Isu Perempuan Tanggung Kos Sara Hidup Lelaki


Apa pendapat korang tentang isu perempuan tanggung sara hidup lelaki? Tak kiralah samada untuk pasangan yang dah berkahwin mahupun untuk pasangan kekasih. Tanggung di sini, maksudnya kita sebagai orang perempuan terpaksa menyara lelaki ni baik dari segi makan, minum mahupun kos sara hidup lain.

Mungkin agak sensitif kot tajuk ni. Saya tahu, akan ada kaum lelaki yang melenting tapi kalau kita tak bincangkan pun tak best juga kan? Sebab saya percaya, isu perempuan tanggung sara hidup lelaki ni sebenarnya dah biasa berlaku.

Saya tak pernah lagi terkena masalah macam ni. Mungkin, sebab rezeki saya dapat kawan-kawan lelaki semuanya boleh dan mampu sara hidup mereka sendiri. Cuma, saya orangnya jenis tak suka ambil kesempatan. Jadi, jangan risau. Saya tak pernah minta lelaki mana-mana belanja saya kecuali pada hari-hari istimewa. Itupun, saya tak minta.

Saya tak suka berhutang budi. Senang cerita macam itulah. Ok, terlari topik pulak. Berbalik isu perempuan tanggung sara hidup lelaki. Korang ni, pembaca blog ni yang perempuan pernah ada pengalaman menyara kekasih ataupun suami sendiri?

Kita boleh faham dalam falsafah Islam tentant istilah berkongsi. Tapi, kongsi dan sara tu adalah 2 istilah yang berbeza woo. Bila dah berkahwin, memang suami dan isteri dibolehkan berkongsi harta sepencarian kan? Tapi, ada juga kes kawan saya yang cuma dia saja yang cari duit dan simpan duit sedangkan suami dia kerja HABISKAN DUIT saja.

Hah, macam mana tu? Saya dengar pun naik berbulu. hahahaha!! Setahu saya, sepatutnya orang lelaki lah yang kena sara perempuan, tapi ini terbalik. Sumpah, saya boleh berperang kalau ada kawan-kawan yang terkena nasib macam ni. hehehehe!! Tak payah tanya nak bertahan ke berundur, memang saya berundur terus.kahkahkahkah

Rasa macam perempuan tu teraniaya je. Rasa macam lelaki cuba ambil kesempatan dekat perempuan. Memang ada spesies perempuan yang lurus bendul, sayang sangat kekasih / suami sampai tak kisah kena tanggung macam ni tapi kesian lah kan????

Apa pendapat korang? Logik ke perempuan kena sara lelaki ek? Kalau saya, bekas  teman lelaki ajak couple balik tapi perangai macam ni, asyik nak suruh kita je tanggung dia..memang selamat jalan romeo lah. wahahaha!

p/s: Sedih dengar berita marco simoncelli meninggal dunia kan? huhuhuhuhu


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

21 Comments

  1. izwannizam says:

    kalau sekali sekala, tak salah.tapi kalau dah sepanjang masa perempuan duk tanggung hidup dia,memang lelaki tu jenis tak tahu malu.kalau dia dah kawin,tanggungla hukuman dia.dah kira nafkah tu..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    baguslah lelaki sendiri datang komen untuk isu ni,heheheheh!!! kan? senang cerita lelaki camni tak tahu malu or bahasa kasar sikit tak ada maruah diri -..-

    [Reply]

    ryzalyusoff Reply:

    yup…agree! hehe :)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    thanks dude. thanks sebab setuju.wahahaha!!

    [Reply]

  2. pjah says:

    tak pernah jumpa lagi spesis laki macam ni..
    tapi aku jenis tak berkira ..so fair and square la kalu ada masa aku kene kuarkan modal ada masa lelaki yang kuarkan modal..hehe
    tapi dulu2..time aku ngan ex bf aku..selalunya dia yang kuarkan modal..kikiki..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    konsep macam kau amalkan ni is ok. ini tak apa, diharuskan.hahaha!! tapi, bila sebelah pihak je yang kena tanggung…erk!!! adui parah kot

    [Reply]

  3. Shahrul says:

    tak macho la kalau bini yg tanggung suami :D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sebenarnya we all org perempuan boleh faham if tanggung sesekali bila sesak,tp if 24 jam tak ada duit.grrrrr, nampak sangat masih belum mampu nk ada anak bini -..-

    [Reply]

  4. yang melibatkan kos sara diri tu besar tau.bukan setakat makan minum je tapi merangkumi kos2 lain seperti bil telefon,ansuran kereta dan sebagainya.memang tak patut la sampai semua tu lelaki yang tanggung.dayus tu namanya…

    kalau setakat belanja makan 2,3 kali tu,tak boleh digelar kos sara diri :p

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye betul, kira entry ni untuk kos sara hidup yg melibatkan duit yg banyak dan untuk masa yg agak panjang. oooo, tak mampu kawen, jangan kawen. menyusahkan semua pihak kalau dh jd camni -..-

    [Reply]

  5. azura says:

    saya rasa time saya belajar dulu ada satu isu iaitu perkahwinan misyar dimana lelaki tidak perlu menanggung wanita seperti yang diluluskan negara2 arab sebab wanita mereka kaya…isu itu ditolak mentah2 oleh Malaysia oleh orang bijak pandainya…tapi satu je silap Malaysia, undang2 syariah kita tak ketat untuk memaksa lelaki menjalankan tangungjawab nafkahnya…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Malaysia sekadar negara Islam dekat mulut je tapi hakikatnya banyak hukum hakam agama kita tak buat pun.sedih

    [Reply]

  6. ohcikgu says:

    emm..tak bagus. tak bagus..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    memang tak bagus ;)

    [Reply]

  7. Sobri Mansor says:

    Pernah jumpa kawan orang macam nih. Sara hidup semua isteri yang tanggung. Nak kata takde kudrat nak bekerja, tengok sihat walafiat. Makan, minum, pakai, anak2 semua isteri yang tanggung. Tengok siteri tu tak serupa orang. Letih semacam jer. Nasib baik anak sorang. Rumah pulak macam tongkang pecah, tak pernah berkemas. Isteri jugak yang kena kemaskan bila balik kerja. Ini umpama makan tanggung, ***** cangkung. Sedih tengok…..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hah, kan? mesti ada kes macam ni. kesian dekat perempuan yang teraniaya camni. pelik dengan lelaki yang tak bertanggungjawab camni. apa masalah dia sebenarnyer ek?hmmmm

    [Reply]

    Sobri Mansor Reply:

    Dalam rumahtangga kenalah banyak bertolak ansur. Kalau dah isteri keluar bekerja, suami tolonglah kemas rumah ke dan apa yang patut. Nak kata takde kerja, bermacam-macam kerja yang ada dekat Malaysia ni. Pendatang asing yang kerja kat Malaysia boleh hantar duit ribu riban dekat kampung asal diorang sebab rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia ni. Tapi kita rakyat Malaysia sendiri taknak rebut peluang untuk sumbang tenaga. Nak cari kerja yang senang. Di dunia ni takde kerja yang senang. Semua kerja sama jer, kena perah tenaga dan keringat. Bila tanggungjawab mencari rezeki, isteri yang ambil alih, fikirlah balik maruah ketua keluarga tu letak dekat mana.

    [Reply]

  8. Denaihati says:

    Best issu ni. cth, kalau lelaki tu lumpuh, hilang mata pencarian ke, mcm “bersamamu” tu, ok le jugak. Kalau saja2 perabihkan duit bini, memang x bertanggung jawab n hampeh.
    p/s: Sekali sekala bini belanja makan memang best oo.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sesekali tak apa bro. itu memang seronok dan kami kaum hawa pun taklah kedekut sangat.kikikiki. tapi,itulah if case bersamamu tu tak apa. itu mmg dah jadi tanggungjawab isteri.

    tp yg cukup sifat tp pemalas tu…grrrr!!!!

    [Reply]

  9. mmg tak patut buat tanggung lelaki sepenuhnya… sekali sekala tak apalah… kalau setiap masa perempuan yang tanggung… baik tak payah jadi lelaki… buat malu saja…

    Kadang2 ada lelaki yang tak faham atau tak tahu apa tanggungjawap mereka sebagai suami a.k.a ketua keluarga… mungkin tak cukup ilmu tak memang jenis muka tak tahu malu… atau kes ambil kesempatan…

    katalah isteri mereka setuju suaminya untuk jadi househusband lain lah… tapi semua kerja rumah laki dua yang buatkan… tapi tu pun aku rasa tak bagus sgt… sbb dh memang tanggungjawap suami bagi nafkah dekat isteri…

    [Reply]

  10. nyss says:

    sye de sorg kwn mcm ni…
    dok tanggung bf…
    die g keje…
    bf menggatal kt fb…hadoyaiii

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

Ads Plugin created by Jake Ruston - Sponsored by Garmin Forerunner 201.