seo

Konspirasi September 11 – Komen Tun Mahathir!

12 Sep

 Banner
  • Sharebar

September 11, semua sedia maklum tentang tarikh ni. September 11 bukan hari pesta suka ria tapi September 11 merupakan hari yang pada saya hari “tragis” untuk kita semua.

Ikutkan hati, memang tak nak ingat dengan kejadian September 11 ni. Bila ingat balik, jumlah manusia yang terkorban dalam kejadian ni memang macam-macam perasaan kot ada dalam hati ni. Nak marah, tak tahu dekat siapa yang patut kita marahkan. konspirasi atau memang satu kemalangan? Wallahualam.

Tapi, saya terbaca artikel dalam portal berita terbaik setakat ini, Mynewshub tentang September 11 ni. Agak menarik sebab ada komen daripada Tun Mahathir! Hmm, menarik. Memang menarik artikel ni. Makin saya baca, makin buat saya fikir lagi tentang “hari tragis” ni. Penuh konspirasi dan tanda tanya kan???

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin kejadian 11 September 2001 (9/11) yang memusnahkan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York bukan sesuatu yang mampu dirancang dan dilakukan oleh bangsa Arab Islam.

Beliau berkata, ramai bangsa Arab Islam yang marah dan sanggup melakukan serangan berani mati, tetapi untuk melakukan serangan dengan merampas kapal terbang, bukan dalam kemampuan mereka.

“Rancangan untuk merampas empat buah kapal terbang akan memerlukan ketepatan yang amat dan tempoh masa serta lojistik.

“Satu kapal (dirampas) mungkin boleh, namun empat secara serentak! Saya tidak rasa pengganas Arab dari Arab Saudi mampu melakukan operasi yang begitu sofistikated dengan jayanya,” kata beliau dalam entri di blognya Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 2001 itu, dianggarkan seramai 3,000 menemui ajal apabila menara berkembar berkenaan jatuh menyembah bumi.

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah George W. Bush ketika itu menuduh kumpulan al-Qaeda sebagai bertanggungjawab.

Susulan kejadian itu, AS seolah-olah memiliki ‘lesen besar’ untuk menyerang mana sahaja negara Islam di dunia ini dan hasilnya, Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa.

“Bush menipu mengenai senjata pemusnah besar-besaran milik Saddam…jika mereka boleh menipu untuk membunuh warga Iraq, Afghan dan tentera AS, bukannya tidak dapat difikirkan untuk Bush & Co menipu akan siapa yang bertanggungjawab bagi 9/11,” katanya.

Antara perkara lain yang menyebabkan Dr Mahathir merasakan 9/11 merupakan konspirasi adalah apabila menara berkembar tersebut runtuh menyembah bumi dengan penuh sistematik dari atas ke bawah seolah-olah ia dirancang dengan rapi untuk diletupkan.

Oleh: Arshad Khan

Amacam? Ini pendapat Tun Mahathir tentang kejadian September 11. Macam biasa, saya memang dari dulu kagum dengan keberanian Tun Mahathir ni. Berani bersuara. Tak kecut macam sesetengah pemimpin. Ada logiknya juga apa yang dikatakan oleh beliau. kan? Bush. Sampai bila-bila pun mana mungkin berhenti nak hancurkan Islam.

Apa-apa pun, kejadian September 11 ni memang dah ditentukan Allah lah. Senang cerita cakap macam tu. Apa yang tersirat dan tersurat tu, hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Semoga roh mereka yang terkorban aman berjumpa Pencipta mereka. Al-fatihah. (Untuk yang muslims)

p/s: Baca artikel lain berkenaan  September 11 ini di blog Denaihati. Dari sudut berbeza yang pastinya dan blogger hebat juga ada buat contest yang menawarkan RM1000 ok sempena Merdeka ni. Saya nak join, insyaAllah! Oh, tadi dishoutbox ada yang tanya saya macam mana nak check status PLKN. So, korang boleh rujuk link ini ok. thanks


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

17 Responses to “Konspirasi September 11 – Komen Tun Mahathir!”

  1. Fakarepain 12. Sep, 2011 at 12:54 am #

    sokong dgn doktor M..

    Kak, apsal spam protection saya jawapan nye asyik 11 je..

    X mencabar la macam ni.. hahahaha

    [Reply]

    Lizz Reply:

    sentiasa sokong dengan Tun M.hehehe!! oklah tuh, kang soal susah2 xreti jawab plak.kikikiki

    [Reply]

  2. azura 12. Sep, 2011 at 12:46 pm #

    tun mahathir sebaya atok saya tapi negara barat respect beliau…mulalah amerika pasca iraq, afghanistan dan iraq…salah satu sebab utama amerika dapat menyerang negara arab kerana mereka hidup berpuak-puak…negara arab sendiri tidak membantu negara arab lain…

    [Reply]

    Lizz Reply:

    Manusia tetap manusia. arab bukan semuanya berpihak pada islam. mereka tinggal je di tanah Arab tapi…erk. aduh, susahlah nak komen hal ni. semoga Allah membantu pendakwah menyebarkan Islam dan harap semua sabar.

    [Reply]

  3. kopisoda 12. Sep, 2011 at 2:46 pm #

    makin lama makin terdedah rahsia sebenar kejadian 11 September ni. cerita sebenar mesti kuar punya nanti

    [Reply]

    Lizz Reply:

    boleh ke? banyak konco-konco US ni -..-

    [Reply]

  4. Add Remove Block 12. Sep, 2011 at 3:09 pm #

    Bila difikir balik, macam ada kebenarannya ..tpi tu la yg alQaeda ngaku bertanggung jawab tu yg menghairankan …

    [Reply]

    Lizz Reply:

    US tu macam “Tuhan Dunia”. Semua mende dia boleh “bayar”. heharap faham.hehehehe

    [Reply]

  5. megat 12. Sep, 2011 at 3:38 pm #

    pemimpin kita yang paling lantang dan berani. tidak mustahil dapat pegang title paling lama.

    setiap perkara buruk, pasti akan terbongkar sama ada kita mahu atau tidak. kalau kita orang islam ramai² mohon pada Allah, mungkin dimakbulkan bergantung kepada niat kita.

    ya, banyak point yang kita hairan melihat peristiwa tersebut.

    [Reply]

  6. pharmalif 12. Sep, 2011 at 3:40 pm #

    Mmg konspirasi org Yahudi Zionis. Creating panic and punish innocent people. Di blog http://www.mistisfiles.blogspot.com byk uraikan pasal ni. Cuba baca untuk kefahaman dan makluman sahaja. Apa yg sebenar2 terjadi hanya Allah s.w.t yang tahu.

    [Reply]

  7. Pacifista - X 12. Sep, 2011 at 11:06 pm #

    selepas 10 tahun baru aku rasa komen Dr. M tu ada benarnya.memang tak logik untuk merampas 4 buah kapal terbang pada masa yang sama.ni semua konspirasi yahudi.alahai…

    [Reply]

  8. shah blogger 13. Sep, 2011 at 5:21 am #

    Al-Fatihah…

    Suka sangat ketelusan akal Mantan PM ni. Bijak dari pelbagai sudut.. Berani bersuara. Kagum dan mmg idola (besar sumbangan dia pd negara dan rakyat)..
    Kalo fikir mmg logik apa yg dia cakap…

    [Reply]

  9. Denaihati 13. Sep, 2011 at 12:07 pm #

    11/9 menjadika Islam semakin kuat.

    [Reply]

  10. Amirez 13. Sep, 2011 at 1:54 pm #

    Tun Dr. M memang seorang yang lantang bersuara dengan pendapat yg bernas. satu dunia tau 9/11 ni bush punya angkara tapi satu tindakan pun tak dapat dibuat. bukti selalu dipadam…

    [Reply]

  11. titan 16. Sep, 2011 at 9:56 pm #

    hoho..bila tun mahathir bersuara…ambik ko..kena sedas..

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Hari Merdeka 2011 - Jangan Biarkan Malaysia Dijajah Lagi | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 13. Sep, 2011

    [...] benar-benar Merdeka? Mana buktinya? Mana? Sudah cukup merdekakah semua bangsa di dalam Malaysia ni? Merdekakah ekonomi Malaysia? Sejauh mana fikiran rakyat Malaysia sudah merdeka? Agama? Sudah benar-benar bebaskah rakyat [...]

  2. Video Mahathir VS Yahudi - Tabik Spring Dekat Tun! | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 05. Oct, 2011

    [...] VS Yahudi dekat bawah ni. Apa pendapat korang semua. Mana ada pemimpin Malaysia yang berani macam Tun Mahathir. Beliau sangat lantang dan berani walaupun berada di negara barat sana yang rata-ratanya beragama [...]

Leave a Reply