Sinopsis Drama Soffiya Slot Akasia TV3

drama soffiya

Drama Soffiya menggantikan Kasih Alia di Slot Akasia. Drama Soffiya menarik, Tiz Zaqyah sebagai “pelaris”. Drama Soffiya ni pada saya boleh layan sebab pelakon-pelakon terlibat semua boleh tahan popular. Tiz Zaqyah tu memang pelaris untuk drama ni.

Kenapa? Hello, walaupun nama Tiz Zaqyah ni orang sebut-sebut dengan perkara-perkara yang agak kurang didengar. Contoh macam hal katanya dia agak sosial di luar ke apa. Tapi, dia tetap ada peminat dia sendiri. Rasanya, peminat Tiz memang tengah tunggu kot lakonan beliau dalam Drama Soffiya ni!

Selain Tiz Zaqyah, antara pelakon yang terlibat dalam Drama Soffiya TV3 ni adalah Fizo Omar, Izara Aishah, Azhar Sulaiman dan Syazwan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Apek dalam Drama Juvana. Jom baca sinopsis drama ni dulu ok.

Sinopsis Drama Soffiya TV3 Di Slot Akasia

Drama ini di bintangi oleh pelakon popular Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Soffia, beliau merupakan seorang gadis yang lincah dan periang, ayah soffiya merupakan seorang doktor dan ibunya pula sering mengalami masalah kesihatan, selepas berlaku satu kejadian yang hitam, rutin hidup soffiya mula berubah, dia menjadi seorang yang pendiam dan murung, nasib buruk terus menimpa Soffiya sehinggalah dia dimasukkan kedalam penjara, dan baru ketika itulah dia mula mengenal erti cinta. Namun Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri, dan Soffiya pun berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, tidak cukup dengan itu, ketabahan Soffiya terus diuji sekali lagi bila mana cinta pertamanya sebelum ini adalah merupakan anak tirinya sendiri.

Untuk tonton video Promo Drama Soffiya ni, korang boleh tengok dekat blog Kak YanmieOnline. Semalam saya sempat tengok drama ni, not bad tapi nak puji lebih-lebih memang tak boleh lagi sebab baru sangat. hahahaha!! So, korang layanlah dulu ok.

p/s: Dah baca entry ni? Hajjah Makcik Sitt AlWuzara yang sebenar

Artikel Berkaitan

13 responses to “Sinopsis Drama Soffiya Slot Akasia TV3

  1. nak kata best okla sebab baru kan…cuma teringin pulak tengok tiz pakai tudung lagi cantik dan comel…kalau pakai tudung lagi nampak muka budaknya…

    • dalam cite ni tak ada kot tiz pakai tudung.hehehe. but in real life, tiz sangat beradab orangnya. walaupun pakaian xtutup mana (xnak masuk campur.hehehe) dia tak sombong.

  2. wahh, ada tiz zakiah. haha..

  3. episod 2 punyalah sakit hati tengok adeii

  4. sakit hati gile kat bapak yaya ni..asyik nak rape anak je keje..aishh..
    p/s:haha..opssss..teremo plak..

  5. wah kena layan lagi ni….
    baru jer lepas kasih Alia dah ada citer best lagi huhuhu 😛

  6. Jangan segan2 dan malu-malu untuk downlaod setiap episode dekat sini..http://adf.ly/2q7Jv… kini episode 3

  7. Tak sempat sgt nak follow cerita ni,tp ramai yg dah mula cakap psl cerita ni. Nampaknya saya kena follow thru tonton.com huhu

  8. Pingback: Download Drama Sofiyya Slot Akasia TV3 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  9. Pingback: (SINOPSIS) Episod Akhir Drama Soffiya Slot Akasia TV3 | Adam Roslan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge