Cinta Muka Buku Atau Cari Idea Untuk Tulis Buku

Lagu Cinta Muka Buku memang tengah meletup sekarang. Cinta Muka Buku? Apa kaitan dengan entry? Tak, Cinta Muka Buku hanya sebuah lagu sahaja. Menariknya, bila saya dengar lagu ni, saya dapat idea untuk tulis buku! hahahahaha

Ok cop, saya bukan hebat sangat nak tulis sebuah buku. Tapi, macam saya beritahu dekat atas. Saya sibuk nyanyi-nyanyi lagu Cinta Muka Buku by Najwa Latif ni, lepas tu terus terfikir. Best juga kalau dapat peluang hasilkan 1 ebook kan?

Kebetulan, semalam blogger yang tak kedekut dengan ilmu SEO iaitu Firdaus ni dah buat 1 entry best punya yang buat saya semangat nak hasilkan ebook sendiri pula “7 Sebab Kenapa Blogger Mesti Menulis Ebook?“. Berkait sangat kan? Dengar lagu Cinta Muka Buku, dapat pula idea daripada Blogger yang dah pernah hasilkan ebook. Petunjuk yang sangat baik! Weeeeeee

Cuma, saya ni bukan hebat macam Najwa Latif yang petik gitar, terus dapat cord lagu untuk Cinta Muka Buku dia tu. Saya tak sampai level tu lagi. hahahaha! Saya perlukan perancangan dan idea untuk ebook saya tu. Ada sesiapa nak tolong? hehehehe

Ok, tak apa. Orang kata, kalau kita ada 1001 idea sekalipun tapi tak ada sebarang tindakan. Sia-sia je lah. Jadi, semalam sambil dengar-dengar lagu Cinta Muka Buku yang sangat santai tu. Saya buka Microsoft Word dan saya tulis ini 😉

idea tulis ebook

Ok, Atas ni saya saja-saja rangka isi ebook yang kalau diizinkan Allah. Mana tahu, 1 hari nanti betul-betul saya siapkan.hahahaha!! Lepas tu, tiba-tiba saya rasa saya nak “compile” kan entry-entry berkaitan tips SEO yang pernah saya tulis dekat dalam blog ni sekali.

Al-maklum, kadang-kadang readers ni bukan ada masa sangat nak belek-belek cari entry lama kan? Itu yang saya terfikir nak jadikan ebook tu. Baru terfikirlah. hehehehe! Mungkin, selain tips pasal blog, penulisan dan SEO..saya ingat nak compile kan juga entry-entry berkenaan motivasi yang pernah saya tulis. Kalau orang lain tak nak beli, saya beli sendiri. hahahaha!! Mudah sikitkan nak baca?

Tapi, ini semua perancangan saya. InsyaAllah, kalau Najwa Latif boleh berjaya dengan lagu Cinta Muka Buku dia. Kenapa saya tak boleh cuba untuk hasilkan buku teruskan? hehehehe! Doakan saya ya dan kalau betul saya siapkan ebook-ebook ni, ada tak yang sudi beli? -..-

Artikel Berkaitan

29 responses to “Cinta Muka Buku Atau Cari Idea Untuk Tulis Buku

  1. Nak beli ebook Puan Liza Razak tulih…. -..-

  2. insyAllah semoga berjaya buat ebook 😀 hendak 1000 daya kan.. err agak2 bg free ke jual? hehehe

  3. wah cik liza dah nak mula buat ebook pulak?memang lepas ni income ribu2 punya 🙂

  4. Mantop!

    Saya belum berhajat tulis ebook, tulis laporan ringkas je kot

  5. cara bijak tu liza…kena ada pewaris tips seo…

  6. zul

    kalau ada ebook yang versi percuma lagi best 🙂

    • insyaAllah ada sebagai pengenalan. hehehehe. the idea is, nak buat ebook dan jual dan kalau laku ada bahagian untuk orang yang memerlukan. itu yg minta support readers kat sini -..-

  7. agak2 berapa lama nak siapkan ebook nie yer? hehehe.

  8. wahh..kagum giler ngan ko..ko punye improvement dlm dunia blogging ke dunia buku ..kagum giler..nanti aku support ebook ko..
    aku kalo stakat tulis buku..hanya mampu tulis diari harian aku je..hehehehe

    • hehehehe. rasa sayang kalau ada sedikit ilmu, tapi kita tak share dekat orang. ada rezeki, income dari ebook boleh bantu mereka yang kekurangan. InsyaAllah, doakan aku eh -..-

  9. ebook senang kena copy/copyright sebab softcopy.
    dah boleh order ke? dah ade 1 customer ni..he..he

    • ye betul. tapi, nak hasilkan buku belum mampu lagi.kena ada modal agak besar.nanti tapi insyaAllah nak juga 1 hari nanti.hehehehe

      aww, ada supporter camni, terus rasa nak sambung habiskan tulis ni.hahahahahaha.thanks bro untuk sokongan tu

  10. ok. ko buatlah elok-elok. Pastu, bagi aku free aa..

  11. menarik idea tu, disamping berblog, dalam masa yang sama, boleh buat ebook bagi blogger yang baru nak ceburkan diri. boleh jadi rujukan. lagi bagus kalau terbitkan buku terus.. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge