Pengalaman Mengerjakan Umrah di Al-Haram, Mekah

Salam Jumaat, rasanya sesuai kot kalau saya nak share serba sikit pasal pengalaman saya melakukan Umrah hari ini. Lagipun, Jumaat. Cuma, harapnya tak adalah yang kata saya nak menunjukka ke apa ya. Tak ada niat pun, cuma saya tergerak hati nak share lepas terjumpa 1 blog hamba Allah ni.

Blog Pengalaman Di Kota Makkah betul-betul buat saya rindu dan teringat semula pengalaman mengerjakan umrah di sana. Rindu bila tengok balik gambar-gambar Al-Haram (masjidil Haram). Melihat Kaabah yang jadi kiblat kita semua. Pergh!!!

Yang menariknya, penulis blog tersebut merupakan pekerja di Hotel AL-JEWWAR ROYALE ORCHID iaitu tempat kami 1 family stay selama berada di sana. Haih, makin rindu!!!

Saya cuma share kan apa yang saya rasa patut jelah kot. Ikutkan banyak pengalaman dekat sana. Baik yang elok mahupun kurang elok tapi itu semua pengajaran. Alhamdulilah, saya diberi rezeki Allah S.W.T untuk ke Mekah mengerjakan umrah 2 kali. Syukur sangat.

Ikutkan, saya tak pernah terfikir langsung akan dijemput. Saya sedar siapa diri saya. Saya banyak lalai dan tak buat suruhan Allah. Saya ingat lagi, masa umrah pertama. Saya takut sangat bila tiba-tiba je 1 hari tu abang saya cakap “Nanti ambil cuti,tiket umrah dah beli”.

Rasa macam nak tercekik dengar. hahahaha! Sebenarnya beberapa hari sebelum tu, saya ada tonton pasal umrah dekat Astro Oasis dan bila tengok Kaabah memang saya cakap dalam hati “agak-agak bilalah aku dapat pegang Kaabah. Bila dah tua agaknya, waktu aku dah betul-betul BERSIH. Tapi,kalau dapat pergi sekarang best juga”.

Tapi itulah, tak BERSIH dan SUCI lagi pun Allah dah jemput ke Mekah. Allah memang tahu niat hamba-Nya. Saya rasa, saya macam tak layak dijemput ke sana waktu tu. Rasa macam saya manusia paling jahil agama tapi rupanya salah.

Dekat sana, saya jumpa dengan 1 keluarga yang langsung tak tahu pasal ibadah umrah. Keluarga tu, dari luaran nampak macam orang yang agak warak. Yang lelaki berkopiah dan si isteri bertudung litup.

Tapi, saya terkejut waktu kami lakukan ibadah umrah sama-sama. Saya memang takut, risau sebab mak dah pesan jaga ihram baik-baik. Sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah memang saya stress. Rasa takut terlanggar pantang larang ihram. hehehehe!!!

Dipendekkan cerita, selesai Sa’ie, kita kena tahalul kan? Abang saya, ambil gunting dan masukkan tangan dia dalam telekung saya untuk gunting sedikit rambut. Tapi, saya terkejut bila family yang saya ceritakan di atas tu buat perkara yang…… entah tak tahu nak kata apa -..-

Si isteri dan anak perempuannya buka telekung di dalam Al-Haram. Kiranya nampaklah rambut. Niatnya nak mudahkan suami dia guntingkan rambut tapi aurat dia terlupa atau apa, saya tak tahu nak kata. huhuhuhuhu. Saya tergamam. Ustaz yang bawa kami pun tergamam dan terus tutup mata dan minta suami orang tu pakaikan balik telekung.

Aduh, dalam hati saya cakap “ada lagi rupanya manusia yang lebih jahil tentang agama dari aku”. Korang fikir-fikirkan lah mesej saya nak sampaikan. Saya malas nak cerita. hahahaha! Nak cerita banyak pasal family ni, tak elok juga. Saya bukan nak aibkan cuma nak berkongsi. Mudah-mudahan jadi ikhtibar lah.

Iman, pengetahuan agama tidak boleh dilihat daripada luaran sahaja. Fikirkan!

Ini umrah pertama saya. Tak banyak sangat pengalaman pelik-pelik. Mungkin sebab Allah pun tahu, hati saya tak 100% nak lakukan umrah. Saya tak maksimakan peluang yang ada untuk solat setiap waktu di Mesjid baik di Mekah mahupun Madinah. Tapi, saya dapat masuk Raudhah dan solat di dalamnya. Saya macam dipaksa pergi walhal saya belum bersedia waktu ni.

Ilmu saya tak seberapa. In fact, saya tak tahu solat jenazah tu macam mana. Dalam kapal terbang saya hafal niat! Memang tak senonoh tapi inilah realitinya. Kiranya, umrah pertama tu macam sesi pembelajaran bagi saya. Waktu tu baru saya belajar solat-solat sunat sebelum dan selepas solat fadhu, waktu tu saya belajar solat jenazah, saya solat berjemaah dan macam-macam lagi.

Mungkin disebabkan hati saya yang tak 100% nak beribadat waktu dekat sana tu agaknya yang buat saya tak dapat cium Hajar Aswad walhal abang dan adik dah tolong kepung saya dan mom. Hampir nak pegang dah tapi yeah belum ada rezeki waktu tu. Abang ralat sangat, saya ralat bukan sebab saya tapi bagi pihak mak! My mom nak sangat cium tapi tak ada rezeki.

Sebenarnya, hati kena betul-betul bersih. Hati lebih penting, dan bukannya pertuturan kita. Alhamdulilah, umrah pertama saya rasa gagal tapi bulan Mac lepas saya ke Mekah lagi dan kali ini saya memang belajar macam-macam! Nanti saya sambung entry ni! hehehehehe. Pengalaman Di Mekah part 2, macam-macam jadi. InsyaAllah saya ceritakan nanti.

Artikel Popular

  • No Related Posts

23 Thoughts on “Pengalaman Mengerjakan Umrah di Al-Haram, Mekah

  1. tahun ini ada dua orang kawan lama saya tunaikan umrah, rasa seronok…teringin juga nak merasa…

  2. bestnya dapat pergi umrah. kalo ada rezeki nak juga pergi, Insya’Allah :)

  3. nice info…. semoga saya juga diberi kesempatan… amin..

  4. tahun ni takde pulak saudara mara pegi.biasanya mesti ada walaupun sorang :)

  5. seronok bca cerita akak psal ni..

  6. banyak preparation kena buat dari segi mental dan fizikal ye untuk ke sana.. harap2 panjang la umur saya , ada rezeki, dapat lah pergi ke sana juga :)

  7. emmm…bila plak nak wat haji? hehe..

  8. Teringin nak jejak kaki ke sana…

  9. dah 2 kali dah g umrah rupanya. mesti banyak pengalaman. teringat pesan sorang jiran yg pegi haji tahun 2008 dulu, katanya nak ke Tanah Suci ni mulut kita jangan celupar kat Malaysia lagi. teringat pesan dia terus rasa nak bertaubat hehe

  10. Masih belum ada kesempatan… Teringin sgt nak pergi sana tapi entah bila lah kan~

  11. Pingback: Informasi - Cerita Tentang Solat Dhuha | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com

  12. aina aminah on February 8, 2012 at 4:49 am said:

    SubhanaAllah, sememangnya sesiapa yang berdoa untuk ke rumah , pasti Allah kabulkan..semoga usaha, doa dan tawakal kite ke sana sentiasa dalam pemeliharaanNYA

  13. saya tidak pernah pergi ke sana kalo boleh kan saya nak sangat ke sana..tapi saya x ada tabung haji nk kesana..insyallah satu hari nanti saya akan ke sana jugak …allah akan memberi bantuan kepada ku?

  14. Salam,

    Indah sungguh pengalaman. Harap semua boleh join Facebook page saya The Meccan Nomad :) di mana saya cuba mengajak lebih ramai lagi ke tanah suci. InshAllah.

    https://www.facebook.com/pages/The-Meccan-Nomad/274713159307757?ref=hl

  15. alhamdulillah insyallah saya pu akan menjejaki ke sana pada 17 jan 2013 nie…

  16. Pingback: Terasa Jugak Sebenarnya Dengan Gambar Traffic Light Ini | Lizarazak.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Post Navigation