Sinopsis Filem Klip 3GP dan Pandangan Saya Yang Kurang Arif

Filem Klip 3GP sudah berada di pawagam hari ini. Filem Klip 3GP? Apa komen korang semua ya? Klip 3GP, nama filem pun kita dah boleh agak serba sedikit kan jalan ceritanya. Tapi, saya mungkin tidak akan menonton filem ini di pawagam. hahahahaha!

Kenapa saya tak akan tengok filem 3GP ni dekat pawagam? Pertama, saya tengok video trailer dia je saya dah tutup mata separuh. Malu pula tengok perempuan tergelek-gelek tu. Tapi, saya tak kata apa-apa sebab saya tak tengok lagi kan cerita ni. Cuma, saya secara personal rasa malu. Jadi, segan nak tengok dekat pawagam.

Kedua, saya kurang selesa dengan tajuk filem 3GP ini. Tajuk ni memang boleh “paksa” peminat dan kaki-kaki layan video klip ni datang ke pawagam. Lagi-lagi, anak remaja kita. Entahlah, sekali lagi walaupun mungkin dalam filem ni akan ada pengajaran diakhir nanti tapi saya sebagai orang Islam rasa kurang selesa dengan cerita berunsur macam ni. Agak keterlaluan kot.

Wallahualam. mungkin penerbit dan pengarah Filem 3GP ada sebab dan asalan mereka tersendiri untuk terbitkan filem bergenre ini. Apa-apapun, pelakon untk filem ni sangat mengujakan saya woo. Zahiril Adzim yang memang menjadi kegilaan wanita-wanita sejak muncul dalam drama Juvana dan Sara Ali pula si comel yang pada saya sangat berbakat. Lihat saja aksi Sara dalam filem Penunggu Istana yang penuh kontroversi itu. Lakonan dia hebat!!!

Apa-apa pun, setakat nak berkongsi sinopsis filem 3GP tak salah rasanya. hehehehe! Selamat menonton kepada mereka yang ingin menonton dan ambillah yang baik-baik saja daripada filem ni dan selebihnya kita abaikan saja. Enjoy ya!!

Sinopsis Filem Klip 3GP

Eddie pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya.. tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah menjadi mangsa kepada ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.

Lebih dari itu, Sandra satu hari telah diperkosa beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Tajuk Filem: Klip 3GP

Pengarah: Aidil Fitri
Penerbit: Primeworks Studios Sdn Bhd
Dipawagam: 13 Oktober 2011
Pelakon Klip 3GP:
Zahiril Adzim
Sara Ali

Full credit: mygossip

Psss, sorry saya tak letak poster filem Klip 3GP sebab tak sanggup tengok gambar perempuan depan tu. hehehehe! Tapi, korang boleh search dekat Google if mahu. Tak ada masalah, semuanya di atas masing-masing.

Artikel Berkaitan

17 responses to “Sinopsis Filem Klip 3GP dan Pandangan Saya Yang Kurang Arif

  1. hahah bukan aje liza..aku pon tak kan pergi tengok..tak ada faedah langsung..macam menggalakkan golongan yg suka rakam2 benda2 ni kan..macam di SOKONG! siap buat filem.huhuhu…pe nath kualiti filem kita sekarang…baik buat filem Twitter lg faedah kot.hahaha

    • huhuhhu.itulah,aku pun dok fikir kenapa lah nak kena buat filem ni sebab akan bg idea budak2 yang xtahu mende ni utk amik tahu. google keyword ni,keluar gambar ape -..-

  2. Serba salah rasa ye, xnak tgk tp ada zahiril adzim.. nak tgk tapi rasa malu. hehe.. dugaan?

  3. bagi aku, promosi diorang menjadi. Haha..

    tapi aku tak tengok lagi..rasa macam malas tengok pun ada..

  4. tak nampak keperluan untuk filem ini diterbitkan.apa lagi disiarkan

  5. betul tuh..aku walaupun lelaki..tngk tajuk dah rase kureng…lagi satu maklum lar cite melayu..

  6. kalau tengok video clip, antara filem melayu yg terlampau masa ni kot.

  7. saya pon x tgk citer ni, download jer kot, hehhee

  8. Apa motif filem ni boleh lepas untuk tayangan pun, tak faham tapi yang pasti, takkan tengok cerita ni samada wayang or even downlod to my laptop. Boleh hilang ilmu 40 hari tengok cerita cenggini~

    Tu satu hal, filem ni pun membahayakan bebudak, contohlah, someone try nak google review filem ni. Result atas google hantar blog lizarazak.com, bawah result dia klip 3gp yang merata dekat blogspot tu. Tak ke yang bawa tu jadi tarikan utama, bak kata member, alang-alang dah google klip 3GP, buat apa tgk yang lakon. takde thrill. nak yang real sajer. Haha~

    Btw, citer ni memang kureng lah.

  9. cerita apa ni? dah lama tak layan cerita melayu?

    ok baru tengok trailer filem ni kat http://www.mygosip.com/2011/10/filem-klip-3gp.html

    erk ganasnya..

  10. iklan klip 3gp yang ditayangkan di siaran tv pun sy dah segan dah nak tengok lagi2 masa tu seisi keluarga sedang berada depan tv.. belum lagi nak menontonnya..

  11. best sangat ke cerita nih??

  12. sebenarnya kalo kita tengok filem2 yang lama, cth zaman 70an-90an banyak filem yang boleh dikira kontroversi. agak susah kita nak ubah trend filem tempatan ni sebab dah dari dulu macam tuh.

  13. Review yang baik! Jom baca review kami pula di sini = Review Klip 3gp Kakiwayang.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge