Informasi- Pusat Rawatan Tanpa Ubat (PUSRATU)

pusratu

Salam, kali ni saya nak kongsi sikit pengalaman saya diagnosis penyakit di PUSRATU (Pusat Rawatan Tanpa Ubat). Kali pertama saya pergi sebenarnya. hahahaha! Excited semacam hari tu. Abang saya sebenarnya yang dah buat “full treatment” di PUSRATU baru-baru ni.

Secara ringkasnya, PUSRATU ni kira salah 1 tempat berubat alternatif lah selain korang pergi klinik biasa tu. Sekarang ada macam-macam kan? PUSRATU ni nama ringkas kepada PUSAT RAWATAN TANPA UBAT  dan pengasasnya ialah h Tabib Abu Bakar As-siddiq Ar-razzi, atau terkenal dengan panggilan Tabib Nur.

Wohoo!!! Mula-mula takut sebab fikir macam mana masa diagnos penyakit tiba-tiba ada sakit serious kan? Tapi, alhamdulilah tak ada. Senang je, korang datang je nanti akan adalah yang diagnos korang. Suruh baring dan nanti diorang akan tekan dekat bahagian-bahagian badang korang.

BERITA BAIK!!! PENAWAR KANSER SUDAH DITEMUI KLIK UNTUK INFO LANJUT

Setiap orang akan rasa sakit dekat bahagian yang berbeza. Setiap sendi-sendi nanti orang tu tekan dan kalau kita sakit, dia akan tulislah dalam rekod dia. Lepas tu, dia akan terangkan dekat kita hasil diagnosis tu. Paling best, orang tu terangkan betul-betul. bayaran untuk diagnos ni je cuma RM20 sahaja. Murah ok!

Cuma, kalau korang nak buat treatment tu mahal lah sikit. Basically, cara PUSRATU ni diorang akan betulkan balik kedudukan tulang belakang kita. Mana-mana rongga-rongga yang tersepit ke longgar ke dia akan kembalikan semua kepada asal. Sakit memang lah sakit tapi even baru 1 kali cuba pun dah rasa perbezaan sikitlah.

Bawah ni saya letakkan sikit info berkenaan PUSRATU. Kalau korang berminat, bolehlah pergi atau cuba ke laman web diorang dulu di sini.

PUSRATU merawat penyakit-penyakit seperti berikut:

1. KECEDERAAN TULANG BELAKANG, LUTUT DAN SENDI-SENDI.

2. OTOT, TENDON, LIGAMENT DAN TISU-TISU.

3. MASALAH FUNGSI PUSAT-PUSAT SARAF DAN RANGKAIANYA

4. MASALAH KERACUNAN DAN JANGKITAN KUMAN.

5. MASALAH HORMON ENDOKRIN SERTA KELENJAR-KELENJARNYA.

6. MASALAH PENYAKIT-PENYAKIT DALAM SALURAN DARAH.

7. MASALAH BERKAITAN PENYAKIT METABOLIK

8. SEGALA MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN KEKELIRUAN MENGENALI PEMBANGUNAN PERSONALITI DIRI

* (datang temujanji untuk diagnosis dahulu)


PUSRATU  Sesuai Untuk Siapa?

Sudah menjadi tradisi RATU (Rawatan Tanpa Ubat) sesuai untuk 5 golongan, seperti keadaan ini terjadi bukanlah dirancang, ada 5 golongan dikatakan serasi atau sesuai dengan rawatan ini:

Golongan Pertama:

Mereka yang sudah lama berubat malah bertahun-tahun berusaha, akhirnya hidup terpaksa bergantung dengan ubat juga . Bila makan ubat ada rasa seperti sihat ,jika tidak, ada rasa seperti yang tidak selesa bila tidak mengambilnya.

Golongan Ke 2:

Mereka yang sering bertukar-tukar ubat sudah bertahun-tahun juga lamanya , kadang-kadang ubat yang dimakan bolehlah bertahan selama sebulan atau paling tidak seminggu kemudian terpaksa bertukar dengan ubat yang lain pula, begitulah seterusnya.

Golongan Ke 3:

Orang yang ada penyakit dan sering diserang penyakit namun tidak juga berjumpa punca-punca penyakitnya. Walaupun sudah melalui berbagai-bagai jenis pemeriksaan ataupun ujian mengesan penyakit, namun tidak berhasil.

Golongan Ke 4:

Mereka yang tidak berkemampuan menerima rawatan di klinik atau hospital swasta dengan kos perbelanjaan yang terlalu tinggi yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit (RM). Tanpa ada insuran kesihatan atau tidak bekerja dengan syarikat yang melantik klinik panel.

Golongan Ke 5:

Mereka yang keliru tidak mengenali personaliti sendiri.

So, kalau korang nak cuba bolehlah pergi sendiri ya! Abang saya, katanya dah ok. So far lah tapi tak tahulah kalau lepas-lepas ni. Mengikut kata orang yang diagnos saya hari tu, ramai dah yang dia ubat kena stroke, lumpuh dan lain-lain. Majoriti berkesan. Tapi, diaorang cakap ikut tahap lumpuh jugalah kan.

Selamat mencuba!!! Kita berusaha saja. Kalau ada kanser, cubalah. Serasi ke tidak, kita serahkan pada Allah.

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

47 responses to “Informasi- Pusat Rawatan Tanpa Ubat (PUSRATU)

  1. terima kasih untuk info PUSRATU,owhh ada juga cawangan di johor yer,boleh refer kat web dorang,nak bawak kawan ke situ la nanti

  2. hebat la. kekeliruan personaliti diri pun boleh dirawat =)

    • betul.memang boleh.sebenarnya nak terangkan kat sini panjang sangat.hahaha. ada sebab2 kenapa ada penyakit camtu. semua relate dengan tulang belakang kita dan saraf2 semua.

  3. Memang kita kena usaha sehingga berjaya. tak semestinya rawatan moden yang baik. Macam yang tuhan kata, penyakit yang tiada ubat hanyalah maut. So, berusahalah

  4. banyak juga lihat banner pusratu tapi tak tahu apa2 pun mengenainya.. banyak juga penyakit2 yang boleh dirawat.. thanks atas info pusratu ini. 🙂

  5. Pusat rawatan altenatif macam ni semakin banyak sambutan. x semua rawatan moden berjaya sembuhkan penyakit. last2 doctor suruh bwk balik bila ilmu sains gagal kesan penyakit.

    • ye betul. Doktor moden buat kerja mereka tapi kita sendiri, kalau dah rasa tak serasi..better usaha cuba alternatif yang lain. cuma, pastikan btol2 cara rawatannya mengikut Islam. PUSRATU mmg cara perubatannya dari Mekah.

  6. saakdon bin fadli

    saya nak ke pusratu tapai tak tahu kadmana tempatnya boleh bagp nohp

  7. Salam, berapa lama diambil bagi sesuatu rawatan? adakah bayaran mengikut setiap sesi atau sekali bayar untuk satu rawatan sehingga sembuh?

  8. gben

    bayaran yg dikenakan untuk mndapatkn rawatan berapa????

  9. assalamualaikum… saya nak tanya kat mana pusratu Kg. Paya Jaras Dalam Sungai Buloh pindah ??? boleh bagi saya alamatnya?

  10. schue

    Assalammualaikum… Liz, mahal tu berapa ye? Saya dari sarawak, inshaa Allah nak bawa mak selalu kebas kaki… Tapi, nak tau juga mahal tu agak2 dalam lingkungan berapa ye… Jazakillah khair… 😉

  11. Karima Ahmad

    Baru-baru ini kawan saya telah mendapatkan rawatan di Pusratu.Masaalah tulang belakang dan kaki pendek sebelah..member ni beberapa kali jatuh dan tak menyedari yang tulang kakinya dah pendek sebelah..dia dikehendaki menjalani 3kali rawatan.Bayarannya adalah 1,000 ringgit..namun ianya boleh dibayar secara ansuran..sekali rawatan dia dah merasai berbezaan yg cukup ketara.Sekarang beliau menyaranakan pada sy utk ke sana setelah tahu yg sy punya masaalah yg sama sepertinya…insyaAllah sy akan pergi dan sekarang mengumpul kekuatan utk ke sana…sebab sy ni jenis tak tahan sakit.

  12. Saya baru mlm td buat rawatan pertama. ada 2 rawatan lagi. mmg sakit mase buat rawatan tu. mmg ada rase perubahan skit. tp bahagian sakit stil sakit skit2 lagi. pastu pinggang rase mcm lepas angkat barang berat. cth mcm baru pindah rumah. mmg mcm tu ke? ada sape2 yg ada pengalaman. bole kongsi skit.

  13. fatimah

    ade ada masalah period x teratur,saya da 1 setengah thn kahwin,g check kat hospital doktor cakap telur kurtang matang,bg ubat hormon pun x berkesan,bagu masalah saya ade penyelesaian x??

    • boleh cuba hubungi terus pusat pusrati. kalau dekat, boleh terus datang untuk diagnois penyakit. tapi, kawan saya punya kawan ada masalah macam ni, tapi suami dialah. sperma kurang apa entah…dia berubat dengan ustaz lokman yang bapak mertua ashraf muslim tu. ada surah2 nya..

      skrg dah selesai masalah mereka 🙂
      Lizz´s last blog post ..4 Tips Untuk Layak Jadi UNIQUE Blogger

  14. Ackmal

    Saya tak tergolong dlm kumpulan di atas. Tapi saya mengidap slip disc sejak september yang lepas.
    Sakit ada berkurang selepas mengambil ubat dan physioterapy.
    Tapi sakit tu tidak hilang sepenuhnya. Doktor pakar saya ingin menjalankan neuroplasma pada bulan hadapan jika sakit masih berterusan.
    Boleh ke saya mencuba rawatan ini kerana saya selagi boleh tidak mahu melalui operasi itu.
    Moga dapat penjelasan dari pihak tuan.

    • memang rawatan di pusratu fokus pada slip disc. mereka akan betulkan balik pada kedudukan asal bergantung pada umur dan tahap tulang kita juga.

      saya nasihatkan supaya cari alternatif lain dulu sebab bila dah buat operasi…payah nanti. saya ada contact number seorang doctor yang guna teknologi eletrik (saya tak tahu nama sebenar teknologi tu). dia akan betulkan saraf2 tersumbat sbb penyakit dalam badan kita ni jadi biasanya sebab darah tersumbat.

      so far yg sakit2 kronik, ramai dia rawat. kalau sanggup turun ke johor bahru atau pontian, boleh email saya di lizarazak84[at]gmail.com saya akan berikan no hp doc tu 🙂

  15. siti hawa

    Sakit radang sendi atau rhematouid atritis boleh diubati ke di pusratu?

  16. Mohd Nazreen

    Saya Ada masalah kecederaan lutut semasa main Futsal, x pasti samaada kecederaan ACL atau urat, boleh ke Pusat rawatan puan rawat Dan berapa kosnya?

    • boleh cuba. saya sarankan anda terus hubungi pusratu. berkenaan dengan pos bergantung pada berapa kali rawatan yang diperlukan. untuk first time diagnos sahaja tanpa rawatan RM20 waktu saya pergi dulu.

      kalau rawatan susulan pulak ikut berapa kali sesi. macam abang saya dulu 6 kali sesi RM1000 lebih macam tu tapi Alhamdulillah, tak perlu berulang2 lagi. sudah baik dengan izin Allah 🙂
      Lizz´s last blog post ..Daging Dendeng Homemade

  17. Maimunah Arshad

    As Salam.. saya Maimunah dari Kuching Swak.. saya ada masalah lutut tak dpt di lipat sewaktu bersolat.. pada masa ini saya solat menggunakan kerusi. saya ingin mendapat rawatan di Pusratu.. perlu buat temujanji ke ?

  18. rini

    Boleh kA pusratu merawat sekiranya urat yg tersepit di tulang belakang?

  19. Fatimah bt Zahari

    Saya mempunyai masalah tyroid…apakah masalah ini boleh di ubati?? dan macam mana dengan benjolan besar di leher boleh ke menjadi seperti biasa?

  20. Liz

    Salam Lizza, saya ada emel awk psl no contact doc yg awk mentioned. If can, reply my email asap.

    thanks!

  21. Zambri bin Hashim

    Assalamualaikum Tuan/Puan saya ingin brtanya dan mendapatkan rawatan untuk isteri saya yang sakit paru2 selama 8tahun dan sekarang pulak sakit ada ganguan setiap kali nak solat mesti diganggu dengan kesakitan yang amat sangat di perut dada kaki dan sekarang ni kaki bengkak besar tak larat nak jalan. Saya da banyak tempat berubat tapi belum sembuh dan hospital tu selalu pergi dan makan ubat menurut arahan doctor tapi masih sakit. Mohon Tuan kiranya dapat mencuba mengubati isteri saya.

    Zambri
    no. tel 017 3149211

  22. eda

    Asslmualaikum. Nak tanya kalau budak umur 11 thn boleh ke dptkan rawatan. Dia sering jatuh dan sekrg keadaan dia berjln nampak terencut2. Takut kaki dia jd pendek sebelahlah..

  23. along

    Salam,bole bgtau num hp pusat rawatan ni dan tempat nye.sy di johor bharu.thanks..

  24. hartika ayu

    assalamualalikum. nk tanye johor, kat mane pusat raw pusratu ni. sy nk bw adik yg skit pàkinson, brubat homopati shj, ade prubhn tp brgntung dng ubt d kos yg trlalu mhl.

  25. mustaqim

    Assalamualaikum…nak tnya bole saya dpt nombor tel pusat rawatan atau siape2 bole bg saya tak..

  26. mustaqim

    Assalam,klau tuan/puan nmpk comment dari saya ini..bole tak whatapps tel pusat rawatan ke tel 0175382609 nama saya mustaqim…..abg saya dah cuba mcm2 berubatan tapi xda kesan harap pusat rawatan ni dpt ubatkan abg saya..terima kasih..

  27. ftimah

    Assalam sis..

    rawatan dia cara urutan ke sis? rawatan kene buat berulang ke atau cukup dengan sekali sesi?

  28. kamilah

    Assalamualaikum. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba rawatan di PUSRATU, boleh hubungi no HQ Shah Alam 0194762640. Maaf ye menyelit disini..saya selaku wakil dari Pusratu iaitu seorang juruterapi disana ☺

  29. Fadhlia

    Salam..owner blog ni masih aktif ke? Sy nk mtk no telefon pusratu tu, xboleh bukak pulak web die..mohon jasa baik sape2 yg ade no tu bleh bg kt sy. Dh lame menderita sakit belakang ni.. Time kasih.

    Boleh emel sy di mizzlia_honeyz@yahoo.com

  30. zainurin ab.majid

    Assaalam,

    Saya kerap sakit dibhg pinggang sebelah kiri. bolehkah saya mendapat rawatan di pusratu.

    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge