Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib ni khas untuk pembaca blog saya. Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib adalah sangat menarik bahasanya untuk kita sama-sama baca dan faham isinya. Kakak ipar saya yang beritahu saya pasal program Lau Kana Bainana Habib ni dekat TV Al-Hijrah tadi.
Mula-mula saya ingatkan drama ke apa, rupa-rupanya Lau Kana Bainana Habib ni ala-ala program Cubaan dekat Astro Oasis konsepnya. Saya tak tahulah siapa tiru siapa tapi yang pasti menarik! Kali pertama saya tengok program ni tadi dah terus jatuh cinta dengan konsep santai tapi serious bagus.
Program Lau Kana Bainana Habib di Tv Al-Hijrah ni kiranya rancangan yang menguji umat-umat Islam sekarang. Samada kita ni amalkan cara rasulullah S.A.W ke tidak dalam kehidupan kita hari ini. Best tau cerita ni! Kita boleh tengok “perangai sebenar” seseorang tu bila sedang diuji dengan benda simple je pun.
Contoh, untuk program Lau Kana Bainana Habib hari ini. Pengacara program cuma letakkan 2 kotak kosong di tengah jalan raya. Dengan harapan, akan ada kereta yang lalu lalang berhenti dan alihkan kotak kosong tu. Tapi, malangnya RAMAI sangat yang rela ikut jalan tepi-tepi sikit untuk elakkan kereta langgar kotak tersebut.
Kantoilah. Kiranya umat Islam dekat situ (Jeddah) tidak amalkan suruhan Nabi Muhammad S.A.W. Hehehehe. Cuma, ada seorang anak muda yang pada saya muka macam mat rempit mana entah. berhentikan kereta dan alihkan kotak kosong tersebut. Wooo, bagus sangat program Lau Kana Bainana Habib ni. Saya sarankan korang cuba tengok dulu
Bawah ni saya letakkan video lagu Lau Kana Bainana Habib beserta lirik bahasa Arab, Melayu dan english. Tajuk lagu ni kalau dalam bahasa melayu ialah Seandainya Ada Kekasih Allah di antara Kita. Dengar dulu, baru komen. Best ke tak best lagu ni
Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)
credit to: Pelik Bin Ajaib
p/s: Tarikh akhir tempahan Qurban di Kemboja adalah pada 3 Nov 2011. Tinggal beberapa hari je lagi. Kalau masih ada lagi yang berniat nak melakukan Qurban tahun ni, boleh klik banner di bawah untuk menempah. Mudah-mudahan dapat menyucikan harta yang ada. Tapi, jangan paksa diri kalau masih belum mampu. Islam agama yang indah. Buat jika berkemampuan sahaja









x pernah tgok pon rancangan ni.. tv al-hijrah pon tak pernah tgok..
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 11:25 am
try tengok sekali. sekali je. hehehehe. if suka teruskan,tp kalau tengok sekali tapi xsuka boleh tukar tv3.kikikiki
[Reply]
Peh best suara dia. Alunan pon teratur dgn slow.. best2.. leh layan tenangkan pale yg kdg2 serabut ni ekekeke.. serius besh
Tp rancangan tu x penah tgk lg
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 4:54 pm
itulah, dah kali pertama ntah dengar lagu ni. tenang sangat. lirik dia pun best dan bermakna.. try tengok rancangan ni. best. boleh menimbulkan rasa insaf juga sebab kita lupa amalkan sunah Rasullullah s.a.w
[Reply]
Shah Blogger Reply:
November 1st, 2011 at 1:44 pm
Thanks for suggestion lizz. I will. Yeps btl menenangkan. Bg kusut fikiran boleh tenang sejenak dgr. TQVM
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:52 am
sama-sama. sekadar berkongsi.hehehehe
[Reply]
Selemah-lemah iman mangalihkan halangan dari jalan raya.. tapi memang payah juga nak buat bila org mengejar masa lebih-lebih lagi time nak pergi kerja. Tapi bila fikir-fikir balik bukan lama sangat nak alihkan halangan dijalan raya tu kan…
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 4:56 pm
memang, kiranya situasi yang ditunjukkan dalam program ni kita pun kadang2 ada melakukan. pekara simple dan mudah sebenarnya tapi itulah kita lalai -..-
[Reply]
hassan mat amin Reply:
December 13th, 2012 at 12:40 am
Lirik dan irama seiring, sesuai untuk didengari, mengisafi.
[Reply]
Bila la tv al hijrah ni nak sampai Kelantan. Tak dapat nak tengok.
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 9:56 pm
lar tak dapat lagi ek kat sane?
[Reply]
sejak bila ko layan lagu macam ni aa??
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 10:00 pm
pas buat umrah 2 yrs ago n makin enjoy layan lagu mcm ni pas umrah bln 3 aritu.dulu dgr lagu genre camni aku cepat2 tutup
[Reply]
serius sedap lagu tuh, saya terus subscribe video tu kat youtube, tenang dengar lagu nih bila ada masalah, thanks liza
[Reply]
Lizz Reply:
November 2nd, 2011 at 11:54 am
alhamdulilah, memang itu pun tujuannya berkongsi. kadang-kadang kita ni semua ada masalah tapi tak reti nak share. jadi nak tolong pun tak boleh. moga video ni beri sikit pertolongan.hehehe
[Reply]
Gud song…please tell me who the singer is. Jazakallah ya Ukhti
[Reply]
Lizz Reply:
July 20th, 2012 at 12:29 pm
Abdulrahman Mohammed from Arab Saudi, my brother
[Reply]
pnah brapa kli nk nangis ble hayati btul2 lirik dia, sgt tersentuh…btapa rasul allah seorang yg sgt2 menyangi dan di sayangi ummah
[Reply]
Lizz Reply:
July 20th, 2012 at 12:31 pm
kekasih Allah
tak pernah jumpa tapi hebatnya kita semua boleh rindukan baginda.kan?
[Reply]
Assalamualaikum Lizz,
Thank you for sharing the multilingual lyrics. Cuma cicir 1 paragragh.
I found this qasidah (I think) recently, and keep on listening to it both for the beautiful content and reminder of Love for the Prophet SAW, but also the arabic words, phrases and pronunciation.
Thank you again.
[Reply]
Lizz Reply:
July 20th, 2012 at 12:33 pm
oh ye ker? huhuhu sorry -..-
i love the lyric so much and of course d content of dis song really touched my heart. rindu Rasulullah
[Reply]
Liz .. Mmg menyusuk kalbu lirik n qasidah ni..ogos ramadan ni bru tercari2…nih dh dapat siap lirik …menitik air mata ingat kat raudah n makam rasul… Masyallah best giler ..jazakalaahkkairon kasiro ya lizz
[Reply]