seo

Hebat! Teater Upin & Ipin The Muzikal

15 Oct

 Banner
  • Sharebar

upin dan ipin

Upin dan Ipin, watak kartun Malaysia paling comel. Kalau betul Teater Upin dan Ipin ni akan dipentaskan tahun hadapan, saya rasa mesti dapat sambutan. Upin dan Ipin ni, jangan kata budak-budak. Mak budak dan atok budak pun suka tonton.

Hahahahaha!!! Pasti hebat Teater Upin dan Ipin ni nanti. Cuma, saya tak dapat nak bayangkan siapa pelakon-pelakon dekat Malaysia yang akan bawa watak dalam teater ni nanti. Siapa ya pelakon yang hebat di atas pentas teater?

Melissa Saila memang hebat teater, lakonan beliau tak pernah mengecewakan. Tengok jelah watak beliau dalam drama fenomena Tahajjud Cinta yang baru je tamat semalam (dengar-dengar ramai tak puas hati dengan ending kan?). Tapi, saya tak rasa beliau akan dipilih untuk berlakon dalam teater Upin dan Ipin ni. Tak kot.

Zahiril Adzim pula macam mana? Watak apa ya dalam Teater Upin dan Ipin ni yang seusia pelakon Klip 3GP dan Juvana ni? Ade ke watak orang besar ya? Saya rasa tak ada. Kalau ada pun, atok yang dah tua, kakak si Upin dan Ipin, nenek dan pakcik-pakcik kedai kan? hahahaha

Ok ok, saya rasa mungkin tak ramai pelakon dewasa dalam teater Upin dan Ipin ni. Mesti penuh dengan kanak-kanak sekolah je. Apa-apapun, harapnya teater ni akan mendapat sambutan ramai. Good luck untuk pengarah dan penerbitnya nanti!!!!

Teater Upin & Ipin The Muzikal

KUALA LUMPUR – Siri kartun Upin & Ipin yang telah mencetuskan fenomena di Malaysia dan Indonesia yang ditonton jutaan penonton televisyen di dua negara itu akan diangkat pula menerusi pementasan teater di Istana Budaya (IB) di sini tahun depan.

Penerbitnya, Les’ Copaque Productions sudah pun bersetuju memberi kebenaran kepada sebuah produksi untuk mementaskannya dengan kos yang dijangka mencecah sehingga RM2 juta di mana ia akan diarahkan oleh pengarah teater, Zaifri Husin.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, itu adalah kali pertama watak Upin & Ipin dipentaskan di atas pentas teater muzikal selepas lebih tiga tahun siri kartun itu berjaya menambah hati golongan kanak-kanak di Malaysia dan Singapura.

“Kami sudah berbincang dengan pihak IB di mana mereka bersetuju memberi slot pementasan teater muzikal ini di sana pada sekitar bulan April tahun depan yang jatuh sewaktu musim cuti sekolah. Sebagai penerbit, kami yang akan mengeluarkan bajet RM2 juta itu.

Untuk berita penuh berkenaan Teater Upin & Ipin The Muzikal ni korang boleh baca sendiri dekat Portal Berita Terbaik Mynewshub.my ok.


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

  • No Related Posts

7 Responses to “Hebat! Teater Upin & Ipin The Muzikal”

  1. pharmalif 15. Oct, 2011 at 2:10 pm #

    memang minat upin dan ipin…best!

    [Reply]

    Lizz Reply:

    My fren org cina pun minat.hahahaha

    [Reply]

  2. pjah 15. Oct, 2011 at 5:07 pm #

    zahiril boleh pegang watak abang sallay a.k.a salleh..hahaha

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Hahahaha.janganlah.patah patah tangan die kang -..-

    [Reply]

  3. shah blogger 15. Oct, 2011 at 5:27 pm #

    hehe terbaek kartun ni. jadi revolusi rakyat mesiaa dah :D

    sbb suara n animasi dorg cute2 :D

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Kan?syiok btol dengar die sebut betol betol betol.cute sangat!!!

    [Reply]

  4. ohcikgu 16. Oct, 2011 at 8:12 pm #

    wahh, ini sudah bagus. :)

    [Reply]

Leave a Reply