seo

Hari Merdeka 2011 – Jangan Biarkan Malaysia Dijajah Lagi

13 Sep

 Banner
  • Sharebar

Hari Merdeka 2011 memang sudah lepas, 31 Ogos 2011. Hari Merdeka 2011 agak lain daripada tahun sudah. Hari Merdeka 2011 kali ini kebetulan jatuh pada hari kedua umat Islam meraikan Aidilfitri.

hari merdeka 2011

Jadi, untuk Hari Merdeka 2011 ini saya gelarkan. Merdeka Raya! hahahaha! Cuma, itulah kurangnya sikit bila sambut sekali dengan Hari Raya Aidilfitri ni. Tak ada sambutanlah pada hari tersebut. Tapi, jangan risau sebab kita kan ada hari sempena Ulang Tahun Malaysia. Sebab itulah, ada cabaran RM1000 Malaysia #Merdeka54 ni yang dianjurkan oleh blogger terkenal, Denaihati!

Ok, untuk turut serta dalam cabaran ni. Lagipun, mood menyambut Hari Merdeka 2011 ni memang masih ada dalam diri saya. hahahaha!! Saya nak kongsi pendapat saya berkenaan “MERDEKA” dengan korang semua. Mungkin akan ada yang terasa hati atau apa saja, saya minta maaf awal-awal. Baca entry ini dengan lapang dada dan minda terbuka ok. Chewah!!! hehehehe

Apa itu maksud Merdeka? Apa yang saya faham, Merdeka bermaksud bebas daripada sesuatu. Maksudnya, Malaysia Merdeka untuk buat apa saja tanpa arahan atau perintah daripada kuasa-kuasa asing. Ini bagus. Malaysia sudah bebas! Bebas daripada jajahan asing! Alhamdulilah, sebab itu ada Hari Merdeka 2011 hari ini ;)

Tapi, kalau difikir-fikirkan semula. Betul ke Malaysia sudah benar-benar Merdeka? Mana buktinya? Mana? Sudah cukup merdekakah semua bangsa di dalam Malaysia ni? Merdekakah ekonomi Malaysia? Sejauh mana fikiran rakyat Malaysia sudah merdeka? Agama? Sudah benar-benar bebaskah rakyat Malaysia dengan hak beragama mereka? Hmm, rasanya korang boleh fikir kot. Kan? Hari Merdeka 2011 memang ada, malah hari merdeka 2012 pun mesti ada tapi Merdekakah kita sebenarnya?

Saya beri contoh sikit. Kemerdekaan pendidikan dalam Malaysia ni. Ok, celah mana datangnya semangat Merdeka dan sayangkan Malaysia kalau kita sibuk nak hantar anak ke International School? Kalau dah sebut international, haruslah bahasa perantaraannya bukan bahasa Ibunda kita kan? Diorang mengajar guna bahasa apa? Jawab sendiri. Anak-anak tidak dididik untuk ada rasa “bangga” dengan bahasa Melayu sendiri. Sedih sebenarnya. Sekarang, Hari Merdeka 2011. Nanti, lagi beberapa tahun mungkin bahasa melayu kita pula akan “dijajah”.

Ok, next. Merdekakah kita kalau kebudayaan Malaysia masih di kelas bawah? Berapa ramai antara korang yang tak segan nak menyanyi lagu entik kreatif depan orang? Berapa? Ada yang malu. Tak ada “kelas” katanya. Merdekakah tu? Tak. Silalah jangan rasa malu dengan budaya kita. Kita Orang Malaysia, baik melayu, cina atau India masing-masing ada budaya sendiri. Silalah bangga. Pasang lagu rock barat sukalah pulak. Sorry to say, masih belum Merdeka sepenuhnya.

Kalau nak tulis pasal merdeka ni, memang sampai bila-bila tak selesai. Macam ni jelah. Sempena Hari Merdeka 2011 tahun ni, berubahlah. Tak banyak, ubahlah sikit-sikit. Saya pun tak terkecualilah. Sama je macam korang. Kadang-kadang kita tak akan alert dengan hal Merdeka ni kalau tak ada yang ingatkan.

Tapi, alhamdulilah. Bloggers semua rajin ingatkan sama sendiri. Ada yang buat entry pasal Merdeka. Ada yang buat contest sempena Merdeka. Lama-lama, saya pun naik semangat!!! hahahaha. Bagus juga. So, pada korang yang nak cuba nasib sempena Hari Merdeka 2011 ni. Bolehlah join. Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com


Baca Entry Ini Juga Kalau Nak Tahu Cerita:

28 Responses to “Hari Merdeka 2011 – Jangan Biarkan Malaysia Dijajah Lagi”

  1. jedi 13. Sep, 2011 at 2:48 pm #

    Dasarnya mmg merdeka…

    Tapi minda rakyat malaysia banyak lagi yang x merdeka…masih dijajah

    [Reply]

    Lizz Reply:

    ye betul. hakikatnyer memang macam tulah. minda masih dijajah oleh kuasa luar

    [Reply]

    pharmalif Reply:

    Minda masih dijajah sebab anasir2 negatif byk sgt. Minta jauhkan segala macam pancaroba yg boleh mengganggu gugat agama, bangsa dan negara.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    bila tengok keadaan politik negara sekarang, honestly rasa risau.

    [Reply]

  2. kopisoda 13. Sep, 2011 at 3:04 pm #

    merdeka itu kita semua perlu bebas. dan dari kebebasan kita akan mengecapi kedamaian 8)

    [Reply]

    Lizz Reply:

    soalannya sekarang. Adakah Malaysia betul2 Merdeka? chewah.hehehehe

    [Reply]

  3. zik 13. Sep, 2011 at 3:11 pm #

    nak join jugakla… hehe.. kita walaupun masih merdeka… merdeka dari segi pemikiran dan ekonomi itu masih belum lagi… insyallah kita bersama-sama berusaha… yeahaaaa

    [Reply]

    Lizz Reply:

    dah join belum ni???hehehe!! insyaAllah. kita kena merdekakan pemikiran kite dulu.

    [Reply]

  4. pjah 13. Sep, 2011 at 3:40 pm #

    stuju ngan ko lizz..banyak benda lagi yang kita tak merdeka..selain dr cara pemikiran,perbuatan.

    tp penjajahan dari segi pengunaan bahasa melayu yang paling aku nak sebut.aku tengok budak2 sekarang suka tulis dalam bahasa sms versi bahasa cacat.penat akak nak bace msg adik2 tau..
    konon skill.stylomilo.cikgu bm ajar lain..lain yang ditulis.

    p/s:aku pun ada gak tulis bahasa sms ni tapi xde la dlm versi bahasa cacat..kikiki

    [Reply]

    Lizz Reply:

    dulu aku tak kisah pasal bahasa melayu ni tapi sejak student bangsa asing ramai masuk uni aku. 1 kelas. aku segan bila diorang tanya “kenapa orang Malaysia tak cakap bahasa melayu?” (aku translate ni.hahaha!).

    sumpah segan. betul juga.

    [Reply]

  5. azura 13. Sep, 2011 at 4:06 pm #

    merdeka raya adalah satu gabungan yang best, dahlah merdeka, raya pulak tu…saya pun baru join….caiyok2 liza….

    [Reply]

    Lizz Reply:

    good luck zura!!! merdeka raya seronok kan??hehehe

    [Reply]

  6. Add Remove Block 13. Sep, 2011 at 5:18 pm #

    susah nak cakap …cth cm muzik la … org kata pengaruh barat tpi pelopornya kat sini kata muzik tu dah diserapkan budaya tempatan, x salah kan? Mungkin betul la, minda dan cara hidup kita ni masih terjajah … entah la …

    [Reply]

    Lizz Reply:

    masih terikut dan masih bergantung dengan budaya luar. masih dijajah.betul ;)

    [Reply]

  7. Fakarepain 13. Sep, 2011 at 11:00 pm #

    tengok.. 11 lagi jawapan dia..ish..

    Zainal Kling kata Malaysia tak pernah kena jajah.. huhu

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hahahahah!!!tak ade keje ek ingat jawapan tu
    Malaysia bukan tak pernah dijajah tp masih dijajah -..-

    [Reply]

  8. LiFe KaMi 14. Sep, 2011 at 2:50 am #

    orang kita ni ,merdeka dari segi luaran je,
    tapi dalaman masih dijajah..
    harap kita sentiasa mempertahankan kemerdekaan negara kita supaya negara kita akan sentiasa aman makmur..

    [Reply]

    Lizz Reply:

    betullah tu. pandangan kasar maybe nampak merdeka tapi sebenarnya pemikiran masih dijajah oleh kuasa luar. sedih

    [Reply]

  9. Adam Roslan 14. Sep, 2011 at 11:21 am #

    Goodluck. Satu pandangan luarbiasa sebagai rakyat Malaysia untuk pastikan kemajuan dan kemakmuran ditingkatkan.

    [Reply]

    Lizz Reply:

    pandangan kita-kita ni mana ada orang nak dengar.hahah!! tak apalah, sekadar berkongsi pendapat

    [Reply]

  10. puanbee 14. Sep, 2011 at 9:12 pm #

    good luck! bee tak de idea nk join ni ..tp ada buat entri merdeka juga …

    [Reply]

    Lizz Reply:

    hehehe!! ok, nanti saya baca entry merdeka kat blog Bee plak ;)

    [Reply]

  11. car-nur 15. Sep, 2011 at 7:21 pm #

    hehe kita tidak dlm jajahan dah tp masyarat skang masid di tawan secara lembut, tgk segelintir, tgk sesetengah, tgk kebanyakan mereka.

    Cara bercakap, cara hidup, social and etc..

    salam merdeka!!

    [Reply]

  12. Pacifista - X 15. Sep, 2011 at 10:01 pm #

    biarlah malaysia ni menjadi bum yang berdaulat untuk selama lamanya :D

    [Reply]

  13. titan 16. Sep, 2011 at 9:59 pm #

    merdeka ni meluas. Janji kita faham erti merdeka untuk diri sendiri, itu dah cukup. Lebih bermakna.

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Video Promo dan Sinopsis Cinta Elysa TV3 | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 14. Sep, 2011

    [...] kalau baik hati bolehlah baca entry saya “Hari Merdeka 2011:Jangan Biar Malaysia dijajah Lagi” sempena [...]

  2. Senarai Pejuang Cabaran Malaysia #Merdeka54 - 16. Sep, 2011

    [...] lizarazak.com [...]

  3. Pesanan Korban Secara Online | BLOG PICISAN TAPI BUKAN BLOG MURAHAN | Lizarazak.com - 20. Sep, 2011

    [...] to: Denaihati.com dan terima kasih sebab jadikan semua peserta Cabaran Malaysia #Merdeka54 sebagai pemenang! Sekarang tengah tunggu keputusan untuk contest Advertorial anjuran Portal Berita [...]

Leave a Reply