Samsung Galaxy SII – Telefon Bimbit Terbaik 2011

Samsung Galaxy SII dinobatkan sebagai telefon bimbit terbaik. Hebatlah Samsung Galaxy SII ni kiranya kalau dah menang kan? Tahniah untuk pencipta telefon bimbit Samsung Galaxy SII!

Saya nak beli juga Samsung Galaxy SII ni, tapi apakan daya tak mampu sebab mahal sangat, jadi saya cuma beli Samsung Ace. hahahaha!! Saya ada buat entry perbandingan Samsung Galaxy SII vs Samsung Ace ni dulu.

Saya dah join giveaway paling mudah just share entry dan
hadiahnya Samsung Galaxy S11!! Korang bila lagi?

Oklah kan? Saya lebih suka design Samsung sekarang ni. Iphone pun saya suka, kalau boleh nak juga iPhone 4S yang baru dikeluarkan tu tapi duit tak cukup. Apa-apapun, jom kita tengok antara pemenang-pemenang yang tersenarai dalam Anugerah T3 bagi tahun 2011 yang dikongsikan Portal Berita Terbaik Mynewshub.my. Jom layan!!!

Gadget Terbaik Tahun 2011: Microsoft Xbox Kinect

Ia adalah barangan pengguna tahan lama yang paling pantas dijual sepanjang zaman. Mengguna alat pengesan gerakan, Kinects menghubungkan anda ke dalam permainan komputer untuk membolehkan anda mengawal dan berinteraksi dengan permainan maya tanpa perlu menyentuh pengawal (controller) game.

Komputer Terbaik: Apple Macbook Air 11 Inci

Apple Macbook Air 11 Inci menewaskan pesaing daripada Samsung dan Sony untuk dinobatkan sebagai Komputer Terbaik 2011. Dengan RAM 4GB yang begitu mengagumkan dan alat penyimpanan SSD, MacBook Air bukan sahaja pantas tetapi menawan mata yang memandang.

Gadget Commuter: Amazon Kindle

Alat pembaca buku elektronik oleh Amazon, Kindle dinamakan gadget commuter (pengulang-alik) terbaik tahun ini menewaskan iPAD dan iPhone. Dengan berat yang kurang daripada kulit buku yang lembut, Kindle mampu memuatkan sehingga 3,500 buah e-buku, manakala fon halusnya membolehkan ia dibaca walaupun dalam persekitaran cahaya terang-benderang.

Tablet Terbaik: Apple iPad 2

Tidaklah memeranjatkan bahawa Apple iPad 2 memenangi anugerah Tablet Terbaik 2011. Ia telah menguasai pasaran walaupun bergelut dengan persaingan sengit daripada Samsung dan alatan berasaskan teknologi Android yang lain. Apple memperkukuhkan iPad2 dengan dual pemprosesan ARM A5 yang secara dramatik memperbaiki mutu tablet yang digerakkan dengan ios.

Telefon Bimbit Terbaik:Samsung Galaxy SII

Samsung Galaxy SII berjaya menewaskan iPhone 4 untuk merangkul gelaran yang diburu banyak pihak, Telefon Terbaik. Antara kelebihan telefon itu ialah ia dipacu dual-teras 1.5 GHz processor, paparan 4.3 inci, technology wave and pay dan kelajuan muat turun 4G.

Televisyen Terbaik: Samsung UE55D8000

Samsung sekali lagi membuktikan kemampuan mereka menghasilkan set televisyen yang terbaik. Samsung UE55D8000 memboleh penonton melayari Youtube, Facebook, Twitter menerusi pelbagai aplikasi televisyen. Bentuknya yang amat nipis dengan diskong ciri-ciri 3D dan HDMI secukupnya mampu memuaskan hati sesiapa sahaja.

Gadget Kerja Terbaik: RIM Blackberry Bold 9780

Berhadapan dengan persaingan yang begitu sengit daripada Apple, Samsung dan HTC, Blackberry Bold 9780 diundi sebagai Gadget Kerja Terbaik 2011. Telefon ini dengan sistem operasi Blackberry OS terbaru memiliki elemen multimedia dan multisentuhan yang lebih baik.

Anugerah RekabentukT3 : Apple MacBook 11 Inci

Apple MacBook 11 Inci menewaskan pesaing daripada notebook Samsung Series 9 untuk merangkul gelaran itu. Dengan RAM 4GB dan penyimpanan pacuan SSD, MacBook Air bukan sekadar pantas, tetapi amat menarik.

Kamera Digital Terbaik: Canon PowerShot G12

Ia menewaskan Fuji Finepix X100, Olympus E-PL2 dan Nikon D3100. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10 Megapiksel berserta perakam video 720HD.

Aksesori Gadget Terbaik: Kad Eyi-Fi Pro X2

Kad ini mampu menampung 4,000 gambar atau kandungan video selama 3 jam dan mampu sambung terus ke rangkaian Wi-Fi anda.

Gadget Permainan Komputer Terbaik: Microsoft Xbox Kinect

Menggunakan alat pengesan pergerakan, Kinects menjadi anda sebahagian daripada game kerana membolehkan pemain mengawal dan berinteraksi dengan game tanpa memegang alat kawalan.

Gadget Musik Terbaik : Monster Beats oleh Dr. Dre Pro Studio

Diperbuat daripada rangka aluminium dan amat ringan, Monster Beats menerima anugerah gadget musik terbaik

Gadget Kegunaan Di Rumah Terbaik: Philips Airfryer

Daripada menggunakan lemak untuk memasak kentang goreng, alatan dapur berevolusi ini memasak dengan menghangatkan udara. Airfryer menggunakan teknologi Rapid Air yang membolehkan makanan-makanan dimasak tanpa menggunakan lemak.

Inovasi Terbaik: Razer Switchblade

Revolusi seterusnya untuk permainan komputer sudah hampir.

Perkhidmatan Digital Media Terbaik : Twitter

Twitter muncul perkhidmatan terbaik menewaskan Facebook dan Youtube kerana aplikasinya yang digunakan secara meluas dalam iPhone, Android dan iPad.

Aplikasi Terbaik: Flipboard

Flipboard adalah aplikasi percuma yang merevolusikan cara pemilik iPads menggunakan bahan digital dengan menghasilkan majalah peribadi untuk para penggunanya dari pelbagai sumber feeds.

Personaliti Gadget Tahunan: Mark Zuckerberg

Dengan lebih 500 juta pengguna, pencipta Facebook ini dipilih sebagai personaliti tahun 2011.

Peruncit Tahunan: Amazon UK

Jenama Teknologi Tahunan: Google

Sumbangan Luar Biasa Kepada Bidang Teknologi: Sir David Attenborough

Teringat dekat mendiang Steve Jobs yang meninggal baru-baru ini akibat kanser.  Memang beliau bukan yang mereka telefon bimbit Galaxy Samsung SII ni tapi beliau tetap ada kaitan untuk entry ni sebagai “bapa inovasi” dalam bidang teknologi.

Artikel Berkaitan

17 responses to “Samsung Galaxy SII – Telefon Bimbit Terbaik 2011

  1. blogger terbaik siapa pula? Hehehehe

  2. mane ada iPhone 4GS liza oit….

  3. Bru je pgi beli HP ni mggu lpas.. hak3

  4. Mmg best pun phone tu, tp x berapa minat sgt. Wife adala pakai tp mcm tu je la.lambat laun mcm akan bosan je. dia mcm astro la, bayar banyak cenel pun byk, alih2, tak tgk semua pun. Sekadar pendapat.

  5. Sob2…belum ada duit sambar mana-mana satu pun.

  6. aku terpaksa mengaku, steve juga salah seorang lagenda yang cukup kacak. huh..

  7. tetiba bercita2 nak beli apple macbook..miahahaha

  8. Telefon mahal-mahal pun, hanya utk telefon, sms dan facbook aje.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge