Tips Menulis: Masa, Idea dan Mood!

Blogger hanya penulis di dalam blog dan bukannya robot. Kadang-kadang, idea ada tapi mood tak ada pun susah juga. Kan? Mood ni bukan boleh kita paksa-paksa. Pada saya, perkara macam ni biasa. Kita manusia, perlukan masa rehat.

Kalau perasan, hari Jumaat dan Sabtu baru ni saya langsung tak update blog Lizarazak.com ni. Entry terakhir dalam blog ni ialah informasi berkenaan Jadual Peperiksaan PMR 2011 untuk rujukan adik-adik kita. Sebenarnya, saya sengaja tak update.

Jadi blogger perlukan masa rehat. Bila kita menulis, kita berfikir. Lainlah kalau saya menulis entry copy paste. Memanglah senang kerja tapi saya tak nak jadi blogger yang tak ada etika macam tu. Saya minat menulis. Even, kalau saya buat review filem atau drama-drama tv sekalipun. Saya tak akan copy paste kecuali sinopsis je lah.

Pada saya, seorang penulis akan dapat kepuasan bila dia dapat menulis dan bukan mencuri hasl tulisan orang. ahaks!! Berbeza tahu perasaan dia! hehehe.

Blogger kerjanya menulis. Menulis perlukan masa dan idea. Sebab itu kita kena rancang betul-betul bila waktu yang sesuai untuk kita menulis entry, kena cari betul-betul waktu yang kita rasa akan dapat menulis dengan baik dan waktu tulah idea kita kemungkinan akan datang mencurah-curah. wahahaha!!

Bukan main tembak je tau nak jadi penulis ni. Macam saya, biasanya saya akan menulis entry sebelum tidur (2 pagi – 3 pagi) sebab saya tahu waktu ini idea saya akan datang macam air terjun. kahkahkah!!! Alasan? Sebab semua orang dah tidur dan tak ada gangguan bunyi bising.

Sebenarnya, setiap orang ada cara dia. Ada yang suka bising. Ada yan tidak. Tapi, jaranglah saya dengar penulis suka menulis waktu bising. kahkahkah!!! Ok, 2 perkara yang penting. masa dan idea. Lagi 1, ini pun penting juga. Mood menulis!

Pergh. Ini paling kritikal. Korang tak akan boleh update blog kalau tak ada mood nak menulis kan? Setuju tak? penulis ni, biasanya dia tak ada masalah menulis tapi bila mood dia hilang…selamat jalan romeo lah blog! hahahaha.

Tapi, jangan risau. Bukan perkara peliklah pada blogger. Blogger memang perlukan masa rehat! Jangan paksakan sangat diri tu nak update blog sebab risaukan trafik jatuh. Alahai, jangan sampai jadi hamba blog ok. Bahaya! Unless, korang memang full time blogger dan 100% income dari situ. Maybe bolehlah paksa-paksa diri sikit kot.hehehehe

Jangan paksakan diri sangat. Kalau rasa tak ada mood, berehatlah sekejap. Tapi, jangan lama-lama sangat. Tengok macam saya. 2 hari bercuti menulis ok apa!!wakakakaka!!! Now, dah rasa segar bugar balik nak ngadap dashboard. ahaks!!!

Rasa lebih semangat nak menulis!!! wehoooo!!! So, to bloggers jangan lupa rehatkan otak jika perlu. Kita manusia dan bukan robot. ngeh!! Good luck semua! Korang dah register untuk join Denaihati Blog Directory belum? Cepat-cepat buat now! Lagi cepat join, lagi cepat dapat faedah 😉

p/s: Dengar cerita, Filem KL Gangster 2 dah nak mulakan pengambaran!! hebat hebat

p/s/s: Ramai pulak request nak tahu prestasi innity saya ek? Agak-agak innity lagi hebat ke nuffnang? hahahaha!! Nanti sya update ok

Artikel Berkaitan

38 responses to “Tips Menulis: Masa, Idea dan Mood!

  1. kami pula blogger part time,
    busy tapi jadi blogger juga..hehe
    yang paling penting kita minat berblogging tanpa menyusahkan diri sendiri..:)

  2. zul

    Setuju tu, mood sangat penting waktu menulis.. 🙂

  3. betol tu kak! setuju sangat. aida ni selalu update blog ikut mood.. kalau time happy,entri happy yg aida hasilkan. but kalau time bad mood,jarang skali la aida update blog time badmood camtu. orang baca pun,sure tension baca blog aida. ;p kekadang time boring,aida update jugak even pun idea tarakkk.. tapi update je la walaupun pun entri hampeh. orang pun sure boring baca. kan.. >.<

    but lepas ni taknak dah wat camtu. tunggu bila betol2 ada idea yg best(best bagi aida la. ;p ) baru aida update blog. 😀

    • hah, thanks bagi komen bernas dik.hehehe. betul, sebab itu kalau bad mood..tak payah update blog pun ada bagusnya sebab kadang2 kita terlepaskan “mood xbaik” kat entry.sian readers baca.akak pernah terbuat.mmg rase nyesal.wahahahahaha

  4. neo

    untuk menjadi penulis yang baik tidak sukar namun memerlukan masa dan usaha. tetapi jika ada minat, usaha, konsistensi dan ada fokus untuk berjaya sudah tentu kita akan dapat membina blog yang baik.

    mood, masa dan idea untuk saya menulis tidak terbatas namun selalunya saya akan menulis jika saya rasakan ingin menulis – lain orang lain caranya 🙂

    • stament last untuk secara tak langsung neo dah bagitau, neo akan menulis bila rasakan ingin menulis. itulah namanya mood menulis masih ON. hehehehehe!!!

      yep, betul. suka pulak baca ur comment. simple but ada isi and tips sekali ni untuk kami 😉 thanks!

  5. hahah akak baru sehari dua tapi zida ni lately ni mcam dah takde idea nak tulis apa, blog pun dah tak meriah macam dulu sebab macam dah tak ramai je jejak.

    biarlah, blogging dngan kepuasan itu lebih penting. hhuhuhu

    • blogging memang camni. ada masa blog kita laris. kadang2 kosong. akak nyer blog pun sama. hahahaha!! tapi, berbalik pada minat kot. kalau dah minat menulis tu, orang ada komen ke tak..abaikan je. if ada, alhamdulilah, if tak ada kite syok sendiri pun xapa.kahkahkah

  6. memang betul liza kadangkala memang tak ada mood, sekarang saya guna cara draft artikel sendiri, cari satu tajuk dan karang, tak habis karang hari ini sambung esok, so ada backup nak publish nanti…kalau artikel sendiri karang memang jenuhlah, kalau copy paste tu sekali sekala cedok juga…

    • copy paste yang tujuanya untk share tu tak apa for me,niatnta nak berkongsi tapi bila copy paste n buat harta sendiri tu…pergh!! tak baik kan? rasanya my frens semue ok tak ade terjebak.kikikiki

  7. Btl perlu berehat. Mana nak tahan tiap jam runing hotak fokus kat blog kan.. Ada masalah dalam bab ni : selalunya saya menulis lebih dari 4 jam 1 artikel.. Sbb bnyk smbl tgk tv, makan minum, spa okok ileks2,lain lak teknik nk buat entri. pehh cukup hebat la sape leh tulis2 5-6 entri sehari tu 😀

    Say no for penciplak..

    • owh, kalau cara shah memang camtu tak apa. macam saya, memang tak boleh fokus tulis blog kalau sambil2 buat kerja lain. sebab tu, 1 artikel boleh buat dalam masa 20 minit.hahahaha!!! kalau tulis sambil2 je, memang 66 jam tak siap. leka tgk tv.kikikiki

  8. tiga-tiga tu tak stabil cemana?

  9. Ikut mood itu pun kena tengok-tengok juga… Kalau dah sampai 2-3 minggu tak ada mood nak update blog masalah juga tu. 🙂

    Apa-apa pun yang penting ambil tindakan. Jangan biarkan benda yang remeh-temeh menjadi penghalang.

    Ada blog buat apa peram tak update-update. Baik tulis sesuatu. Biarlah ada sikit-sikit perkataan asing yang pelik-pelik. Tatabahasa tunggang terbalik… Perkataan tak sesuai…

    As long as orang boleh faham maksud yang kita nak sampaikan dan kita dah cuba yang terbaik nak sampaikan apa yang kita nak sampaikan. Itu pun sudah memadai… 🙂

    • 2-3 minggu tu bukan berehat n niat nak rehatkan otak kot.tu amik mood nak bersara.hehehehe. perkataan asing pelik-pelik? kat blog ni dulu-dulu selalu ada tapi now dah kureng kecuali owner dia gila terlebey sikit, i akan guna perkataa pelik sepeliknyer.hahahaha

  10. isi utk blog aku mmg dah ready byk dh tp kemalasan + xde time nk update. tp ttp kena makesure sehari sekali update, lps mkn. ceh, mcm mkn ubat lak. hahah

    • ur blog kalau betul2 senang sebab ada niche sendiri. source melimbun kat tenet ni tapi itulah tinggal malas x jelah kan.hahahaha!! lepas makan?? gedik wei!!hahahahaha

  11. jika aku seorang robot,
    kawan-kawan semua robot.
    25jam sehari
    8 hari seminggu
    tidak kenal erti cuti rehat…

    jika aku seorang blogger
    kawan-kawan semua blogger.
    24jam sehari
    7 hari seminggu
    sangat kenal erti penat…

    hehe… 8)

  12. memang ada macam-macam cara tidak kira waktu atau tempat untuk menulis. saya pun lama sungguh tak menulis di blog WordPress tu hehe. tapi sekarang tumpu pada blog perawatan alternatif.

  13. Saya lebih keppada mood.
    klu x de mood saya tepek gambo je

  14. saya dapat idea bila masuk jamban.. huhu

  15. sokong ngan ko lizz..bila dapat mood + idea mencurah2..rasa lebih puas hati bila penulisan kita dah terpapar kat depan muka surat entry..hehe..=D

  16. baru je lepas rehat seminggu.tu pun sebab demam.haha :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge