang benar dan tepat sekali. kadang kaya sebab harta memang takkan kemana kalau melalui kehidupan @ gaya hidup yang kurang sempurna. Sebenarnya setiap apa yang dilakukan kenalah seimbang. Kalau tak, sebab itu bila kaya tapi ada sahaja yang tak kena…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge