
Facebook dan Twitter memang medium terbaik untuk semua bloggers. Ada blog tapi tak ada akaun Twitter dan Facebook macam tak kena je rasa. hahahaha!!! Orang lain saya tak tahulah, tapi bagi saya 2 akaun ni sangat penting bagi setiap bloggers.
Facebook dan Twitter keduanya penting sebagai medium untuk bloggers dan pembaca blog saling berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita kemas kini blog, kita akan beritahu semua orang dekat kedua akaun ni kan? hehehehe!!! Biasalah tu.
Sama konsepnya dengan setiap kali kita kemas kini blog, kita wajib ping blog kita untuk search engine macam Google contohnya tahu yang kita dah update blog tapi awas eh, jangan sampai kena lempang dengan Google. Kenapa? Baca entry bro Denaihati tu. hahaha!!!
Ok, sambung. Tapi, kita sebagai blogger ni pun kena tahu juga cara penggunaan kedua-dua media sosial dengan betul. Ssaya tak adalah teror sangat nak bagi tips hebat-hebat. Sajalah saya tulis Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers. Mana yang boleh pakai dan logik, terimalah. Kalau tidak, abaikan je.hehehehe!
Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers
1. Urus Akaun Twitter/ Facebook sendiri
Blog korang boleh uruskan sendiri kan? Jadi, pastikan akaun Twitter mahupun Facebook pun korang uruskan sendiri dan bukan kongsi dan minta tolong orang lain yang kemas kini status korang. Ini menunjukkan keprihatinan korang.
2. Sentiasa kemas kini status Twitter/Facebook
Pastikan akaun Twitter dan Facebook korang tu sentiasa ada cerita baru. berbuallah dengan kawan-kawan Facebook/Twitter korang. Sentiasa kemas kini. Kalau malas atau sibuk sangat sekalipun, curi-curi masa sikit untuk kemas kini. Jangan buat akaun korang tu “berhabuk” lama sangat.
3. Gunakan Identiti Sebenar
Kalau boleh, bila buat Facebook/Twitter tu gunalah nama yang menunjukkan identiti blog korang juga. Macam saya, blog saya Lizarazak.com. Jadi, untuk akaun Twitter saya guna lizarazak dan untuk Facebook pula saya kekalkan lizarazakdotcom. Jangan buat pembaca blog susah nak cari korang dalam Twitter mahupun Facebook.
4. Jangan Paksa followers/friends
Blogger dengan trafik memang tak boleh nak pisahkan. Biasalah, semua blogger nak trafik masuk dalam blog dia mencurah-curahkan. Tapi, bila kita dalam Twitter/Facebook ni janganlah amalkan sangat konsep memaksa orang untuk baca entry blog kita. Jangan sampai followers/ friends kita rasa annoying lah dekat kita. huhuhuhuhu!
5. Jangan main tag-tag di Facebook
Oh please lah bloggers, jangan sesekali buat amalan buruk perangai ni. Tag-tag benda yang memang ada kaitan dan penting tak apa ya. Tapi, bila tag-tag perkara yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan seseorang tu ibarat mencari gaduh dalam diam tau.hahahaha!!! Orang akan maki kita
6. Layan semua followers/Friends sama rata
Bloggers tak boleh pilih-pilih kawan ya. Merbahaya sangat woo. Layanlah semua orang yang menyapa kita tu seikhlas hati dan sama rata. Memang saya tak nafikan, saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang juga. Rasa bersalah bila tak balas mention di Twitter tapi saya tahu saya dah MENCUBA layan semua orang cuma saya tak mampu. Itu lain cerita tapi at least kita dah cuba! Jangan jadi sombong dan memilih kawan tak bertempat!
7. Privasi
Kita ambil contoh di Facebook. Pastikan kita dah set awal-awal level privasi untuk akaun Facebook kita tu. Album gambar terutamanya. Itu penting ya! Kita ni bloggers sebenarnya terdedah dengan kes “tak puas hati antara satu sama lain”. Biasalah. Kadang-kadang blogger sendiri atau bukan bloggers ni bukan semua yang sukakan kita. So, langkah keselamatan dan privasi gambar tu penting!
8. Perli memerli sesama bloggers
Jangan jadi macam budak-budak. Bergaduh di Facebook dan Twitter. Kalau ada apa-apa masalah, jangan perli memerli (kadang-kadang saya terbuat juga). Sebenarnya ianya akan mengeruhkan keadaan je! Bincanglah cara orang dewasa
9. Tolong menolong untuk promote entry
Apalah salahnya amalkan untuk tolong kawan-kawan blogger kita ni promote entry blog diorang kan? Tapi,jangan harapkan orang je RT/Share entry blog kita tapi kita ni sikit pun tak nak tolong kawan kita tu. Sama-samalah. Ini tidak, rajin suruh orang promote entry dia tapi dia adalah manusia paling kedekut tenaga nak RT/Share entry orang lain. Tak baiklah kan macam tu.
Ada lagi tak nak tambah tentang Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers ni? Saya tetiba dah kehabisan stok idea pulak. hahahaha!!! Oh ya, kalau sudi tolong saya jadi Top Referral dan menang RM5000 sempena contest Dealmates, korang bolehlah register dekat sini. FREE je








Takde facebook…
hehehe,percaya tak?
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 10:51 am
susah nak percaya.hahahahaha
[Reply]
Adzrien Shoppe Reply:
October 10th, 2011 at 5:07 pm
he..he.. setuju.. selalu nampak dia ping kat fb.
setuju sangat dgn entry ni..tapi ramai yg buat2 tak faham.
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 5:09 pm
hahahahahaha!! buat2 tak nampaklah kalau ada ping kat FB tu -..- kesian kena spam
[Reply]
Setuju sgt2 dgn pendapat lizz.
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 11:11 am
thanks sebab setuju.hahaha!ada nak tambah?
[Reply]
Wow! Berguna jugak entri ni sebagai panduan kita bersama lebih2 lagi kita ni sesama blogger. Thanks for sharing =)
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 11:16 am
tetiba terdapat ilham nak mengarut pasal mende ni.so, just type n tadaaaaa. dapat panduan ni,hahahaha.mana yg ok amik, mana yg x..jangan!
[Reply]
tag2 tu biar kena pada tempatnya… kalau tag tapi tak bertempat… pasti orang marah…
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 11:23 am
wajib marah.hahahaha!!! tak beretika lah kalau macam tu
[Reply]
Thanks for sharing this
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 11:24 am
sama-sama
[Reply]
walaupun jarang bukak fb dgn twitter tapi memang ada account tok kemudahan blog sendiri juga…
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 11:29 am
bagus tapi kalau boleh berinteraksi juga, jangan biarkan akaun tu seolah “robot”.sikit sebanyak bantu untuk naikkan blog juga
[Reply]
perli memerli salu sangt dah baca kat twitter..hahha
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 11:31 am
sangat! sampai aku bosan nak layan twitter sangat. now try hadkan borak kat both fb n twitter. kene pandai control if lebey2 xleh gak. habis keje aku terbengkalai kang.hahaha
[Reply]
Salam tuan bebelog,
setuju ngan point yg atas tu, tapi bab paksa2 tu mmg ujud dikalangan blogger tempatan, walhal mereka bukan penting sgt pon untuk di follow? MUAHAHAH!!!
jahat gila ayat aku neh.. LOL~
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 1:04 pm
jahat tapi aku setuju.hahahaha.pada aku bukan soal penting ke tak tapi perkara ni kena sendiri ingatlah. mana ada orang suka dipaksa
[Reply]
suka update status kt fb jer… hihihih
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 1:07 pm
hahaha. oklah tu. sebenarnya bloggers memang ramai lagi aktif dekat FB dr kat twitter tu
[Reply]
kak jie kerap polo, unpolo , polo balik unpolo balik..nampak ganjil kan
tapi sebenarnya – melihat perkembangan seseorang..kadang2 lepas kita unpolo dia dah berubah attitude, dah boleh masuk, kata org..so polo balik..tapi sehari dua nampak tak serasi, unpolo balik. sbb org bukan selamanya mcm tu…mana tau org tu dah berubah dan kita boleh terima.
kak jie unpolo seseorang bukan sebab tak suka, benci tak sayang tak nak kawan tetapi lebih kepada tak sesuai…jurang berbezaan umur, generasi yang menyebabkan ada keadaan tak boleh nak masuk..jadi silahlah faham.
dah tua2 ni kadang2 tak dpt nak masuk dgn budi bicara, gelak tawa, bahasa org muda…itu je sebabnya
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 4:36 pm
faham faham apa yang kaji cuba sampaikan ni. sama macam saya cuma saya jarang unfollow orang sbb tak sampai hati.hahahaha!tapi, kalau org tu rude atau melebih demi menjamin kesejahteraan ummah saya terus block -..-
kejam pun kejamlah sebab masing2 ada tahap batas sabar. itu biasa.
tapi sama macam kak jie cakap, unfollow/block bukan maksudnyer saya benci. just rasa tak serasi. hehehehe. saja jenis suka melayan orang tapi kadang2 bila org xreti nak respect terpaksalah. kite bloggers, cara berborak semua orang nak judge.silap sikit.. busuk nama blog.hampeh -..-
[Reply]
no 3 tu tak boleh nak ubah la.akaun twitter ni tak macam FB.FB ni boleh tengok connection kita dengan kawan2.kat twitter ni tak boleh.tu yang saya terpaksa kekalkan nama lama twitter tu sebab dah ada yang follow.kalau ikutkan nak je tukar jadi pacifista.ke boleh tukar?
[Reply]
Lizz Reply:
October 10th, 2011 at 5:07 pm
boleh tukar. pergi je dekat setting, profile tapi itupun kalau nama yang nak tukar tu available. dulu mine is Lizz tapi lepas ada domain terus tukar jadi lizarazak
[Reply]
dah lame xbukak twitter..caner ni..he3
memang blog ngan fb dan tweet xleh dipisahkan bagai aur dengan tebing..
tapi aku dah lame xonkan tweet dan fb dah jadi kacang lupakan kulit..miahahaha..
[Reply]
Lizz Reply:
October 11th, 2011 at 1:30 pm
hahahahahaha!! aktifkan lah balik.hehehe!! baru meriah nanti
[Reply]
Terbaiklahh Lizard!
Sebab tuh ramai sayang kamu, kamu tak kekwat kan!
HUhuhu
[Reply]
Lizz Reply:
October 11th, 2011 at 2:09 pm
heharap betollah ada yang sayang.hahahahahah!! -..-
[Reply]
walaupun tak ramai followers & tak ramai yang like kat twitter mahupun facebook kopisoda. tapi still bersyukur ada yang sudi follow dan like kopisoda. respect sama korang sume! ngeee
[Reply]
Lizz Reply:
October 11th, 2011 at 2:15 pm
eh, dah like ke belum ek??hehehehehehe!!! kopisoda boleh pergi jauh.sila usahakan lagi. chaiyok2!!
[Reply]
kalau blogger pandai manage fb dan twitter trafik tiada masalah
[Reply]
Lizz Reply:
October 11th, 2011 at 2:17 pm
depends jugak. kadang2 trafik dia jatuh jugak.hehehehe
[Reply]
no 3 tu paling penting rasanya…sebaiknya jadi diri yang sebenar, penuhkan profile dan sebagainya sebaik mungkin.
nice entri cik lizz
[Reply]
Lizz Reply:
October 11th, 2011 at 8:33 pm
thanks baca neo.ehem ehem, nak terjah ur blog.heharap ada ilmu baru!!!hehehehehe
[Reply]
saya cukup tak suka orang tag-tag sebab lama-lama naik semak saya punya akaun Facebook.. aduhai
[Reply]
bagus panduan ni, boleh buat untuk majukan blog saya.
[Reply]
emm..aku dah jarang sangat guna benda nih..
[Reply]