Raya Haji 2011 Tarikh Akhir Tempahan Qurban di Kemboja

Raya Haji 2011 tidak lama sahaja lagi kan? Raya Haji 2011 ni sesiapa yang nak buat korban dan akikah bolehlah buat tempahan Qurban di Kemboja melalui website E-Qurban . Sambil tu, bolehlah juga bersedekah untuk umat di Kemboja kan?

Mudah sangat urusan korban dan akikah melalui website E-Qurban ni sebab semua pesanan korban secara online. Kira senanglah untuk Raya Haji 2011 ni. Dulu, ada juga antara keluarga saya yang buat tempahan. Memang senang sangat. Waktu tu tiba-tiba je terasa nak buat korban untuk keluarga, lepas tu cari informasi pasal E-Qurban ni terus malam tu juga urusan selesai.

Sebenarnya, buat korban dan akikah ni dekat mana-mana pun boleh. Tak kira Raya Haji 2011 atau bila-bila, tak ada salahnya. Cuma, pada saya yang tak berapa pandai ilmu agama ni. Kita boleh fikir logiknya juga. Kalau kawasan rumah kita tu rata-rata orang berkemampuan dan memang dah ada penduduk lain yang ambil tempahan korban dan akikah. Kita beralah.

Fikirka juga nasib saudara-saudara seislam kita di Kemboja yang pada saya lebih memerlukan sumbangan korban dan akikah ni. Lebih besar maknanya kot. Mereka semua tu bukan macam kita dekat Malaysia yang cukup makan minum. rasanya, dapat sedikit daging korban pun da cukup buat diorang semua gembira.

Tapi, apa-apapun macam saya katakan sebelum ni. Terpulanglah. Tiada paksaan dalam melakukan ibadah dalam Islam ni. Kalau berminat nak buat korban dan akikah di Kemboja, bolehlah buat tempahan di website E-Qurban. Dekat bawah ni, saya sertakan sedikit maklumat tentang korban dan akikah untuk panduan kita bersama ok.

Saya ada terdengar tentang cerita ibadah korban dan akikah di Radio IKIM baru-baru ni. Ustaz tu cerita, ada seorang hamba Allah ni dia datang jumpa ustaz dan mengadu tentang hal isteri dan ibunya (ibu si lelaki) selalu bergaduh. Dia bertanya pendapat ustaz cara nak baikkan mereka ni

Ustaz tu sarankan pada lelaki tu “lakukan korban dan niatkan untuk isteri dan ibu kamu”. Dipendekkan cerita, lelaki tu terus buat tempahan dengan jumlah yang agak besar (saya dah tak ingat berapa ekor). Lelaki ni memang hartawan. Selang beberapa hari selepas lelaki ni buat tempahan (belum dilakukan korban tu, baru buat tempahan) dia call ustaz tu.

katanya, tiba-tiba saja isteri dan ibu beliau sudah berbaik antara satu sama lain seperti tidak pernah terjadi perselisihan faham sebelum ni. Ustaz tu terangkan pada lelaki tu, itu semua mungkin hikmah dengan ibadah korban yang dia lakukan. Wallahualam.

p/s: Tarikh lihat anak bulan untuk raya haji 2011 dah tahu kan? Selamat Hari Raya Haji 2011 semua!! hehehehe. Tak sabar nak sambut

Artikel Berkaitan

13 responses to “Raya Haji 2011 Tarikh Akhir Tempahan Qurban di Kemboja

  1. info e-qurban ini elok diketengahkah biar ramai tahu boleh kita buat korban dan aqiiqah di kemboja, baru-baru ini somaliland dan sekarang hotfm pun tengah war-war untu buat korban dekat firma dia…

  2. Assalamualaikum.. Ingin berkongsi satu cerita di sini.. Baru-baru ni, semasa eQurban buka booth di “Program Bersama Masjid Al-Falah & TV9”, ada seorang kakak datang buat tempahan qurban.. kakak tu juga meluahkan rasa sedih dan terkilannya bila melihat ada beberapa pihak pengurusan ibadah qurban di Malaysia ni tak menguruskan qurban dengan betul hingga berlakunya pembaziran daging..

    Di Kemboja, ramai saudara kita yang hidup dalam keadaan serba kekurangan; jauh lebih susah daripada rakyat di Malaysia hari ini.. Pihak eQurban dengan kerjasama Koperasi Muslim Kemboja akan mengagih-agihkan hasil qurban tersebut kepada mereka2 yang lebih memerlukan. Dengan bantuan Koperasi Muslim Kemboja yang lebih memahami keadaan hidup rakyat di sana, insyaAllah urusan qurban dan pengagihan daging qurban akan dilakukan dengan sebaik mungkin dan akan elakkan daripada berlakunya pembaziran..

    • terima kasih sudi berkongsi cerita di sini. memang betul, keadaan mereka lebih memerlukan daging korban. di tempat saya ni pun, kadang2 1 umah sampai 3 plastik dapat. lepas tu, xtau nak buat apa. huhuhuhu. nak bagi haiwan mmg tak boleh sebab daging korban. sebab itulah, kita kena beri pada mereka yg betul2 memerlukan

  3. hari tu ade pergi event eQurban.. ramai betul orang datang booth eQurban buat tempahan.. upin ipin pon ade.. tapi upin ipin lalu depan booth jela.. budak2 dok kejar diorang kat belakang.. haha..

  4. hm…kalau ada rezeki saya akan buat

  5. thun ni saya berkorban tak balik ke kampung halaman untuk kali ke-3 berturut- turut.. huhu

  6. memang benar tu.. tiada paksaan untuk berkorban..
    tapi kalo ada rezeki lebih.. sangat bagus korban nie..
    insyaAllah nanti rezeki akan bertambah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge