Menarik Drama Nilapura TV3 ni agaknya kan? Sebab, Drama Nilapura ni macam drama epik je. Tengok Iklan Drama Nilapura baru-baru ni, macam tulah genre nya tapi tak tahulah betul ke tidak. Kena tengok malam ni untuk episod pertama ni.
Drama Nilapura tv3 ni menggantikan drama Supermak yang dah selesai episod akhirnya minggu lepas. Tapi, sayangnya saya tak tengok pula. Ciss. Best ke ending Supermak tu ek? Drama tu best sebab ada Nasha Aziz ke sebab memang jalan cerita lain daripada drama lain dekat Malaysia ni agak-agaknya? hehehehehe
Ok, tak apa. Malam ni, jangan lupa tonton episod pertama Drama Nilapura tv3 ni pada jama 9 malam. Pelakon-pelakon drama Nilapura ni popular lah juga. Antaranya Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.
Sinopsis Drama Nilapura
Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan.
Berkonsepkan Cerita epik percintaan ianya berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura.
Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta.
Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.
Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal.
Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.
Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti.
Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.
Credit to: Encik Nakal & Nurizspace
Ok, selamat menonton Drama Nilapura malam ni ya. Oh ya, sekadar berkongsi info menarik. Alhamdulilah, ramai yang ada rezeki lebih sikit tahun ini dah buat tempahan Qurban di Kemboja. Rezeki umat Islam di sana untuk merasa makan daging Qurban. Kalau ada yang nak buat tempahan, ada 3 hari saja lagi k.










Supermak best der. Nasha Aziz kiut giler, hahaha. Tapi aku rasa citer ni lebih kurang sama je macam cite Arjuna je.
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 11:53 pm
cite Arjuna aku tak tengok langsung.hahahaha. lelaki memang cair ar tengok nasha tu.hahaha
[Reply]
pharmalif Reply:
November 1st, 2011 at 6:25 am
mcm kecewa tgk episod pertama. pelakon ‘very raw’ dgn skrip sekejap baku sekejap ayahda pastu tetiba kau aku ala2 bahasa pasar. pening.
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 11:16 am
kan?? setuju sangat. tak faham dengan kata ganti nama yg diorang guna dalam drama ni
[Reply]
hehe, aku asalkan ade pompuan hot dalam cite jer dah jadik menarik daa cita tue.. berdasarkan gambar tue cam hot je heroin… huhuhuhu
[Reply]
Hisyam Reply:
October 31st, 2011 at 9:21 pm
Jue Aziz mane tak hot.
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 11:56 pm
ah korang memang!hahahaha. tp jue n nasha mmg hot lah. cuma sebab aku girl,xder lah nampak hot mana pun.wakakakaka
[Reply]
cantik Ju.. malam ni start ceta nih..
[Reply]
Lizz Reply:
October 31st, 2011 at 11:57 pm
jue memang cantik. rambut dia cantik dalam drama ni tadi
[Reply]
harap2 cite nye secantik heroin nye dan sekacak heronya….
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 12:09 am
episod 1 tadi agak slow lah tapi tak tahulah next episode best dah
[Reply]
layan kejap tadi.ada la cikit ala2 hikayat merong mahawangsa
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 12:10 am
tau xper. lebey kurang plak set dia kan?hahaha. ada part yg best tp jalan cerita agak slow kot
[Reply]
Pacifista Reply:
November 1st, 2011 at 12:13 am
biasa la,citer baru nak mula.memang slow pun…
[Reply]
tengok kejap je tadi..
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 12:13 am
samalah, tak best sangat. tapi taklah teruksssss pun cuma slow lah
[Reply]
boleh tahan menarik juga la drama nilapura ni. bosan2 boleh jugak la layan heh.
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 11:21 am
cerita ni genre lain dari drama yg dah ade cuma 1st episode macam slow lagi.hehehe
[Reply]
Nilapura!! Nasha aziz umur bape dah eik? masih cun abis lg .. Anyway da 1st tuk mlm ni set nak tgk cinta elysa. haduh mcm mamat jiwang kan lyn cite elisya, nk wat camne dah best. haha
[Reply]
Lizz Reply:
November 1st, 2011 at 3:59 pm
nasha tu dah nak masuk 40 atau mungkin awal 40. tapi dia sangat gorjes kot.huhuhuhuhu. nak tengok fasha lettew.hahahahah
[Reply]
best lagi cerita sofiyaa..hehe..
[Reply]
Inilah drama epik paling bodoh yg merosakkan bahasa Melayu … Kalau tak mampu buat drama atau filem berkonsepkan epik, tak payah buat.Pertuturan bahasa pelakon2nya kejab bahasa Melayu lama dan sekejab bahasa atau loghat Kuala Lumpur…. Backgroundlakonan langsung tidak menampakan konsep epik. Ntah ape…ape ntah ???
[Reply]