seo

Permohonan MRSM 2012 Secara Online (Tingkatan 4)

27 Sep

 Banner
  • Sharebar

Permohonan MRSM 2012 akan dibuka tidak lama lagi dan permohonan MRSM 2012 ini boleh dilakukan secara online. Permohonan MRSM 2012 adalah untuk pelajar-pelajar yang akan naik ke Tingkatan 4 sahaja.

Kalau korang dah berumur tu, tak payahlah sibuk-sibuk pulak nak join permohonan MRSM 2012 ni. Kena ketuk kang. wahahaha!! Seronok je kan sekarang ni. Semua perkara dah boleh buat secara online je. Bukan macam kita semua dulu, kena ambil borang dekat pejabat pos, isi kemain dengan pen hati-hati.hahahaha!!!

So, kepada adik-adik yang akan menduduki PMR tak lama lagi. Silalah belajar sungguh-sungguh. koleksi soalan percubaan PMR 2011 saya dah sediakan dekat sini. Dekat blog Cerita Sensasi pun saya ada kongsikan juga. Silalah ulangkaji ok. Untuk maklumat berkenaan Jadual Peperiksaan PMR 2011 pun boleh boleh check lagi sekali. Dekat bawah ni, saya kongsikan maklumat berkenaan permohonan MRSM 2012 yang saya dapat dari website eputra. Untuk maklumat lebih lengkap, boleh terus ke website EPutra ok.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.

Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
  • Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012. (dibuka mulai 3 Oktober 2011)
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:

Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Good luck untuk adik-adik!!!! Harap maklumat berkenaan permohonan MRSM 2012 ini membantu sedikit sebanyak.


    Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

    18 Responses to “Permohonan MRSM 2012 Secara Online (Tingkatan 4)”

    1. afiq aiman 27. Sep, 2011 at 6:28 pm #

      entah kenapa tak minat dengan MRSM. lebih cenderung kepada SBP hihi :) tapi kalau bab pinjaman MARA memang berminat sangat ekeke

      [Reply]

      Lizz Reply:

      hahahaha.sabo jelah die ni.ktorg memang nk sgt masuk dulu tp xlayak lak.kahkah

      [Reply]

    2. eyriqazz 27. Sep, 2011 at 7:37 pm #

      huk3..dulu bercita2 nak masuk mrsm..apakan daya,result kurang bagus….

      [Reply]

      Lizz Reply:

      samalah!!hahaha.tp xper ade rezeki kat tmpt lain ;-)

      [Reply]

    3. pharmalif 27. Sep, 2011 at 8:47 pm #

      Nak masuk MRSM Cik Liza…. cepat ketuk saya!!!! hehehe

      [Reply]

      Lizz Reply:

      *ketuk kepala dia!!!!* hahahahaha!!!! biarlah adik-adik pulak :P

      [Reply]

      pharmalif Reply:

      xnak!! nak jugak masuk.. xpenah dapat masuk MRSM.. mak x bagi….

      [Reply]

    4. Juan 28. Sep, 2011 at 11:40 am #

      mrsm sudah terlepas, saya da besar skrg, heheh

      [Reply]

      Lizz Reply:

      hahahaha. samalah. tak apalah :P

      [Reply]

    5. azura 28. Sep, 2011 at 3:18 pm #

      saya tak pernah masuk asrama penuh liza sebab kakak2 saya semua duduk asrama dari tingkatan 1, so bila time saya semuanya tak boleh hi hi hi…

      [Reply]

      Lizz Reply:

      baguslah. mesti parents zura sayang lebey sket.tu yg sayang nak bagi dok jauh.hehehehe

      [Reply]

    6. Fakarepain 28. Sep, 2011 at 7:07 pm #

      jom3 msuk meresem ( MRSM dibaca laju ).. hihi

      [Reply]

      Lizz Reply:

      hahahaha!!kalau eja camtu, masuk tadika balik boleh lah.hehehehe

      [Reply]

      Fakarepain Reply:

      tadika terima ke plajar berjanggut kak??? hihi

      [Reply]

    7. shee:) 07. Oct, 2011 at 3:52 pm #

      emmm, boleh sy tnye, waktu nak daftar tu nak tulis ape ye kalau ibu dah meinggal utk ruangan pekerjaan ibu ?
      and lg satu, nnti nak pos ape lagi selain borang tu?
      t. kasih :)

      [Reply]

    8. iynt 16. Oct, 2011 at 7:21 pm #

      mcm mana kalau nak merayu masuk MRSM?

      [Reply]

    9. miu 25. Dec, 2011 at 2:13 pm #

      so, kira dah lambat la untuk kteorang nk apply for MRSM skg ni? sebab, baru terbuka hati nak mohon. ingatkan tak layak mohon sebab trial agak teruk.. heheheh.. so, rayuan boleh? mcm mne ek? apa cara sekali pun… pleaseeee~

      [Reply]

    Trackbacks/Pingbacks

    1. Good Luck Untuk Calon-Calon PMR 2011 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 02. Oct, 2011

      [...] sendiri dan buktikan pada ibu bapa ok. Good luck!!! Sesiapa yang nak masuk MRSM tu, bolehlah buat permohonan MRSM secara online nanti ok var addthis_config = {"data_track_clickback":}; // [...]

    Leave a Reply