seo

Informasi – Cerita Tentang Solat Dhuha

11 Oct

 Banner
  • Sharebar

Dhuha secara bahasa ertinya waktu terbitnya matahari. Dhuha menurut istilah ahli fiqih bermaksud naik matahari sampai tergelincir matahari. Solat Dhuha ni bagus untuk mohon Allah murahkan rezeki kita sehari-harian ni.

Bekerja macam nak rak macam mana pun, tapi hakikatnya rezeki kita memang dah dijanjikan oleh Allah sebenarnya. Dulu, saya tak pernah buat Solat Dhuha ni. Ya, memang teruk. Nama je Islam tapi perkara simple saya abaikan.

Sebab tu rezeki tersekat-sekat. hahahaha! Saya jujur dan bukan nak pekung sendiri suka-suka. Tapi, saya sekadar nak berkongsi apa yang saya dah amalkan. Dulu, masa saya buat Umrah di Mekah tak tergerak langsung hati saya nak buat Solat Dhuha ni padahal mak setiap hari lakukannya. Belum terbuka lagi hati waktu tu agaknya.

Tapi, baru-baru ni saya macam rasa tergerak hati pula nak buat Solat Dhuha. Biasalah, kita manusia. Ada masa, saya rasa “sempit” sebab tak ada duit. Waktu tu, ada program TwtUpKaseh ke apa ntah anjuran komuniti Twitter. Saya dah terniat nak beri sikit duit tapi sampai waktu macam duit tak ada pula. Langsung tak ada duit.

Waktu tu, saya tawakal saja. Saya ambil wudhu dan lakukan Solat Dhuha ni buat pertam kalinya dalam hidup saya. (nak gelakkan silakan.hahahaha!) Niatnya 1 je. Saya nak beri sikit rezeki saya kalau Allah izinkan. Saya solat. Saya sujud dan dah selesai. Saya berdoa.

Saya pergi kerja macam biasa. Saya buka email macam biasa, tadaaa!!! Ada rezeki masuk untuk blog Lizarazak.com ni. Waktu tu saya menggigil sebab ya saya tahu inilah rezekinya yang Allah bagi sebab saya minta waktu Solat Dhuha tadi.

Alhamdulilah, walau tak banyak duit tu tapi sebahagiannya adalah milik anak-anak yatim dekat TwtUpKaseh tu. Terima kasih dekat manusia yang sudi jadi “tukang sampaikan” duit tu pada mereka. Siapa? Bukan ahli komuniti tapi kawan saya. Korang nak tahu, buat apa? Tak penting. hahahahaha!!! Dipendekkan cerita, marilah kita selalu-selalu lakukan Solat Dhuha untuk permudahkan rezeki masuk.weeeee

Saya percaya sekarang ni dan yakin seyakinnya. Rezeki Allah itu luas, dari segenap sudut. Selagi niat dan hati kita baik, untuk sesuatu perkara yang baik. Allah akan “bukakan” jalan dan rezeki untuk kita. Saya kongsi cerita simple ni bukan untuk menunjuk. Saya tak baik. Diulangi, saya tak baik. hahahaha! Tapi, saya harap dapat tolong sesiapa yang tengah dalam kesusahan sekarang ni. Pejam mata, tetapkan niat korang, ambil Wudhu dan lakukan Solat Dhuha. Allah Maha Mendengar ya.

Dekat bawah ni, saya sertakan rujukan macam mana untuk lakukan Solat Dhuha ya. Jujurnya, masa nak Solat Dhuha first time dalam hidup saya tu. Saya buka internet (Gelaklah lagi.hehehehe) saya cari rujukan dan Doa Dhuha sekali. Jangan malu untuk mulakan sesuatu yang baru dalam hidup kita ok ;)

Ruang waktu dan waktu afdal Solat Dhuha

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakan Solat Dhuha

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Video Doa Solat Dhuha dan maksud

Credit to: tunfb,  Lupee.info dan Albakri88

p/s:  Lepas Solat Dhuha, korang jangan lupa baca informasi berguna dalam blog Denaihati tentang Pesanan Sifu untuk jadi Blogger berjaya ok. Wajib baca semua komen-komen tu!! Salam takziah juga saya ucapkan buat keluarga jemaah haji yang jatuh bangunan di Madinah.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

11 Responses to “Informasi – Cerita Tentang Solat Dhuha”

  1. LoveHijau 11. Oct, 2011 at 2:05 pm #

    Solat sunat yang terbaik selepas solat subuh berjemaah.Terang bercahaya di dalam kelam pagi,dan disudahi dengan dhuha,Masyaallah…hebatnya.Tahniah buat Liza,kajian terbaru menunjukkan 80% generasi muda di Malaysia tak sembahyang fardhu.Entry nie menjadi pemangkin untuk buat sunat dhuha..tahniah sekali lagi.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    solat fardhu pun saya tengah perbaiki. huhuhuhu. tak ada niat nak nampak hebat tulis entry ni. harap readers boleh terima. saja kongsi.huhuhuuhu.ye, solat dhuha sangat hebat ganjarannya ;)

    [Reply]

  2. azura 11. Oct, 2011 at 3:18 pm #

    inilah salah satu amalan solat sunat yang saya tahu tapi tak amalkan…alahai kadang2 malu sendiri dengan diri…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    samalah macam saya. tahu tapi tak tergerak hati nak buat.tapi,masa pergi umrah hari tu ustaz dekat sana ulang2 cakap. lakukan solat dhuha. lakukan.pahalanya sama macam bukit apa ntah. tak ingat…huhhu.

    [Reply]

  3. Pacifista - X 11. Oct, 2011 at 6:50 pm #

    solat dhuha ni nampak je mudah tapi berat bagi mereka yang tak pernah mengerjakannya…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sebenarnya mudah solat Dhuha. cuma kita yang menyulitkan dia. malu sangat sebenarnya -..- besar ganjaran kalau buat solat ni tapi tulah dah beso2 ni baru terhegeh2 nak buat.wuuuuuu, malu kat diri sendiri sebenarnya ni. 2 rakaat je. tak sampai 10 minit dah boleh siap

    [Reply]

    Sya Isya Reply:

    better late than never. dah buat sekali lebih baik istiqamah coz solat dhuha ni sangat2 baik kalau berterusan diamalkan.

    [Reply]

  4. Denaihati 11. Oct, 2011 at 9:25 pm #

    sama2 le kite berazam berterusan melaksanakan solat dhuha ni, beso fadhilatnye.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    insyaAllah bro. saya baru mulakan.harap beterusanlah jugak.huhuhu

    [Reply]

  5. Syafrizal 12. Oct, 2011 at 7:48 am #

    amalkan sekali selawat ke atas nabi yang dapat membuka pintu rezeki seluas-luasnya…

    [Reply]

  6. muhammad fakhruddin 13. Oct, 2011 at 6:31 am #

    Rindu pula zaman rajin buat di sekolah dulu :(

    [Reply]

Leave a Reply