Sinopsis Sinetron Nada Cinta Di Astro Ria

sinopsis sinetron nada cinta

Sinopsis Sinetron Nada Cinta ni saya “curi” diblog Dauspozi. Sinetron Nada Cinta saya dah tengok beberapa episod dan ternyata Sinetron Nada Cinta ini dah buat saya balik kerja awal gara-gara nak tengok.hahahaha!

Agak hampeh ya di situ. Mula-mula memang tak nak tengok pun inopsis Sinetron Nada Cinta ni tapi bila sekali dah tertengok, alah memang akan tak boleh nak buat apalah kan. hehehehe. Macam sinetron-sinetron sebelum ni, rasanya sama je jalan ceritanya.

Akan ada watak perempuan baik dan teraniaya, lepas tu ada watak geng perempuan yang jahat super. Cuma, apa yang buat Sinetron Nada Cinta ni lain daripada yang lain ialah cerita ni ada sikitlah berkonsepkan musical drama gitu. Tapi, tak banyaklah. Sikit-sikit je. Jom layan sinopsis dulu meh!!

Sinopsis Sinetron Nada Cinta Di Astro Ria

Faris adalah anak orang kaya yang bercinta dengan Rina, seorang guru muzik dari keluarga biasa. Hubungan ini dihalang oleh Tirta, bapanya. Faris dipisahkan daripada Rina dan dipaksa berkahwin dengan Nia. Sementara itu, Rina mendapat tahu bahawa dia mengandung dan melahirkan bayi perempuan. Tapi malangnya bayi perempuan tersebut diculik oleh adik Nia dan dibuang di pusat jagaan kanak-kanak.

17 tahun kemudian… Nada, bayi perempuan yang dulu dibuang oleh adik Nia, kini membesar menjadi remaja yang cantik dan sangat mencintai muzik. Nada berhasrat untuk bertemu dengan ibubapa kandungnya yang entah di mana. Nada bertekad untuk melarikan diri ke Jakarta.

Ketika tiba di Jakarta, Nada nyaris dilanggar kereta tetapi berjaya diselamatkan oleh Rina. Sayangnya mereka tidak saling mengenali. Kini, Nada bergabung dengan penyanyi jalanan dan membangunkan warung di depan sekolah mewah, di mana ibunya iaitu Rina mengajar muzik.

Nada kembali bertemu dengan Rina. Minat yang sama terhadap muzik membuatkan mereka semakin rapat. Sementara itu, Ricky, pelajar kegemaran di sekolah mewah tersebut, terpesona dengan bakat nyanyian Nada. Ia membuatkan Rasty, kekasih Ricky, cemburu dan ingin menghancurkan kehidupan Nada. Rasty selalu berusaha untuk menyingkirkan Nada dari hidup Ricky.

Kemudian diketahui bahawa Rasty sebenarnya adalah anak kepada Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada yang merupakan adik beradik tiri akan berebut untuk mendapatkan cinta Ricky seperti kedua ibubapa mereka dulu?. Saksikan sinetron Nada Cinta di Astro Ria, mulai 27 September 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang.

Sumber: Sinetron Nada Cinta Di Astro Ria | Dauspozi (Dot) Com

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

7 responses to “Sinopsis Sinetron Nada Cinta Di Astro Ria

  1. drama sinetron nie macam dah kurang digemarila sis sebab cerita melayu semakin berkualiti…

  2. aku mang tak suka sinetron2 neh..huhuh

  3. HANANIE MAISARAH

    AKU SANGAT SUKA TENGOK NADA CINTA,SATU EPISOD PUN TAK PERNAH TINGGAL.RANDY DAN MIKHA MEMANG SECOCOK.I LOVE NADA CINTA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge