Video Promo dan Sinopsis Cinta Elysa TV3

sinopsis cinta elysa

Sinopsis Cinta Elysa ni saya ambil dari blog Anastasyea. Sinopsis Cinta Elysa ni terlambat sikit saya kongsi. Ingatkan Cinta Elysa ni tak best. hahahaha! Semalam baru start, saya tengok dan boleh tahan juga drama ni. Boleh layanlah kiranya.

Cinta Elysa merupakan drama baru dalam slot Lestary TV3. Drama ni melibatkan pelakon-pelakon yang agak terkenal juga. Ada ke orang tak kenal Fasha Sanda? hahaha!Dia baru lepas berlakon dengan Iqram Dinzly dalam cerita Dewa Cinta. Ok, hero drama ni pulak Johan Arif atau lebih popular dengan watak Botak Juvana. Pergh! Memang best lakonan Johan dalam drama ni.

Psst, kalau baik hati bolehlah baca entry saya “Hari Merdeka 2011:Jangan Biar Malaysia dijajah Lagi” sempena menyahut
cabaran RM1000 Malaysia #Merdeka54 anjuran Denaihati

Tapi, tak boleh nak komen panjang sangat sebab Drama Cinta Elysa ni baru 1 episod. Kena tengok episod-episod seterusnya dululah kan? Boleh ke tak drama ni lawan drama Nora Elena? Antara pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama ni Sherry Merlis dan Zila Bakarin. Wehoo! Mesti lelaki suka tengok bibir Zila ni. hehehe!! Seksi ke seksa, saya pun tak tahu -..-

So, apa-apapun jom baca Sinopsis Cinta Elysa ni dulu. Kalau korang belum tengok episod 1 semalam, kira saya boleh suggestlah jugak tengok sebab drama ni kategori boleh dilayan. hahahaha! Eh, jangan lupa hari Jumaat ni ada Tahajjud Cinta ok selepas 2 minggu bercuti raya.hahaha!

Sinopsis Cinta Elysa Slot Lestary tv3


Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan Botak Juvana yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang sangat membenci Aril dipegang oleh Zila Bakarin manakal sepupunya yang perempuan bernama Elysa lakonan Fasha Sandha.

Jasman, yang merupakan bapa saudara kepada Aril ni sebelum dia meninggal dunia, mewasiatkan Aril supaya menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya. Jasman mahu Aril menjaga anak-anaknya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.

Watak Aril adalah seorang yang samseng dan dianggap pemuda bermasalah serta dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dibenci dia terpaksa menjalankan amanah dan tanggungjawab besar bapa saudaranya itu walaupun terpaksa berhadapan dengan ibu saudaranya yang sentiasa ingin menjadi penghalang.

Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dalam diam, Aril menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh kerana cintanya yang kuat kepada Elisa, Aril masih tinggal di rumah tu walaupun dalam kebencian mak saudaranya setiap hari. Elysa pula, yang pada mulanya membenci Aril disebabkan kelakuan Aril yang samseng itu, namun lama kelamaan dia melihat diri sebenar Aril yang baik dan selalu melindunginya dari diganggu oleh lelaki lain. Sejak itu, berputiklah sayang Elysa terhadap Aril.

credit to: Anastasyea dan nurizspace

Video Promo Drama Cinta Elysa tv3

Kalau tanya saya personally, memang baca sinopsis Cinta Elysa ni boleh tahan. Terbitan Suhan production biasanya jalan cerita best jugak. So, enjoy ok!!! Selamat menonton!

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

31 responses to “Video Promo dan Sinopsis Cinta Elysa TV3

  1. Tak sabarยฒ nak tunggu episod seterusnya.

  2. Johan Arif ni memang sesuai sangat la berlakon watak jahat. Cool! 8)

  3. ganti ana lulu ni…semalam dok layan vampire diaries kat 8tv tak tengok pulak…

  4. Hurmmm….. botak dah layan citer feeling la skang nie…anyway i like ZILA BAKARIN….ekekeke

  5. Hari jawapan dia 13.. hehe

    Botakkkkkkk !!!!

  6. saya rasa best cerita ni boleh lah layan…

  7. xingat nk tgok citer ni semalam..ingat pon sebab dengar lagu stacy..tgok dh kol 10..huh..apasal la leh lupa..hehe

  8. Cerita ni yang heboh kat tweet tu. malangnya memang tak tgk.. huhuhu

  9. memang peminat botak tapi heroin fasha la plak..
    takpela yang penting ada botak..
    bagus juga dia ni belakon citer jiwang..:)

  10. dah makin banyak tajuk2 drama yg guna perkataan CINTA. kadang2 rasa macam tajuk klise pulak walaupun jalan cerita mungkin lain

  11. dialog mamat botak x berapa botak tu “samseng mmg macam tu puan, bukan gelas je dia pecahkan, kepala pun dia pecahkan” ekekekeke

  12. cerita ni best sebab pertama kali la kan “Botak” berganding dengan Fasha Sandha,mesti best la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge