Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

Facebook dan Twitter memang medium terbaik untuk semua bloggers. Ada blog tapi tak ada akaun Twitter dan Facebook macam tak kena je rasa. hahahaha!!! Orang lain saya tak tahulah, tapi bagi saya 2 akaun ni sangat penting bagi setiap bloggers.

Facebook dan Twitter keduanya penting sebagai medium untuk bloggers dan pembaca blog saling berhubung antara satu sama lain. Setiap kali kita kemas kini blog, kita akan beritahu semua orang dekat kedua akaun ni kan? hehehehe!!! Biasalah tu.

Sama konsepnya dengan setiap kali kita kemas kini blog, kita wajib ping blog kita untuk search engine macam Google contohnya tahu yang kita dah update blog tapi awas eh, jangan sampai kena lempang dengan Google. Kenapa? Baca entry bro Denaihati tu. hahaha!!!

Ok, sambung. Tapi, kita sebagai blogger ni pun kena tahu juga cara penggunaan kedua-dua media sosial dengan betul. Ssaya tak adalah teror sangat nak bagi tips hebat-hebat. Sajalah saya tulis Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers. Mana yang boleh pakai dan logik, terimalah. Kalau tidak, abaikan je.hehehehe!

Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

1. Urus Akaun Twitter/ Facebook sendiri

Blog korang boleh uruskan sendiri kan? Jadi, pastikan akaun Twitter mahupun Facebook pun korang uruskan sendiri dan bukan kongsi dan minta tolong orang lain yang kemas kini status korang. Ini menunjukkan keprihatinan korang.

2. Sentiasa kemas kini status Twitter/Facebook

Pastikan akaun Twitter dan Facebook korang tu sentiasa ada cerita baru. berbuallah dengan kawan-kawan Facebook/Twitter korang. Sentiasa kemas kini. Kalau malas atau sibuk sangat sekalipun, curi-curi masa sikit untuk kemas kini. Jangan buat akaun korang tu “berhabuk” lama sangat.

3. Gunakan Identiti Sebenar

Kalau boleh, bila buat Facebook/Twitter tu gunalah nama yang menunjukkan identiti blog korang juga. Macam saya, blog saya Lizarazak.com. Jadi, untuk akaun Twitter saya guna lizarazak dan untuk Facebook pula saya kekalkan lizarazakdotcom. Jangan buat pembaca blog susah nak cari korang dalam Twitter mahupun Facebook.

4. Jangan Paksa followers/friends

Blogger dengan trafik memang tak boleh nak pisahkan. Biasalah, semua blogger nak trafik masuk dalam blog dia mencurah-curahkan. Tapi, bila kita dalam Twitter/Facebook ni janganlah amalkan sangat konsep memaksa orang untuk baca entry blog kita. Jangan sampai followers/ friends kita rasa annoying lah dekat kita. huhuhuhuhu!

5. Jangan main tag-tag di Facebook

Oh please lah bloggers, jangan sesekali buat amalan buruk perangai ni. Tag-tag benda yang memang ada kaitan dan penting tak apa ya. Tapi, bila tag-tag perkara yang LANGSUNG TIADA KAITAN dengan seseorang tu ibarat mencari gaduh dalam diam tau.hahahaha!!! Orang akan maki kita 😛

6. Layan semua followers/Friends sama rata

Bloggers tak boleh pilih-pilih kawan ya. Merbahaya sangat woo. Layanlah semua orang yang menyapa kita tu seikhlas hati dan sama rata. Memang saya tak nafikan, saya sendiri kadang-kadang terlepas pandang juga. Rasa bersalah bila tak balas mention di Twitter tapi saya tahu saya dah MENCUBA layan semua orang cuma saya tak mampu. Itu lain cerita tapi at least kita dah cuba! Jangan jadi sombong dan memilih kawan tak bertempat!

7. Privasi

Kita ambil contoh di Facebook. Pastikan kita dah set awal-awal level privasi untuk akaun Facebook kita tu. Album gambar terutamanya. Itu penting ya! Kita ni bloggers sebenarnya terdedah dengan kes “tak puas hati antara satu sama lain”. Biasalah. Kadang-kadang blogger sendiri atau bukan bloggers ni bukan semua yang sukakan kita. So, langkah keselamatan dan privasi gambar tu penting!

8. Perli memerli sesama bloggers

Jangan jadi macam budak-budak. Bergaduh di Facebook dan Twitter. Kalau ada apa-apa masalah, jangan perli memerli (kadang-kadang saya terbuat juga). Sebenarnya ianya akan mengeruhkan keadaan je! Bincanglah cara orang dewasa 😉

9. Tolong menolong untuk promote entry

Apalah salahnya amalkan untuk tolong kawan-kawan blogger kita ni promote entry blog diorang kan? Tapi,jangan harapkan orang je RT/Share entry blog kita tapi kita ni sikit pun tak nak tolong kawan kita tu. Sama-samalah. Ini tidak, rajin suruh orang promote entry dia tapi dia adalah manusia paling kedekut tenaga nak RT/Share entry orang lain. Tak baiklah kan macam tu.

Ada lagi tak nak tambah tentang Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers ni? Saya tetiba dah kehabisan stok idea pulak. hahahaha!!! Oh ya, kalau sudi tolong saya jadi Top Referral dan menang RM5000 sempena contest Dealmates, korang bolehlah register dekat sini. FREE je 😉

Artikel Berkaitan

37 responses to “Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers

  1. Takde facebook…
    hehehe,percaya tak?

  2. Setuju sgt2 dgn pendapat lizz. 🙂

  3. Wow! Berguna jugak entri ni sebagai panduan kita bersama lebih2 lagi kita ni sesama blogger. Thanks for sharing =)

  4. tag2 tu biar kena pada tempatnya… kalau tag tapi tak bertempat… pasti orang marah… 🙂

  5. Thanks for sharing this 🙂

  6. walaupun jarang bukak fb dgn twitter tapi memang ada account tok kemudahan blog sendiri juga…

  7. perli memerli salu sangt dah baca kat twitter..hahha

    • sangat! sampai aku bosan nak layan twitter sangat. now try hadkan borak kat both fb n twitter. kene pandai control if lebey2 xleh gak. habis keje aku terbengkalai kang.hahaha

  8. Salam tuan bebelog,

    setuju ngan point yg atas tu, tapi bab paksa2 tu mmg ujud dikalangan blogger tempatan, walhal mereka bukan penting sgt pon untuk di follow? MUAHAHAH!!!

    jahat gila ayat aku neh.. LOL~

  9. Izamir Ridzwan

    suka update status kt fb jer… hihihih

  10. kak jie kerap polo, unpolo , polo balik unpolo balik..nampak ganjil kan

    tapi sebenarnya – melihat perkembangan seseorang..kadang2 lepas kita unpolo dia dah berubah attitude, dah boleh masuk, kata org..so polo balik..tapi sehari dua nampak tak serasi, unpolo balik. sbb org bukan selamanya mcm tu…mana tau org tu dah berubah dan kita boleh terima.

    kak jie unpolo seseorang bukan sebab tak suka, benci tak sayang tak nak kawan tetapi lebih kepada tak sesuai…jurang berbezaan umur, generasi yang menyebabkan ada keadaan tak boleh nak masuk..jadi silahlah faham.

    dah tua2 ni kadang2 tak dpt nak masuk dgn budi bicara, gelak tawa, bahasa org muda…itu je sebabnya

    • faham faham apa yang kaji cuba sampaikan ni. sama macam saya cuma saya jarang unfollow orang sbb tak sampai hati.hahahaha!tapi, kalau org tu rude atau melebih demi menjamin kesejahteraan ummah saya terus block -..-
      kejam pun kejamlah sebab masing2 ada tahap batas sabar. itu biasa.

      tapi sama macam kak jie cakap, unfollow/block bukan maksudnyer saya benci. just rasa tak serasi. hehehehe. saja jenis suka melayan orang tapi kadang2 bila org xreti nak respect terpaksalah. kite bloggers, cara berborak semua orang nak judge.silap sikit.. busuk nama blog.hampeh -..-

  11. no 3 tu tak boleh nak ubah la.akaun twitter ni tak macam FB.FB ni boleh tengok connection kita dengan kawan2.kat twitter ni tak boleh.tu yang saya terpaksa kekalkan nama lama twitter tu sebab dah ada yang follow.kalau ikutkan nak je tukar jadi pacifista.ke boleh tukar? 😛

    • boleh tukar. pergi je dekat setting, profile tapi itupun kalau nama yang nak tukar tu available. dulu mine is Lizz tapi lepas ada domain terus tukar jadi lizarazak 😉

  12. dah lame xbukak twitter..caner ni..he3

    memang blog ngan fb dan tweet xleh dipisahkan bagai aur dengan tebing..
    tapi aku dah lame xonkan tweet dan fb dah jadi kacang lupakan kulit..miahahaha..

  13. Terbaiklahh Lizard!
    Sebab tuh ramai sayang kamu, kamu tak kekwat kan!
    HUhuhu

  14. walaupun tak ramai followers & tak ramai yang like kat twitter mahupun facebook kopisoda. tapi still bersyukur ada yang sudi follow dan like kopisoda. respect sama korang sume! ngeee 😀

  15. kalau blogger pandai manage fb dan twitter trafik tiada masalah

  16. neo

    no 3 tu paling penting rasanya…sebaiknya jadi diri yang sebenar, penuhkan profile dan sebagainya sebaik mungkin.

    nice entri cik lizz 🙂

  17. saya cukup tak suka orang tag-tag sebab lama-lama naik semak saya punya akaun Facebook.. aduhai

  18. zul

    bagus panduan ni, boleh buat untuk majukan blog saya.

  19. emm..aku dah jarang sangat guna benda nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge