Kalau Nak Buat Perkara Baik, Abaikan Apa Orang Kata!

Nak buat sesuatu yang jahat, manusia jarang fikirkan perkara tu 44 kali. Kalau rasa nak buat, dia akan fikir sekali. Paling rajin pun. 2 atau 3 kali. Dapat keputusan, terus dia bertindak. Tapi, kalau perkara yang terang-terang baik biasanya manusia ambil masa yang panjang untuk bertindak.

Saya rasa itu semua lumrah. Cuba tanya semula pada diri korang masing-masing. Apa perkara baik yang korang nak buat setakat ni tapi belum berjaya. Kecilkan skop. Perkara baik untuk diri korang sendiri sahaja. Jangan campur adukkan perkara baik yang korang dah buat untuk orang lain.

Fokuskan pada diri sendiri. Tak dapat lagi? Tak apa. Saya tolong. Saya ambil contoh diri saya.

Perkara baik yang saya teringin nak buat daripada dulu. Contohnya, saya nak bagi duit gaji saya pada ibu saya. Lagi, saya nak pastikan saya solat 5 waktu sehari semalam cukup secukupnya. Lagi, saya nak puasa Isnin dan Khamis secara konsisten. Lagi, saya nak pakai tudung. Oklah. Itu cukup. Contoh tak perlu banyak-banyak.

Setakat ni, dalam banyak-banyak senarai yang saya list kan atas ni. Cuma ada 2 perkara yang saya dah lakukan dengan payahnya. Saya tekankan “payah” tu. Kenapa payah? Logiknya, manusia memang “payah” nak buat sesuatu perkara yang baik. hahahaha!!!

Serious. Bukan mudah sebenarnya. Lagi baik niat kita, lagi “payah” kita nak buat. Tapi kenapa ek? Ada sesiapa yang tahu jawapan dan tak kesah nak berkongsi?

Saya bagi contoh lagi. Antara list dekat atas tu, saya ambil contoh yang saya nak berubah daripada “free hair” kepada perempuan yang berhijab. Orang kata, perkara ni senang. Tapi, saya rasa manusia yang cakap perkara ni senang adalah manusia yang jenis main cakap je. Bukan dia pun yang nak buat perubahan tu.

Honestly, saya rasa susah. Niat nak berubah memang ada. Dah lama, tapi persekitaran pun mainkan peranan juga. Dalam proses saya nak berubah, kawan saya pernah cakap macam ni “kau kan muda lagi, kenapa nak pakai tudung? Umrah tu untuk orang tua-tua bolehlah. kau kan muda”. Saya yang masih 50-50 nak berubah dengan tidak ni sah-sahlah iman tak sekuat mana. Jadi, saya anggukkan saja.

Dalam hati “betul juga. Muda lagi. Nantilah berubah”.

Akhirnya, saya pakai tudung tapi ikut suka hati saya. Bila rasa perlu, saya pakai. Bila rasa panas, saya buka. Ish, memang susah sebenarnya buat sesuatu yang baik ni. Cuma, lepas saya pergi umrah. Saya pejamkan mata saja. Saya pekakkan telinga dan try my best untuk kurangkan “on-off” bertudung tu. Sebenarnya susah sebab ramai kawan-kawan yang free hair.

Saya tak salahkan kawan saya tu sebab pada saya dia cuma “orang tengah” syaitan. Perantara. Syaitan kerja dia menghasut dan kawan saya jadi perantara.

Nak buat sesuatu yang baik dalam diri kita memang susah. Godaan dan dugaan ada dekat mana-mana. Tapi, jangan salah anggap. Setiap kawan kita ada baik buruknya. Jangan memilih dalam berkawan cuma jadi diri sendiri dan kena ada prinsip. Kalau kawan terjun parit, janganlah kita ikut sebab sah-sah parit tu busuk. hahahaha!!!

Apa yang saya boleh saya katakan dekat sini, kalau ada niat nak buat sesuatu kebaikan. Bersedekah contohnya. Kalau terdetik dalam hati nak bersedekah. Jangan fikir apa lagi, jangan hirau apa orang kata, ambil duit kita dan keluarkan saja. Kalau dah ada niat nak buat korban untuk family, jangan fikirkan lagi soal “kang habis duit aku bulan ni kalau berkorban“. Jangan. Allah tahu niat kita.

Macam itu juga kalau dalam dunia blogging ni.

Kalau rasa ada perkara yang perlu dikongsi, dan korang yakin perkara tu akan beri kebaikan pada readers (walaupun at the end korang akan dikutuk) teruskan saja. Kena percaya pada diri, dan tawakal saja. Kuncinya ialah kalau nak buat sesuatu kebaikan tak kira apa sekali bentuknya, perbetulkan niat, lakukan saja dan terima saja implikasinya lepas itu.

p/s: Apa cerita ni? Ada Kondom dalam beg  sekolah anak? grrrr

Artikel Berkaitan

  • No Related Posts

20 responses to “Kalau Nak Buat Perkara Baik, Abaikan Apa Orang Kata!

  1. memang dah macam lumrh lak kan..

    kalau nak buat kebaikan ni memang susah.. nak kena fikir banyak kali baru buat..

    btw, jawapan hari ni 9.. hehe

  2. semua orang tak sempurna liza…asalkan liza buat yang terbaik…tiap2 kali komen kat sini mensti kena belajar matematik…itu juga ilmu dalam strategi…

  3. japan hari ini 14

    liza bee tahu bee pun kena kutuk kot belakang , tapi bukan saja nak buat baik.. apa saja yang kita nak buat , kalau fikirkan org lain memang tak kan buat .. so teruskan . selagi kita sedar kita berada dilandasan yang betul ..

    sekian.. mintak diri dulu hehehe

  4. japan = jawapan …

    still 14 hehehe

  5. zul

    pernah juga kalau nak buat perkara baik kita akan rasa keseorangan. tapi buat jer lah.

    Nak buat baik memang banyak cabaran..

  6. wahh, angin semacam nampaknya.. 🙂

  7. buat baik tu kiranya bila tiba2 tergerak nak buat sesuatu kebaikan yang ada kt depan mata kan? kalau untuk sesuatu perkara yang memang patut dibuat atau di tanggungjawabkan dikira buat baik jugak tak?

  8. hahaha banyak main sis kita ni. but agreed !

    Apa yg penting try the best di mulakan dengan nawaitu yg jitu untuk pekakkan telinga melawan hasutan kan. Mmg di susahkan buat baik sebab kerja syaitan yg x putus asa tunaikan janjinya nak hasut semua hamba allah..

    Heii.. btl3x.

  9. betultu, nak buat baik… elok buat saja. Kalau dengar apa yang orang kata mungkin nanti kita tawar hati nak teruskan niat baik kita tadi.

  10. Nak buat mende baik..ikut stail Nike… Just Do It…

  11. Teringat Peribahasa Melayu – buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
    Maksudnye-
    Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

  12. Pingback: Cabaran Mengadakan Sesebuah Pertandingan | All Lifestyle And Personal Interest Topics | Puanbee.com™

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge