Little India, Johor Bahru Untuk 2011 Deepavali

2011 deepavali

2011 Deepavali jatuh pada hari Rabu nanti kan? 2011 Deepavali pasti meriah walaupun saya tak sambutnya. Ah, dah kata 1 Malaysia saya tetap nak sambut juga Deepavali ni nanti. ngeh!!!!

Ok, kenapa tiba-tiba ada entry pasal perayaan tahun 2011 Deepavali ni? Sebenarnya, tadi saya tonton Awani dan ada 1 slot yang sembang pasal berkenaan tempat shopping bagi mereka yang yang beragama Hindu ni. So, saya agak excited sebab tempat shopping yang popular tu adalah Little India Johor Bahru!! Woot!!

Oh, ya betul saya memang orang Johor Bahru. Jadi, apa salahnya saya excited kan walaupun 2011 Deepavali ni saya tidak shopping apa-apa. hahahahaha!!! Sekadar berkongsi maklumat apa salahnya. Mana tahu, blog saya ni ada pembaca yang berbangsa India. hehehehe (perasan perasan perasan)

Lepas tengok berita Awani tu, saya excited lah nak cari maklumat dekat Google berkenaan Little India sempena 2011 Deepavali ni tapi malangnya saya tak jumpalah pulak. Hmmm, yang ada cuma keratan akhbar yang dikongsikan oleh forumners di forum Cari.com.my. Itupun, dah berzaman! Tahun 2008 kot. Haih!

Little India Johor Bahru
Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN

Jalan Trus dianggap nadi perniagaan masyarakat India yang menghuni di sekitar pusat bandar raya Johor Bahru. Selain penduduk tempatan, pendatang asing terutama peniaga dari India aktif menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

DERETAN bangunan lama berusia kira-kira 100 tahun berdiri megah dan teguh manakala alunan lagu-lagu lama dan baru versi Tamil berkumandang menusuk ke halwa telinga pengunjung di sepanjang kawasan ini.

Aroma masakan rempah ratus yang tersebar dari restoran dan gerai-gerai makanan pula mengecurkan air liur. Suasana yang cukup menyeronokkan ini pasti membuatkan seseorang bagaikan berada di bandar Chennai, India buat seketika.

Dalam pada ramai yang berpusu-pusu ke India untuk menikmati keindahan tradisi dan warisan asli masyarakat India, sehingga ada yang sanggup berbelanja besar semata-mata mahu membeli pelbagai item kegemaran di negara tersebut, daripada sari sehingga barangan kemas, gerai jualan di lokasi ini tidak mengecewakan.

Kesemua barangan yang dicari itu boleh dimiliki jika anda berkunjung ke Jalan Trus yang berpangkalan di ibu negeri Johor Darul Takzim.

Bandar raya ini boleh diibaratkan sebagai syurga membeli-belah bagi penghuni dan pelancong dari negara jiran, Singapura.

Ini kerana gerai yang terdapat di Jalan Trus menjanjikan pelbagai pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan di bandar raya paling selatan di Semenanjung Malaysia ini.

baca artikel penuh di forum CARI Malaysia

Hah!! teror tak dekat Johor Bahru ada deretan kedai yang berusia 100 tahun. hehehehe!!! Aww, bangga sekejap. Tapi, memang Little India ni memang meriah sangat setiap kali Deepavali. Untuk tahun 2011 Deepavali ni, saya tak berkesempatan lagi tapi tadi tengok dalam berita kemain meriah. Ramai orang!!!!

2011 deepavali

Fuhh, tapi 1 je yang saya lemah kalau pergi area Little India ni. Susah cari parking!!! hehehehe. So, kalau nak pergi kena fikir 1001 kali lah kot kalau tak perlu sangat. hahahaha!! Tapi, sempena tahun 2011 Deepavali ni biarlah masyarakat India je pergi Little India tu. Kita yang tak sambut raya ni, tunggu lah lepas-lepas nanti. hahaha!!!

Oklah, saja tulis entry ni untuk berkogsi info pasal Johor Bahru je. hahaha!!! Banyak lagi tempat-tempat best dekat sini. Nantilah, kalau ada masa saya tulislah entry. Bangunan-bangunan lama dekat sini semua ada “cerita” tersendiri. Untuk semua masyarakat India selamat bershopping untuk tahun 2011 Deepavali mania!!! wehooooo

p/s: Apa cerita himpunan sejuta umat di Shah Alam ya?

Artikel Berkaitan

20 responses to “Little India, Johor Bahru Untuk 2011 Deepavali

  1. mesti sibuk klang nanti. hehe..

  2. sesaklah jalan kat sana nanti..

  3. Nak raya Deepavali kena tengok anak bulan tak?

  4. syok sebab dapat cuti.keh3
    pernah pi little india dekat klang.pening kejap hahaha
    anyway,that’s the beauty of malaysia yg payah nak jumpa dekat tempat lain.

  5. ingt kat kl je ada little india..johor pon ada..baru tahu..hehehe

  6. hehe, kalo kat sini tiap kali deepavali ada makan2 kat embassy, so bleh kata aku pun sambut gak laa walopon senanye pegi nak makan..

  7. Yang penting cuti.. Owh patut la nampak sis gunting rambut ritu kat situ.. Ada snap pic !! nnt share kat blog 🙂

  8. Mana2 little India pasti sesak sebab diaorang suka parking sesuka hati je macam kampung sendiri.

  9. Pingback: 2011 Deepavali Cards | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  10. pernah sampai jugak kat sini,ada masa sampai sesak jalan kat situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge