Bajet 2012 Katanya Akan Tangani Masalah Golongan Berpendapatan Rendah. Kita Tengok Nanti!

bajet 2012

Bajet 2012 akan dibentangkan tidak lama lagi. Bajet 2012 akan dibentang oleh Perdana Menteri. Bajet 2012 katanya akan dapat atasi masalah golongan yang berpendapat rendah. Kita tengok nanti ya!

Tapi, saya pasti waktu berlangsungnya pembentangan Bajet 2012 ni golongan yang paling berdebar-debar mesti golongan kakitangan kerajaan. Mesti semua nak tahu ada tak kenaikan gaji atau bonus mereka nanti. hahahaha!!! Untunglah orang kerja kerajaan ye tak?

Giveaway Bulan Oktober, Menangi RM 100,000!

Korang boleh baca balik pembentangan penuh bajet 2011 tahun lepas. Baca betul-betul dan cuba semak balik berapa peratus yang akan buat rakyat “senang”. Cukai cukai cukai. hahahaha!!! Entahlah, tapi harapnya Bajet 2012 ini akan lebih baiklah hendaknya.

“Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di sini.

Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus. Perdana Menteri berkata strategi yang akan diumumkan dalan Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

Najib berkata pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan. Selain itu katanya, ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini. Katanya ia berikutan aktiviti perbelanjaan, permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan negara.

Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil,katanya.

Najib berkata Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global.

Kerajaan akan pastikan ekonomi terus kukuh dengan langkah-langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik,katanya.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009. Katanya peningkatan itu menunjukkan kejayaan strategi negara dalam menggalakkan pelaburan domestik dan asing serta meminimumkan impak dunia luar kepada ekonomi negara.– BERNAMA

Credit gambar: Yanmieonline.com dan Portal Berita Terbaik Mynewshub

Pembentangan Bajet 2012 ini akan dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 7 Oktober, 2011.

Artikel Berkaitan

14 responses to “Bajet 2012 Katanya Akan Tangani Masalah Golongan Berpendapatan Rendah. Kita Tengok Nanti!

  1. Harap-harap begitu la,tanpa golongan berpendapatan rendah,tiada juga golongan berpendapatan tinggi,sesekali hargai gologan berpendapatan rendah apa salahnya

  2. Rasanya supe tule gak lpas ni pon..

  3. harap2 la saya kena tempiasnya 😀

  4. awal dah bentang bajet tahun ni kan…tahun lepas hujung tahun….emmm

  5. orang x kerja gomen pun x sabo nak tunggu budget 2012 ni.
    mudahan dapat tempiasnye.

  6. aku tunggu dua-dua pihak bentang bajet. Bandingkan dan tengok…

  7. Pingback: Live Streaming Pembentangan Belanjawan 2012 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge