Resepi Nasi Mandi atau Nasi Mandhi. Mesti Cuba!

Resepi Nasi Mandi @ Mandhi ni saya saja nak share. Nasi Mandi ni saya baru je makan semalam, best! Tapi resepi nasi mandi bukan daripada saya ok tapi saya cari dekat internet untuk kongsi dengan pembaca blog ni.

Resepi nasi mandi diambil daripada blog Resepi Raidah tapi agak panjang sikitlah resepi ni tapi kalau korang rajin, cubalah! Saya rajin kongsi je tak rajin nak buat. hahahaha!! Kalau nak makan, saya pergi restaurant je. Selain Hawdramawt restaurant, saya dah cuba makan nasi mandi di Parsian Restaurant. Best!



Selamat maju jaya untuk cuba resepi nasi mandi ni ok!! Kalau dah berjaya, share lah gambar.hahahahaha!!!!

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Full credit to blog Resepi Raidah

Susah kan kalau baca resepi nasi mandi ni??? Memang tak lah saya nak buat. kikikikikiki. Korang cubalah! Kalau rajin nak tunjuk teror lagi, bolehlah cuba resepi nasi katok Brunei pulak. hehehehehe

Artikel Popular

24 Comments

  1. topo says:

    somehow aku memang tak berapa gemar nasi mandhi ke madghoot ke kabsa ke ape-ape lagi la nasi-nasi arab yang lain sebab dia macam kering je takde kuah. tekak melayu beb makan kena ada kuah haha

  2. eiyda says:

    tengok gambar dah tau sedap…heeee..

  3. Mcrapu says:

    Last week my GF made nasi minyak. Dunno what got into her to cook for me out of the sudden. Maybe i should ask her to try this since we enjoyed it so much when we visited Shahara Tent

  4. fadzioriq says:

    cam mantap je tgk~hoho

  5. kopisoda says:

    boleh tahan pelik & unik jugak nama nasi ni. tapi yang penting mesti sedap kan? ;)

    • Lizz says:

      tak pernah try ke? nasi ni we all try masa pergi umrah aritu.pastu bila balik, sibuk cari nasi ni kat hadramawt. tengok cam nasi minyak tapi rasa die lain.

  6. macam nasi minyak je :P

  7. Fakarepain says:

    terus lapar.. nk pergi kedai r kejap.. huhu

  8. Amirez says:

    tengok ayam tu nampak macam sedap je. tapi takde kuah ek? takpe..boleh taruk kicap kipas udang hehe

    • Lizz says:

      nasi mandhi ni kering.tak ada kuah tapi biasalah tekak orang melayu nak kuah jugak.so,biasanya we all order roti arab skali and amiklah kuah dal die.hahahahaha

  9. Denaihati says:

    memang sedaplah. kat tempat kite susah nak dapat rase yg sama mcm kat sane tu.

    • Lizz says:

      memang tapi biasanya kalau pergi restaurant yang chef nyer dari timur tengah insyaAllah best sama jugak macam makan dekat mekah.hehehe

  10. titan says:

    aku tunggu ko belanja aku aje nih. haha..

  11. Esempoi says:

    peh sedapnya..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge