Part 1: Blogger vs WordPress, Mana Satu Lebih Berkualiti?

Blogger vs WordPress. Topik ni kita dah biasa baca kan? Blogger, platform percuma manakala wordpress platform berbayar sebab kita perlu keluarkan kos untuk hosting. Mana satu yang lebih berkualiti ya? Blogger vs wordpress. Siapa yang menang? hahahaha!

*Hosting terbaik mengikut pengalaman saya ialah Serverfreak

Dalam entry Tonton Full Episode Drama Tahajjud Cinta Online, saya ada buka peluang untuk sesiapa tanya berkenaa blog dan nampaknya ada seorang yang bertanya tentang blogger vs wordpress. Hmm, jadi ini yang saya dapat kongsikan buat masa ini! untuk kelebihan dan kekurangan, nanti saya akan tulis entry baru.

Blogger vs WordPress


Post editor

Blogger dan wordpress keduanya membenarkan kita untuk upload gambar kan? Tapi, bezanya sekiranya korang guna blogger. Korang cuma boleh upload gambar sahaja manakala kalau korang guna wordpress dengan mudah dan pejam mata (ok,ayat nak bagi panas) boleh upload file, gambar dan lagu. hehehehe!! Best!

Themes

Themes merupakan sesuatu yang sangat penting untuk “attract” pembaca berkunjung ke blog kita. Lagi-lagi, untuk kunjungan kali pertama. Blogger, memang banyak themes yang menarik. Korang boleh cari dengan mudah sangat. WordPress pun sama, ada banyak themes percuma. Apa yang membezakan themes blogger dan WordPress? Theme wordpress jauh lebih elegan dan nampak proffesional (sesuai untuk perniagaan)

Features

Apa yang blogger dan wordpress sediakan untuk pemiliknya? Ok, simple. Blogger ada 1 je rasanya. Template designer, di mana owner dibenarkan untuk “design” sendiri theme blog ikut kesukaan diorang. Manakala, wordpress pula ada features yang SANGAT MENARIK yang mana tidak boleh didapati sekiranya korang guna blogger. Plugins! (senang hidup guna plugins wordpress ni)

Ruang Komen

Bila kita menulis entry, biasanya akan ada pembaca yang meninggalkan komen. Untuk blogger, disebabkan tak ada plugins yang boleh handle komen-komen yang masuk, kebarangkalian untuk dapat komen berbentuk SPAM tersangatlah tinggi. Tapi, kalau korang guna wordpress akan ada plugins yang kita boleh guna untuk handle komen-komen yang masuk. Sekurang-kurangnya, kalau ada “robot” yang sibuk nak Β menyepam komen kita tu kiranya belum tentu lagi lepaslah.

Navigation

Setiap kali kita post entry baru di dalam blogger, ianya akan ditanda dengan Β “label” untuk memudahkan pembaca blog kan? Tapi, kalau guna wordpress pula. kita akan guna “category dan tag”. Kalau korang nak tahu, tag ni adalah sangat penting ya untuk ambil hati si Google tu. Tag=keyword biasanya sama dan sangat penting dalam elemen SEO.

statistik blog

Statistik blog adalah sangat penting kalau korang nak cari sedikit pendapatan daripada blog ok. Kiranya bukti yang kita boleh beri pada advertiser untuk menyakinkan diorang untuk beriklan diblog kita. Tapi, untuk yang ini blogger dan wordpress tak ada masalah. Cuma, kalau guna wordpress macam saya katakan tadi ada banyak plugins (saja kasi panas.hehehehe) termasuk untuk statistik ni. Just install dan selesai! Kalau blogger pula, kita perlu guna tools daripada webiste lain dan daftarkan blog kita. Tapi, biasanya features agak limited (ikut pengalaman saya)

Search Engine Google

Ok, yang ini memang saya cakap awal-awal blogger paling best. Blogger dengan Google sedarah sedaging. hahahaha! Memang agak mudah untuk “tackle” Google kalau korang guna blogger berbanding wordpress tapi rileks sebab macam saya sebut tadi, wordpress ada plugins untuk membantu.weeeee!!!! (nak menang juga!!)

Storan gambar

Heh! Blogger ada limit ya sekirannya korang nak upload gambar. Saya tak ingat berapa besar yang dia beri tapi semestinya wordpress lagi best sebab boleh upload seberapa banyak gambar as long as storan yang kita dah buy tu mencukupi lah.hehehehe!

Apa lagi ya perbezaan Blogger vs WordPress? Nanti kalau saya ingat, saya akan tambah lagi dan kalau korang ada idea nak tambah bokeh kongsi dalam ruang komen ya! Selepas ini, baru saya tulis entry berkenaan kelebihan dan kekurangan penggunaan blogger dan wordpress pula.

Kalau orang tanya saya, blogger vs wordpress siapa menang, sah-sahlah saya jawab wordpress sebab saya kan pengguna wordpress!hahahaha. Apa-apapun, untuk pengguna wordpress mungkin boleh baca entry tips penting untuk pengguna wordpress

P/S: Dah habis baca entry blogger vs wordpress? Ok, bolehlah baca entry hangat hari ini iaitu Top 10 Outgoing Links September 2011, (Gambar) MyKad Baru Tahun 2012 dan Blogger Cabar MP Shah Alam Bertumbuk!

Artikel Berkaitan

58 responses to “Part 1: Blogger vs WordPress, Mana Satu Lebih Berkualiti?

  1. aku suka part Label,tag,category tu.Contoh, time awal2 bloggin dulu tahun 2005,buat category ‘about me’.sbb nk simple la katakan.tiba2 dah 2011.dah macho sikit bloggin.blog Malay, tp category Bi.hilang la macho.so nak tukar.jadi ‘peribadi’.Kalau WP, boleh edit sekali je ‘about me’ tu, nanti semua post akan automatic tukar sekali.tapi kalau blogspot.waaaa.kena edit satu-satu wooo. tapi aku mmg suka wp lg, sbb ada category&tag. blogspot ada labels je. -boleh paham ke apa aku tulis?- >.<

    "Hidup blogger..!"

  2. Jom ke wordpress, tapi Hanis Zalikha rileks je guna blogger..:p

  3. Dulu pun bermula dengan blogger.. tp skrg lebih selesa dengan WordPress. Blogger hanya guna utk buat dummy post. πŸ™‚

    Yg tak best mengenai blogger ialah bahagian komen.. tak mesra pengguna.. susah nak tahu jika ada org reply komen kita.

    Lagi best sistem komen utk wordpress punya.

  4. saya sokong sebab saya pon wordpress jugakkk, hehehe

  5. luahan rasa peminat tegar wordpress… hihi

  6. memang wordpress tip top condition…

  7. masing2 ade keistemewaan, tp wp ade sedikit kelebihan. pape pun majulah blogger untuk negara πŸ˜€

  8. macam piratz pernah cakap…wordpress ni kalau orang yang trafik tinggi memang kena spend duit lebih sebab bandwidth sesuai untuk golongan traffik sederhana macam saya haha…

    • yang itu memang betul. setuju sebab blog ni lately adik kena add bandwidth bila nak hujung bulan tapi now tak dah. Serverfreak yang baik itu dah sediakan pakej baru. so far tak ada masalah.

  9. nak tanya, awak guna hosting apa ye? thanks πŸ˜‰

  10. mana bolehhh…blogger la menang.hehehe

  11. Kesian budak blogspot kena boooooooo….

    =)

  12. severfreak memang hosting terbaik…tak pernah memberi masalah…

  13. wodpress self hosted. Yang lain tak best. hehe..

  14. kalau pakai blog dot com sendiri memang nampak lebih pro la kan….hehehehe

  15. Aku dulu guna blogger… tapi sekrang yezaa WP lagamaknya..

  16. gunalah apa pun, wordpress, blogspot, joomla, drupal, selfcode cms atau apa saja, yang penting, etika perlu ada.

    itu sudah cukup bagi aku hehehe.

    p.s aku rasa aku sudah mula malas menulis. tapi lebih kepada photoblog, ramai yang kata baik turun semula ke blogspot atau tumblr. tapi entah lah.

  17. prefer fivio coz dah terbiasa
    nak dot com haruslah dengan wp
    aku sampai skrg masih guna wp dan blogger

  18. Wp byk plugin yg best2..tu yg lekat trus guna WP..hehe

  19. neo

    dulu bermula dgn blogger jg – nak belajar apa tu blog…tp dah mula suka dgn blog & byk kelebihan WP betukar sampai skg…

    WP mmg terbaik sbb blog platform, letak ketepi soal penulisan dan sebagainya..

    ulasan yg baik cik lizz

  20. rasanya semua tu bergantung kehendak kepada individu.nak kata kualiti ke tak,tak boleh nak diklasifikasikan dengan platform yang digunakan.yang penting apa yang dihasilkan tu berkualiti dan pelbagai…

    hanya sekadar pendapat je πŸ˜€

    • itu saya setuju tapi biasanya benda yang berkualiti memerlukan sedikit modal. cuma, depends lah, kalau modalnya duit mungkin usaha kita boleh kurangkan sikit. tapi, kalau tak ada duit, kita boleh ganti dengan usaha untuk jadikan sesuatu tu berkualiti. hehehehe.

      tak apa, pendapat kat sini semua bernas2 πŸ˜‰

  21. kalau ada yang tidak begitu serius sangat nak blogging, sekadar main2 …rasanya tak perlu la.. tapi kalau nak mula guna hosting dan wordpress dikira baik juga tu.. memang tidak dinafikan, wordpress fleksibel dan banyak plugin boleh digunakan untuk memudahkan lagi kerja menulis.. masing2 ada pros dan cons dia.. πŸ˜€

  22. nice entry..tapi kalau narrow down plugins apa pakai lagi syok kot..keke

  23. thanks untuk respons. saya belum habis berbalas komen kat entry blog2 korang plak tau. busy sikit.tapi kejap lagi akan langsaikan hutang.hehehe!!!

  24. Ini bias kepada wordpress ni…hahaha

    Terpulang kepada cita rasa individu, memang ada beza guna servis berbayar dengan servis percuma πŸ™‚

  25. aku malas jawab. Ko dah tahu jawapan aku. kan?

  26. salam bro.

    nak tanya
    momoy baru nak create blog guna WP
    masalahnya tiada perkataan ‘plugin’ pun dalam blog
    ‘plugin di kedudukan biasa (yang selalu blog lain tunjuk’ tak ada laa

    mana nak install atau buka plugin ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge